klik saya

Tuesday, June 16, 2009

Week 24 check up at HUSM n da not sooo good story

pagi ni check up baby n mummy dia untuk mgg ke-24.
pagi2 lagi dah bersiap, tapi tetap lambat coz xder parking... :(

ke OnG clinic,then dapat no yang tulis KHAS. sebelum ni x pernah pulak dapat no cenggini, agaknye before this staf kat situ tak perasan aku ni pakai name tag USM (ni andaian aku aje laa..). so lepas urine check (alhamdulillah no glucose n protein ~ means that no diabetis n UTI; Urinary tract infection) dan timbang berat (naik 2.9kg dari bulan lepas...ngeehehehe), tunggu la turn untuk check up.

lepas beberapa no (tak lama sangat menunggu walaupun ramai, sebab kt HUSM banyak doktor n klinik yang bukak untuk patient OnG), masuk la aku ke bilik no 4. nice n young female Dr. Blood preassure ak diambil (120/80 ~ 1st time normal, before this hampir ke low blood preassure ~ agaknya pasal selera makan baru jek pulih sepenuhnya...), ukuran perut diambil (kalau Dr. lelaki yang cek aku, sure aku akan pejam mata time neh...maluuu...huhuhu :0). then Dr. request untuk scan, since last aku scan kat HUSM neh masa week 14 dulu...

So, kene la move ke bilik scan. punya ramai menunggu sampai ada kakak2 dengan perut boyot (dah 8,9 bulan agaknya...) tertidur2. kesian pulak rasanya. aku pulak time neh, suka la perati patient2 yang datang..perati perut n fesyen baju diorang. heheheee.... pastu mula la terpikir~ nnt 9 bulan ni, adakah perutku akan sebesar itu? hmmmm....
masa tunggu ni, aku bercakap2 la ngan baby aku.. "hmm, Rayyan, nanti kita nak scan kejap lagi. Rayyan bangun la, jangan tido ye sayang. Mummy nak tengok Rayyan gerak2"..sambil usap2 perut ku yang tak seberapa besar neh. tapi baby kat dalam ni, dia diammmm je..wat dekk jer. aku pun frust, malas nak pujuk2 dia lagi. lagi pun ak cakap slow jer, takut pulak org sebelah dengar.

then, sampai la turn aku.. dan cerita yang x berapa best pun bermula. masa aku masuk tu, ada sorg Dr, assistant dia and sorang patient yang sedang di scan perutnya. aku tengok, knp Dr ni tak bagi patient tu tengok anaknya kt skrin tu. and patient ni pon diam je x tanya n kata aper2. bila tiba time aku, ak pun baring la..dan si kecik dalam my belly ni pn start la gerak dan tendang2. dia dengar rupanya mummy dia suruh dia bangun tadi..sayang betul kat budak kecik ni..hmmmm.

then, balik pada cite Dr tu, tengok muka beliau x senyum pun.. tak ape la aku pk, may be dia penat kot (dah penat ke, baru pukul 1030 am). Then, sebab dia memang hadapkan skrin tu ke arah dia sahaja (walaupun aku cuba menjengah2, namun tetap tak berjaya nak tengok aper2, aku berkira2 dalam hati untuk mintak tengok..mula2 pikir, xpe lah x der rezeki nak tengok..tapi pikir pulak, nanti tak dapat tengok dia masa umur 6 bulan..hmmm. selepas membuat beberapa pertimbangan, aku pun cakap la dengan penuh sopan dan ayu(menambah2 je ni...).. "Dr, tak boleh tengok ye?". then ak terkejut bila Dr tu menjawab dengan suara yang keras "sekejap la, dia (merujuk pada assistant dia) tengah tulis sesuatu ni", dengan muka yang mamang masam n suara yang macam marah. aku pun SENTAP laa... Dr kah? apakah? perlukah pertanyaan patient yang nak tengok anak yang dikandungnya sendiri (bukan anak beliau pun..)dijawab begitu?. ak diam, x jawab aper2..kan tengah sentap. then selepas beberapa ketika, dia pusingkan skrin then tunjuk anak aku yang hensem tu. dia kata "ini kepala dia, n ini jantung dia. itu je la yang boleh tengok setakat ni". halluuuuu...aku pernah gi scan dekat klinik lain,even kt HUSM before this pn, Dr. akan tunjuk one by one " haaaa..ni kepala dia, badan dia, ni rahim awak, ni tangan baby, ni kaki baby.. awak tengok ni, kaki baby awak tengah gerak2". ini aku tak sempat nak nampak sangat pn baby aku.. huhuhuuuu sedey sangat2. n lagi sedey bila Rayyan masa tu tengah gerak2, as his mummy asked him to do so...

nak nangis rasa bila teringat baby masa tu. mummy minta maaf ye Rayyan, mummy tak sempat pun nampak aksi Rayyan tadi. mummy tak sempat rakam ape2 aksi pun dalam fikiran mummy. Doktor tu x bagi, sayang... huhuuuu

balik ofis, my hubby call, cerita la kt dia. Dia kata "Dr tu kalau tak nak dan tak reti nak communicate dengan patient, baik tak payah jadi Dr. keje kilang lagi baik, tak payah berdepan dengan orang". hmmm...kesian anak aku hari ni... kesian aku jugak( hukhukhuk). selepas hal itu, emosi aku terganggu sikit menyebabkan aku makan nasi sepinggan penuh (dengan 3 potong ayam), benjo sebijik, donat 2 ketul, buah jambu 1, pear 1, oren 2 potong. sekian terima kasih.

terima kasih ye Dr, sebab tolong scan kan perut saya. lain kali scan lagi yer...

so, sebab hal ini, maka aku pun teringat asam buah "star" yang aku makan semalam sehingga kecur liur. hmmm...


selepas beberapa minit...dan gigi pun terus menyengalkan diri

8 comments:

  1. Hmm..hampeh betul Dr tue. Sekeh2 baru tau.. Tensem jer kalau dapat Dr yg tak reti nak cakap elok2 ngn patient kan Sah... takpe lah.mujur u ade buah star tue. I tgk pun rasa mengecur air liur...terus kena pegi makan pelam dlm peti ais nun.huhuhu

    ReplyDelete
  2. a'ah, harap2 pas neh x jmpe lagi la Dr yg cenggitu...
    hehe k.ijan, I saje je nak bg u terliur asam tu. huh, sedapnyer..tetibe rasa teringin lagi...
    hmmm

    ReplyDelete
  3. Sah, lupe nak tanya..Ape nama penuh Rayyan tue? heheh..curious i.

    ReplyDelete
  4. SAH.. welcome.. welcome.. hehehe
    betnya baca cerita mu nih... huuuuu..
    teruskan bcerita lg yer :)

    ReplyDelete
  5. icah ade blog =)

    baby rayyan eh..come

    ReplyDelete
  6. nama penuh x tetap kan lagi...hehe
    daddy dia nak letak Eaman Rayyan kot... hehe

    ReplyDelete
  7. Wah...canggeh canggeh... comey nama tue :)

    ReplyDelete
  8. sure lah canggehh, daddy n mummy dia yang pilih...hehhe ni pun dah berpuluh kali ubah,ni yang latest Eaman Rayyan Zafran B. Zulfikar , sedap tul nama daddy dia kn??..hehe jgn mrh..ada lg 4 bulan slum bersalin,pk2 lg,so ktorng booking je dulu nama ni..ok tak?

    ReplyDelete