klik saya

Friday, June 19, 2009

Sesekali teringat masa mula2 detect pregnancy...

Masa tu balik dari ofis agak awal, dalam pukul 530pm gtu...tetibe rasa nak singgah kat farmasi depan HUSM. Memandangkan petang masih muda, maka adalah lebih baik aku mengular dulu... (balik awal pun, bukannya si suami ada di rumah.. ). Masa tu pikir nak beli pregnancy tester..kot2 dapat hadiah anniversary yang paling bermakna...Kat farmasi tu;
“akak, ada tak pregnancy test yang paling murah?” sempat lagi nak jimat...ekeke
“ tak ada dik, ada sejenis jer..RM10”. Huh, mahalnyer...saje2 nak test, watpe beli yang mahal2.. tapi disebabkan tiada aktiviti yang menarik petang tu (TV pun tadak kat umah sewa), maka aku pun angkat lah satu. Balik2 tu, terus wt urine test...dan....

Unexpected but ditunggu2..it was positive (showed 2 red lines). Darah terus mengalir laju, adrenalin merembes keluar dan aku terus panic. Menggigil2 tangan pegang tester tu...dan air mata deras menjunam ke pipi...
Antara happy yang amat dan tidak percaya. Setelah setahun berkahwin, dan setiap bulan berdoa agar period ku tak datang...  akhirnya aku betul2 dapat bagi hadiah anniversary untuk my beloved husband...
Tak tahu nak buat ape, aku terus amik wuduk (nak solat asar) dan try to contact my hubby. Nak call dia, takut kacau dia kat ofis lagi time tue (kalau dia dah keluar ofis, dia mesti akan call aku). Then I decided to mms him; the pic of 2 lines tester. Then dia call, dia kata dia kat surau, nak solat asar. Masa dia call aku memang tengah nangis lagi (still panic n happy), tapi tak terkeluar dari mulut nak cakap berita happy ni. Dia tanya kenapa ni..dia ada buat salah ke. Then dia mintak maaf pasal lambat call hari ni pasal kerja banyak. Hish, bukan psal tu...huhu
Dia tak terima mms aku (file saiz besar kot..). pastu aku sms dia “abang, sayang pregnant”. Itu sahaja ayat yang aku tulis, tanpa berkias atau selindung2. Sekejap lepas tu, dia terus call. Dia happy sangat2, sampai terus sujud syukur kat situ... dan otw balik ke rumah, dia sms semua staf department dia cakap “my wife is pregnant”. Heheee...abang..abang...
Dan aku pun terus sujud dengan linangan air mata kesyukuran....

Conformation of pregnancy
Setelah 2 kali repeat test kat rumah sewa, kami ke Town Clinic di Seksyen 15, Shah Alam. Pagi2 lagi sebelum bertolak ke Bukit Tinggi untuk meraikan our 1st wedding anniversary. Doktor kat klinik tu kata “huh, tengok ini jalur sudah banyak terang, tebal lagi. Confirm la you pregnant...”. kami senyum jer.. dia cek2, kata umur baby masa tu 6 minggu... so doctor pun nak bagi ubat. Tapi aku siang2 cakap “Doktor jangan bagi saya folic acid, saya alergi!”
Kami pun bertolak la ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi..dengan bunga2 di hati...







1 comment:

  1. Huhu.. i plak yg emosi lebey2 bace entri u neh... soo sweet :)

    ReplyDelete