klik saya

Tuesday, August 11, 2009

Kisah alergi di week32

Sebenarnya sangat tak larat nak taip entri ni...tapi takut2 ku terluper, so taip juga sambil baring ni. Hari sabtu lepas (8 August 2009), me masak sambal kerang dengan tom yam. Tengah hari tu, lepak2 ngn hubby sambil2 packing serunding daging (try jadi pengedar serunding daging la pulak kami ni... RM7.00/paket. Sedap, fresh2 lagi...IKLAN jap). Pastu, dah petang baru la lunch. Dah makan tu, tetibe kaki ku gatal2. Ingattkan kena gigt nyamuk. Punya la me membebel kenapa nyamuk kuar awal pulak hari ni.. tergaru2 kaki sampai magrib. Magrib tu sempat gi pasar malam, tapi badan dah meremang semacam. Balik jer umah, tengok2 kat tangan n badan, dah naik tompok2 merah. Hubby suruh mandi, katanya panas n ruam la tu... lepas mengikut arahan beliau, me x puas hati, cek2 kat badan dah start bengkak2. Try la sms member2 spital, tanya caner kan... semua suggest gi spital cepat2. Sbb bila ibu kene alergi, boleh ganggu blood circulation, so maybe ada effect on baby. So me kejutkan hubby (dah terlelap pasal dari pagi x dapat rest..kesian suami ku!). berpisat2 beliau bangun dan solat.

Terus la pergi spital kat pasir puteh, nama dia Hospital Tengku Anis. Masa register tu dalam pukul 9.25 mlm gtu.. tengok patient kat dalam spital tu tak la ramai sangat..dalam 15 orang (termasuk penjaga masing2). So we’re not too worried to wait. Meanwhile, I’m sms ing my sis...dia pun citer la one of her fren kene paksa bersalin masa week33 psal alergi makan kerang, then BP terus melonjak naik mcm ‘selero shot’ tu. Me stat berpikir2, wat will happen if kene bersalin mlm tu kan..misi pun ada tanya kad merah masa register tadi. Masa menunggu tu, tengok tompok2 merah punya development kat tangan ni, makin lama makin bengkak n memenuhi segenap ruang di tangan (tangan jer dapat observe pasal takkan nak selak2 kat orang ramai kan..).

Tunggu punya tunggu my turn..pukul 1030, 1100, 1130...dah 2 jam menunggu, nama tak dipanggil2 pun. Kalu my name saje yang tak dipanggil, xper jugak, masalah problemnya, tiada sebarang patient dipanggil rasanya dari jam 1030 tu...sampai la jam1200 mlm. Dah berjanggut tunggu. Lagi worry pasal baby pun x tido2..duk gedik2 kat dalam ni. Kite x taw kan apa yang baby rasa kat dalam. My body temp mcm naik, BP masa tu x taw berapa, pasal kaunter saringan pun x panggil2. Rasa mcm bukan duk kat KECEMASAN je. Ala2 misi n dokter2 situ relax2 n tak take care pun ape kes patient yang dirujuk ke situ. Lepas kul 1200mlm tu, my hubby dah mcm nak naik angin. So I decide to go and ask the kaunter. Kami dah la lapar yang amat, lagi kene menunggu dan x di layan mcm patient di kecemasan. Nak menangis pun ada, bukan aper, risau aper2 jadi kat baby...

Tanya kaunter, rupanya dokter ada seorang shj n beliau dok menjahit kepala orang eksiden yang admit kul 10 lebey tadi. Then semua misi pun dok kerumun patient tu sahaja. Me mintakkan cek nama n bila agak2 turn sampai kan..dah alang2 tunggu lebih 2 jam dah.. tengok2 nama yang belum dipanggil sebelum my turn ada laa dlm 6,7 orang n nama yang menunggu selepas my name adalah 2 page lagi buku yang sebesar manila kad tu. Huh, bile la agaknya patient2 ni nak kene panggil...ntah2 kul 4,5 pagi agaknya. Kesian tengok adik2 yang demam dah terlelap2 kat kerusi... so wonder, macam mana bahagian kecemasan hanya ada seorang dokter yang in charge??????? Apakah??????? Terima kasih spital pasir puteh!
Hubby terus tarik my hand n drive ke HUSM. Masa sampai tu kul 1230 lebey, psal hubby mmg pecut gler2. Sempat beliau cek beg baby kat seat belakang, risau kalau2 me kene paksa bersalin mlm tu. Cuak jugak pasal mana la ready lagi kan... tapi masa tu pk aper2 pun redha jer, asal baby selamat...

Register kat HUSM, x sampai setengah jam dah boleh jumpe dokter. Masa tu ramai patient demam yang disaring. Me dah la x pakai mask, tutup hidung pakai handkerchief hubby jer. Masa dokter cek tu, bengkak2 dah serata dah..dah x jadi tompok2. Badan dah gemok semacam, sampai cincin semua ketat x leh nak bukak. Cek BP, naik sikit jer 125/? X igt. Biasa my BP around 100/70. So dokter bagi injection intravenous n dapat ubat jer..terus balik n gelong2 kepala penin n ngantuk yang amat.

The next day, makan 7 biji ubat spital bagi..tp still ada tompok2 merah. Mlm lepas hantar hubby naik bus, kene lagi sekali alergi. Penin dah gue, x makan kerang pun still kene? Peknen ni mcm2 unexpected thing will happen. Mcm me before dia x penah alergi dgn kerang atau segala apa jenis seafood, tetibe je x leh pulak. So hari ni, masih lemah2 badan n pagi tadi kaki bengkak yang amat..never happen before!
Sakit...sedih jer kene urut sendiri2..sob3.

tangan dimalam kejadian


tangan mangsa


gambar tertuduh tidak dapat disiarkan... sekian

4 comments:

  1. salam ziarah,
    macammana boleh kene macam tu? ape kata doktor?

    ReplyDelete
  2. salam K.ernie,
    sebab2 kene tu x dapat dipastikan....
    Doktor pun xleh detect ape yang salah..huhu

    ReplyDelete
  3. Sah, risau i bace entri u neh.. mujur takde pape... dulu pon kak ijan pernah naik ruam merah2 gitu.tp mase tu br bulan 4-5 gitu kot.. tp kejap je pastu ok. psst, abg faiz kate u mkn kerang H1N1 kot.hehehe

    ReplyDelete
  4. emm..pastu skang BP naik n x stable sket.. :(
    hampehz jer a.faiz tu :p nnt i pakai mask la nk mkn kerang.

    ReplyDelete