klik saya

Friday, December 19, 2014

Cara Budget Nak suprisekan suami dihari jadi... kek kit kat

Salam
Salam hari jumaat
rasa lemau jer hari ni
staf ada 6 orang, 3 cuti, terus senyap sunyi ofis
dapat balik dododo ni best ni.. :)

belek-belek folder gambar, nampak gambar masa birthday husband 2 bulan lepas
hahahaha
lama dah
dah tua dah beliau, 30 tahun. sebaya jer dengan kite sebenarnya... :p

Add caption

ceritanya gini
kite jarang celebrate birthday husband tau
sebab ape? sebab malas..heheh
tak tak
nehi nehi
tak tau sebab ape
selalunya kalau nak bagi hadiah kite bagi jer, tak tunggu birthday pun
begitu

so tahun ni macam...eh dah 6 tahun kawen rasa macam tak pernah pulak buat kek untuk birthday husband
ke pernah buat, tapi tak de dalam memori
tak kesah lah
tapi birthdaynya kena hari sabtu
jadi kalau buat kek hari jumaat tu nampak nau buat kek untuk dia kan?
mencik la macam tu
nak order pun macam malas
nak beli mahal pulak
aku semua benda pun malas kan, ape yang peliknya

so kita cuba la jadi kretip sikit
aku beli kek siap jer...tapi beli butter cake jer... sebab nak kek kecik
pastu hias-hias supaya nampak macam kek mahal, bungkus hadiah letak atas meja

pagi tu siap bangun kul 5 tu nak siapkan deco2 kek
gigih pulak rasanya
nasib pagi sabtu
so hubby bangun nak solat subuh tu terkejut la dia ada kek
kira jadi la surpriseeeeeeeeee tadaaaaa

tak de pun
aku letak kek
lepas tu wat deeek jer
aku nampak dia kuar bilik
dari dapur jer aku cakap happy birthday bang
tu jer
hehehe keji sangat perangai

camni haaa.... masak jer coklat tu, tunggu sejuk sikit curah atas kek yang dah beli siap-siap. kit kat tu beli sepeket ngam-ngam pulak dapat buat pagar keliling. beli kit-kat dekat guardian jer...sebab dekat dengan ofis...sebab tema minggu tu malas, tapi nak meletop.

dah curah coklat, lekatkan pagar tu guna coklat juga, ikatkan mereka jangan kasi tumbang

lepas tu tabur la MnMs ni 2 paket rasanya

jadilah begini....

letak kat meja tunggu hubby bangun...hadiah tu bungkus siap2 a day before

dah siap

comel jugak kan? perasan
hadiah tu kite bagi ape?
kasut jer...sebab dah lama rasanya hubby tak beli kasut yang semenggah sikit
mujur la muat kasut tu sebab bini dia ni tak tau suami pakai saiz berapa

ok babai...

Thursday, December 11, 2014

Sekolah tadika di Taman Putra Perdana, Puchong: Putra Perdana Integrated Children Development Centre (PPICDC) Montessori

Salam…
Hamboi, panjang pula tajuknya ya
Macam tu lah nama sekolah anak saya
Masuk tahun 2015 ni tahun ke-2 lah si Ryan dengan Adel sekolah kat situ…insyaALLAH..
Mula-mula nak tukarkan sekolah dari tadika kat Pulau Indah, memang pening juga lah misi mencari kan
Tiap petang hujung minggu kami tawaf putra perdana cari sekolah
Ni cerita tahun lepas lah kan…
Sampai la terserempak dengan sekolah ni


Nak kata berkenan terus tu tidak lah kan…sebab sekolahnya bukan jenis fancy-fancy tau
Tapi kite berkenan tang laman dia luas…boleh la dua badik yang rumah tak de tanah tu berlari petang-petang kan…
So secara rasminya dua badik tu daftar sekolah ni pada akhir tahun 2013

Yuran dia affordable lah…sebab yuran tahunan di bahagi kepada 2 semester, so bayar 2 kali
Sesetengah tadika tu yuran kena bayar lumsum masa pendaftaran kan….mana mampu wes

Masa survey2 dulu ada juga lah mintak quotation tadika Montessori kat area sini juga, cantik la sekolah dia…tapi yuran tuu…gulp gulp gulp fitam bangun balik. 3k++ perlu dijelaskan masa pendaftaran untuk 2 orang anak. Nanges tak berlagu laaa. Kalah nak masuk U tau.

So far lepas setahun kat sekolah PPICDC ni, Alhamdulillah anak-anak menunjukkan peningkatan yang baik…
Rayyan (5yrs) dah boleh membaca Bahasa Melayu, English dan jawi, bersolat, mengaji juga
Adel (3yrs) pulak boleh mengeja dah… macam number and abc tu dah hafal la kan…hehe
Dan diorang pun seronok ramai kawan kat sana.

Petang-petang ambik diorang pun peluh-peluh sebab berlari main taman. Seronok lah kan…kat umah nak berlari sikit kena marah, sebab takut orang rumah bawah komplen… memang kene komplen pun anak suka lompat. Huhuhu…adab duduk apartment begitu lahhh

Antara ciri yang kita suka kat sekolah ni:

1)      Teacher dia ramai (walaupun student pun ramai..200++ student). So pembelajaran dilakukan dalam kumpulan kecil, one to one.
2)      Laman luas. Ni dah cerita tadi…  sekolah ni dia amik 3 unit corner lot.
3)      Berdepan dengan sekolah kebangsaan, which insya Allah senang sikit nanti Rayyan darjah 1 terus transit kat sini jer…
4)      Tadika berdaftar of course
5)      Setiap pagi ada receiving student yang mana teachers akan tunggu di pagar dan greet semua student yang sampai. Begitu juga time balik. Ni maybe pengalaman sekolah yang lama, nak hantar anak ke sekolah, kita parents hantar, tapi tak de sape sambut pun. Duduk la anak kita tercongok kat dalam kelas tu. Kadang risau cikgu dia ni perasan tak anak aku dah sampai ni….
6)      Bab makan, memang diberi jadual lah kan. Menu nya pun so far puas hati, berkhasiat. Hari-hari Tanya dua badik tu makan ape, ada la jawapannya makan telur, ayam sup, nasi, mee. Lega lah juga dengarnya. Petang2 pun makan kek, biskut, milo. Bila budak-budak main taman, ada la teacher yang tunggu bawak air masak, bagi budak-budak minum sambil lari-lari tu kan.  Ni pun kite compare dengan sekolah lama, which ai mintak menu dengan teacher, diorang tak boleh nak provide. Bila Tanya anak makan apa, pun anak2 tak boleh nak cerita. Yang paling ingat anak cerita makan maggi.. tergezut sgt tau. Minum pun teh. Budak-budak tak elok sangat minum teh. Susu pun memang tak berluak, nak kata topup every month tu memang tak lah. Kat PPICDC, memang jadualnya wajib minum susu tengahari sebelum nap time. So stok susu laju lah sikit.
7)      Dari segi jadual belajar, pagi-pagi setiap hari mula dengan kelas Iqra’ dulu. Lepas tu baru subjek lain. Satu sem sekali ada report card day kan, so dapat tengok apa diorang dah achive. Tebal juga buku latihan budak-budak ni. Tapi as parent rasa seronok la tengok anak buat aktiviti dalam kelas kan…
8)      PPICDC ni guna English medium. So communication semua in English. Tapi balik rumah mak bapak cakap melayu, anak-anak pun melayu juga lah. Heheheeeee.
9)      Alat bantu mengajar yang banyak and attractive.

Ni ambik dari laman web dia: Putra Perdana Integrated Children Development Center (PPICDC) Montessori was established since Year 2003 in Putra Perdana, Puchong, Selangor, Malaysia. Today, it has five buidings adjecent to each other, which houses 2-12 years old students. 
At PPICDC Montessori, we believe in developing an all rounded human being. We believe that education begin at birth. Hence, at this early phase of child’s growth, the center focuses on educating human potential, which includes the development in PHYSICAL, INTELLECTUAL, LINGUISTIC, EMOTIONAL, and SOCIAL aspects of child.
 Why PPICDC Montessori?
At PPICDC Montessori education we provide a range of experiences that will stimulate a child’s love for learning and discovery with the right approach:
– Small learning group
– Conducive environment
– One on one attention
– Individual learning
– Freedom to work and move within classroom
– Outdoor games
– Multisensory materials to develop
– Vertical group

Apa lagi ya? Tak larat nak fikir dah. Nanti update lagi.

Tahun depan kat sini lagi sekolahnya.

Get ready annual fees naik sikit, jadi 1200.00++ untuk 2 orang. Yuran bulanan RM480.00 x 2 = RM960.00/month.

Kadang terfikir juga, kalaulah 960.00 tu simpan setiap bulan, maknanya setahun ada dalam RM 11,520.00. banyak tuuuuu

Tapi daddy marah kalau pikir camtu. Katanya duit tu rezeki anak-anak. Hak diorang untuk belajar. Kita mak bapak kena kerja cari rezeki diorang. Betul juga, saje je nak pikir… heheheee. Dulu pun sebelum tukar ke puchong, RM1000.00 sebulan tu buat isi minyak kete dengan tol jer. So daripada bagi duit kat PLUS, baik melabur untuk pendidikan anak-anak…

Ok lah, jom layan gambar konsert anak-anak hari tu… temanya perangi denggi. Very the biology tau. Kene sangat dengan jiwa mak.



anakanda tengah jalan nak naik bas gi UPM. student kene naik bas, tak boleh datang dengan parents



photographer of the day


persembahan....

student umur 2-3 tahun buat persembahan. gedek2 menari jadi nyamuk. gambar semua blur sebab dewan gelap. mak pulak tak pakai flash. 























cer cari anakanda. ni semua student kat sekolah


semua pun kalut dok babai. tengok mata diorang melilau cari parent. tapi dewan samar2 romantik so diorang tak nampak.

senget badan si Adel.

macam makyung pulak budak muk ni si Adel. 

spot Rayyan













amboi mommy membesar bagai juara




 masa konsert tu kemain rakam persembahan Rayyan, tapi tetibe kamera tak save. kehampesan betul. tak apa lah, tunggu official photog bagi CD nanti...


ok lah, babai...
salam

Friday, November 28, 2014

berdebar je hati ai ni

salam...
lama rasa tak sembang kat sini
ni macam tetiba rajin pulak kan
kalau tak manjang malas je keje
hari ni ai rehat sejam je tau, walau hari jumaat
rasa hebat sangat pencapaian ni...hehehee

esok konsert sekolah anak-anak
tu yang debar jer
hahahaha
over tau
ai memang over tiap kali konsert
tak kira la konsert anak sendiri ke, anak saudara ke
ai memang akan emo berlebihan
tahun lepas attend graduasi anak sedara
baru mula persembahan pertama ai dah sebak
bukan sebak sikit-sikit, tapi sebak sampai tak boleh telan ailio
rasa macam waaahhhh anak sedara aku dah grad
gituuuu
hover
tapi kaver tau. malu pulak nak nangis bagai kan
tu anak sedara tu
tahun depan Rayyan grad 6 tahun, tak tau lah macam mana

esok Rayyan dengan Adel buat persembahan juga
jadi nyamuk katanya
tema konsert tahun ni 'life cycle of mosquito'
amboi, sains sangat sekolah diorang
tengok la cemana 2 ketul tu jadi mosquito esok
si Adel tu aku takut terkaku je kat stage
dia kan pemalu...heheheeee

ai hari ni pakai jubah yang tempah masa raya hari tu
rasanya baru 2,3 mgg tak pakai
ni ketat yang amat hazab rasanya
apakah....
stress memikirkan pagi2 tak de baju nak datang ofis
tu kadang pakai tshirt dengan seluar jer
sangat tak professional tau
tak de dah gaya-gara exekutip ni
memang selekeh tahap ape ntah
tapi kan bila ai terlampau selekeh, selalunya hari tu akan terserempak dengan orang yang dikenali
maluuuu
rasa nak sorok muka bawah kusi
dah la tak mekap
muka pun kusam sedeh jer
tak apa lah, ai cantik cantik depan husband jer...
(sedapkan hati)

ok lah babai...
ada rajin kalu, update lagi...

budak nyamuk


Friday, November 21, 2014

Koleksi Abaya Jovian Mandagie Terkini yang ohsem


Jovian Mandagie…sape tak kenal pereka fesyen ni sila keluar dari Malaysia. Haaa…gitu ugutannya. Aku rasa semua orang kenal kot…especially orang perempuan lah kan. Jovian Mandagie ni adalah antara pereka fesyen tempatan yang paling popular di Malaysia. Beliau makin popular  terutamanya selepas melangsungkan perkahwinannya pada December tahun lepas dengan gadis pilihan hatinya, Nina Ismail Sabri yang comel lote tuh. Sejak daripada tu Jovian telah berjaya meluaskan empayar perniagaannya dan telah mempunyai JM Tower iaitu bangunannya sendiri di mana uolls boleh pergi untuk dapatkan koleksi pakaian Muslimah ready-to-wear beliau. Serius lawa-lawa.....

Kalau rasa tak sempat nak ke sana…apa kata terjah je Zalora tu. Aku kalau bosan-bosan rajin la jugak jalan ke zalora tu...alaaa bukannya jauh pun kan..tak payah bayar tol pun..hehe  
Kat situ ada koleksi terbaru Jovian tau, koleksi abaya terkini Jovian Mandagie busana muslimah yang ada pelbagai pilihan warna dan kemasan. Tak caya cuba tengok gambar kat bawah ni, cantik kan… cer tengok yang paling kanan tu...lawa



Koleksi terkini abaya daripada Jovia Mandagie didatangkan dengan pilihan warna, saiz, rekaan dan corak yang semestinya membuatkan kita kaum wanita terpaut dan tergoda... bab kualiti memang tak perlu dipertikaikan lagi sebab sentuhan moden pada koleksi pakaian tradisional Jovian sentiasa menepati cita rasa dan kehendak para pelanggannya. Kannnn…  

Koleksi abaya Muslimah terbaru daripada Jovian diperbuat dengan penuh ketelitian bagi menjamin kualitinya yang cukup mempersonakan itu. Oleh itu korang tak perlu risau dengan kualiti koleksi ini kerana pastinya akan membuatkan korang kelihatan kagum dengan perincian abayanya yang cukup menarik tu. Nampak simple, tapi ada kelas gituh.

Abaya terbaru daripada Jovian Mandagie ini juga sangat versatile kerana boleh dipadankan dengan hampir apa sahaja bagi mencipta satu persalinan penuh pakaian Muslimah yang penuh bergaya. Ianya juga sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan dan majlis makan malam. Hanya perlu mix and match kan sahaja..




So apa tunggu lagi? Dapatkan abaya terkini daripada Jovian Mandagie dan tampil menawan dengannya! So check it out dekat link kat atas tu ye! 

Wednesday, October 15, 2014

Homestay for Muslim at Pulau Pinang...sesuai la untuk gi konvo


ni master bedroom.
Salam
Rasanya musim konvo dah dekat ni...
masa saya konvo di USM bulan april 2014 yang lepas, jenuh juga la buat survey nak sewa homestay yang mana kan...sebab saya cari homestay yang ada ciri-ciri ni: 

-3 bilik
-semua bilik ada queen bed
-ada aircond
-tak jauh sangat dari USM 

 nak sewa hotel, sebab kami pergi 3 family, macam tak berbaloi pulak rasanya. so prefer homestay. google punya google, saya jumpa homestay ni.. DY'HNA HOMESTAY. 

so far ok lah juga homestay ni...walaupun agak kecik, tapi kami bukan lah sepanjang masa lepak kat rumah kan. so tak la rasa crowded sangat. tapi antara kekurangannya ialah toilet ada satu je uolllsss...kalau sakit perut berjemaah pepandai lah. tapi rumah ni ada aircond dekat master bedroom dan hall juga. selesa lah. rumah pun ada karpet kat semua bahagian termasuk dapur...kira ala-ala hotel juga lah kan...(nak juga). kemudahan asas macam cerek dan iron pun disediakan. kalau ada ape2 tak cukup pun boleh call je tuan rumah..nanti dia hantarkan. cuma mengikut kata tuan rumah, dari rumah boleh nampak laut. tapi sebenarnya kene jenguk jenuh juga la. jengukkkkkk ke kanan baru nampak laut. tidak lah rumah ini mengadap laut pun... begitu.. jarak dari homestay ke USM lebih kurang 10 -15 minit, sebab tempat ni kawasan sungai pinang. ok lah kan daripada sewa area Feringghi sana, jauh juga nak sampai ke USM. 

ni 2nd room. 

ni 3 rd room. budak2 menjakun. bilik ni kecik sikit.

dapurnya

hall
harga...kalau masih sama ialah deposit RM100, balance bayar masa amik kunci RM240, untuk 2 malam. ok lah kan...

contact homestay ni: 012-5444782



ok lah...babai. rindu Pulau Pinang.

MY DEAR WAREHOUSE SALE 2014


Salam mommies and daddies out there
My Dear Warehouse sale will be on 23 Oct to 02 Nov 2014.
so ape lagi, nak beli stroller ke ape ke...boleh la terjah ya. murah2.

iklan tak berbayar.
kami nak gi usya-usya jer...

tataa

Monday, July 7, 2014

lagu raya...aku dah ceria (sikit)

Salam…
Hari ni aku baru masuk keje balik
Minggu lepas 2 hari dapat MC
Aku kan tak larat, sangat sangat lah tak larat, sampai tahap berdiri pun pening, apa pun tak boleh
So aku merintih-rintih dekat whatsapp group

Tetibe member aku mesej

‘isah, kalu ko tak larat datang klinik aku. Nanti aku bagi MC’
Wow, aku pun ape lagi, malam tu lepas berbuka, solat isyak terus la aku ke klinik. Kalau tak kene paksa memang tak de der aku nak gi klinik. Tadi pun aku berbuka minum air jer. Badan pun dah ketar2.

Member aku cek, hmmm memang darah aku rendah (lagi). 80/50++. So beliau bagi aku MC, siap Tanya ko nak berapa hari? Harus la ai malu ok. Dia bagi aku 2 hari. Horeeeyyy la aku. Terus 2 hari tu aku tidooo je kat rumah. Memang lemah betul badan ni. Pastu siap bagi aku diskaun 50%. Budak kaunter tu muka pelik, eh, doctor bagi diskaun????

Hari sabtu pun aku isi seharian dengan tidur.

Ahad, terpaksa bangun sebab nak gi bayor kete. Dah berapa haribulan ni woi, kete lum bayar. So aku seret kaki follow hubby gi alamanda. Kejap2 aku duduk. Cangkung pun cangkung lah, aku fedulik hape.

Berat aku pun dah turun ni. Tak tau la bape kilo. Aku rasa aku kuwus sebab aku muat balik baju2 lama aku. Hmmm…ni untuk seketika je ni. Lepas ni kembang balik lah badan ni haaa…

Tadi sampai jer ofis, aku tengok ada surat atas meja aku. Tengok surat konfem. Seedeeey betul. Dah lama keje baru komfem. Lepas tu tulis jawatan aku  -assistant vice president-research. Dah bile pulak aku bertukar jadi research pulak ni…

Lantak ko lah labuuuuu
Malas aku nak piker ha.
Buat keje sudah.

Pagi tadi kan, aku dengar CD lagu raya, ada takbir sekali tau.
Alamakkk ehhh, series rasa nak balik kampong dan dan tu jugak. Nasib baik tahun ni turn kampong aku. Kalau balik Melaka dulu, seedeey la mak incik.
Nak balik kampong!!!!!!!!

Doakan aku ceria dan sihat selalu yer!

salam



Tuesday, July 1, 2014

Ketidaklaratan

salammmmm
lemah je badan ni
amboi mengalahkan budak darjah 1 kan
tapi begitu lah...

semalam buka puasa dengan 100plus dua gelas, dengan kurma sebiji
lepas solat terus tidur
bangun sahur dengan kurma dua biji
milo secawan

elok nak solat subuh, semua pun kuar balik.
huhuhu
dugaannn

alhamdulillah sekarang masih bertahan
tak nak la tinggal puasa kan
nak buka pun tak tau nak makan ape

eh tetibe post ni dia translate jadi gini :
salammmmm
weak body je ni
wow, that boy beat 1 degree right
but so is ...

Iftar night with 100plus two glasses, with palm-piece
prayers continue to sleep off
waking dawn with two palm seeds
milo secawan

Beautiful dawn prayer kid, all else behind the probe.
i
dugaannn

Alhamdulillah now still survive
I left her son la kan
open nak nak tau did not eat ape

ape-ape je lah labu

ofis ai boleh balik kul4.30, uolss macam mana?
selamat berpuasa semua

Monday, June 9, 2014

oh monday

salam...
sekarang ni cuti sekolahkan...korang dah gi jalan mana dengan anak-anak?
kami setia lah duduk puchong ni. tak gi mana-mana pun. apalah nasib ku.... hehe
habis-habis pun gi alamanda. hoi bosan lah. alamanda tu apa ada...pusing2 ituuuu je lah.
tapi aku rasa alamanda antara pusat shopping yang agak muslimah, sebab susah nak nampak orang pakai seksi kat situ..motif nak tengok orang seksi kan?

aku hari ni tak sedap badan. tekak kembang jer. tak tau lah kenapa. angin agaknya. badan sekarang ni cepat masuk angin. tu yang selalu naik angin jer... :(

pagi tadi si Adel bangun pagi terus mintak kit-kat. memang feveret dia lah. daddy dia lah yang ajar, selalu ada stok dalam peti. nasib baik mintak kit-kat, kalau mintak cadbury cemana? ok tak kelakar. lepas tu masa dok makan tu dia pandaaang je aku. aku saja cak-cak dia. lepas tu dia kata "mama gemok" dah kenapa adik kata mummy gemok ni.... aku pun tanya "daddy?" dia kata "daddy pun gemok..." fuuuhhhh nasib baik daddy pun gemok. mana aci mummy gemok sorang-sorang. tapi series aku memang gemok sekarang. tak tau lah kenapa...huhuhuh menangisi nasib diri.

ok babai.

Wednesday, May 14, 2014

Adel susah bangun pagi


Salam
Adel, 3 years coming July. Secara teorinya 2 tahun 10 bulan. Dulu dia paling ceria bangun pagi. Bangun senyum, tak nangis. Lately ni bangun pagi kemain liat. Kite bukak lampu bilik, kemas katil pun dia tido jer. Tak dihiraunya.
Yang si abang pulak dulu selalu merengek bangun pagi, tapi sekarang pulak dah ok. Dah big boy. Dah faham pagi-pagi kene ke sekolah.
Tapi pagi ni si Adel  ceria pulak. May be sebab semalam cuti kan. Bangun pagi terus mummy Tanya ‘adik nak mandi air suam ke air sejuk’. Dia macam biasalah nak air sejuk.  So mood ok, tapi sambil mandi dia cakap ‘mummy adik ngantuk…’.. ni yang buat mummy teringat kat ofis ni. Kesian pulak, kecik lagi pagi-pagi dah kene mandi ke sekolah.

Nak buat mcm mana dik…mummy kene cari rezeki…

Love u lah adik…and abang Ryan juga.

Friday, May 2, 2014

Persiapa Raya : Episod biskut raya

Salam....
amboiiii rajin pulak update yer?
tahun lepas aku kategori rajin jugak lah buat biskut raya. sebab ada adik yang menolong. tahun ni adik-adik semua bizi. si Cik Ah kurus kering tu dah masuk maktab ambik diploma (marah ni kalau kata dia ambik diploma...ok fine, sambung dip perguruan lepas buat degree fizik, ok?) dan si Su Wa dah fly ke Aussie. tak de la tenaga kerja tambahan, so rasa nya tahun ni malas buat biskut lah. buat kek lagi senang.

Raya 2013 ai buat biskut:
SEMPERIT DAHLIA. btw, ai guna butter jenama Butter Rich ni. sumpah sedap gilers. pakai butter yang biasa ada kat pasaran ni, lagi sedap yang ni. tapi Butter Rich ni tak de jual kat sini, sebab dia untuk eksport jer. kalau nak beli tahun ni, kene place order dulu la gamaknya.

Then buat MAMACAREY. nampak tak ada corak mengarut kat bahagian bawah kanan tu? tu namanya testing. masa tu, tersalah teknik pukul telur tak kembang betul, sudahnya dia jadi cair. so tak cantik. aku amik, buang jer adunan tu, pukul telur yang baru. pueh hati.

cantik takkk? cepat cakap cantik.

tahun ni rasanya tak mampu buat MAMA CAREY sorang-sorang. sob sob. MAMA CRYING mungkin boleh.

pose sikit...

ni biskut MOON SABIT. nama di beri oleh Rayyan. ni sumpah sedap. berebut okeh masa kat kampung. lepas habis raya, repeat buat lagi. sampai serdak pun makan.



then buat biskut TEMBIKAI. ni sajer jer nak buat biskut cantik.

yang buruk-buruk kat tepi tu Rayyan yang buat.



sebelum cuti Raya, bagi anak buah kat ofis biskut sebalang sorang buat rasa....
ok itu jer...babai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...