klik saya

Monday, October 12, 2009

wad rawatan khas bayi

hi semua...
da lama x update.
maklum la bizi berpantang...

Semalam aku dengan mak bawa Rayyan ke hospital university untuk review balik Prolong Jaundice Rayyan.
Lepas daftar masuk wad, sementara menunggu folder sampai, kami duduk dikerusi tempat rehat di wad tersebut. Ada seorang makcik yang masih muda, tersenyum. Menunggu cucu katanya. Tanpa ditanya, beliau bercerita..katanya cucunya cedera sedikit dimulut semasa lahir. Aku terkejut sebab ingatkan cedera disebabkan kecuaian hospital, tetapi beliau cepat2 explain cedera semulajadi... barulah aku faham bahawa cucunya itu sumbing.
Seketika kemudian, sepasang suami isteri datang. Ibu bapa kepada cucu makcik tersebut. Aku perhatikan kedua ibu bapa bayi itu masih muda, seperti aku dan zul juga. Anak itu anak pertama mereka. Aku memahami perasaan ibu dan bapa muda yang menunggu anak yang dikandung selama 9 bulan, teruja! Itu lah perasaannya..namun...takdir Tuhan..

Makcik itu terus bercerita, katanya kedua anaknya sukar menerima keadaan bayi itu pada mulanya, namun setelah diberi dorongan dan semangat, dan melihat kepada berapa banyak lagi contoh kesusahan orang lain diluar sana, keduanya sudah boleh menerima keadaan itu.

Mereka ditahan di wad tersebut kerana pihak doctor ingin memastikan ibu muda itu boleh menyusukan bayinya dengan betul. Ini kerana bayinya tiada lelangit pada sebelah kiri (kalau tak silap). Jika salah cara penyusuan, dikhuatiri susu akan memasuki paru2 bayi.

Si kecil itu comel, lebat dan hitam rambutnya, putih bersih kulitnya, dan sihat berisi tubuhnya. Doktor bercadang untuk melakukan pembedahan pada bayi lelaki itu apabila beratnya mencecah 8kg-10kg, mungkin 2-3 bulan lagi memandangkan berat bayi itu ialah 4kg semasa dilahirkan. Pembedahan perlu dilakukan sebelum usianya memasuki fasa pertuturan.

Apabila melihat ibu muda itu menyusukan anaknya (dengan botol yang mempunyai puting khas seperti sudu), dan bapanya mengusap2 rambut anak itu sebelum menciumnya, hatiku tersentuh. Betapa kasih ibu dan bapa. Dan lebih menyentuh hati apabila melihat betapa gigih bayi kecil itu cuba menghisap susu dari botol itu dengan sebelah mulutnya. Subhanallah... aku memeluk dan mencium Rayyan berkali2 dan memanjatkan syukur pada Allah dengan kurniaanNya, dan aku mendoakan untuk si kecil yang berusia 3 hari itu....

Dan sepanjang beberapa jam di wad tersebut, banyak bayi yang ku lihat, yang mana ibu bapanya diuji oleh Pencipta. Ada bayi yang saiznya jauh lebih kecil dari Rayyan, dan dibawa oleh ibu muda dengan senyuman. Ada bayi yang kedua-dua belah tangannya mempunyai dua ibu jari, dan ibunya belum memutuskan untuk membuang jari2 tersebut atau tidak. Jari2 tersebut mempunyai tulang dan dapat bergerak seperti jari2 lain, tetapi ibunya khuatir jika anaknya dipersendakan apabila memasuki alam persekolahan kelak. Dilema. Mungkin itu yang dialami oleh ibu2 ini...

Dan aku di wad ini bersama Rayyan, yang kelihatan sedikit kuning kulitnya, tetapi Alhamdulillah ujian oleh doctor menunjukkan anakku sihat..Cuma darah perlu diambil lagi untuk beberapa ujian seperti ujian infection. Dan berat Rayyan sudah bertambah menjadi 2.76kg pada hari ke-31. Alhamdulillah...

Melihat ujian Allah pada orang lain, terasa betapa bersyukurnya tidak diuiji sebegitu... Maha Suci Allah!

No comments:

Post a Comment