klik saya

Monday, December 7, 2009

kemalangan...kematian

seminggu dua ni, kemalangan dan kematian datang bertimpa-timpa. first masa hari raya aidiladha, my sis's fren, allahyarhamah Fuziani meninggal dalam kemalangan bersama suaminya on the way balik beraya ke kg kami... sehidup dan semati bersama suami. dan sedihnya allahyarhamah sedang mengandungkan anak sulung semasa kejadian. ada keluar dlm harian Metro...

5 Disember 2009, ofismate hubby pulak meninggal dalam kemalangan. kesian sangat..muda lagi orangnya..dilanggar tunang sendiri tanpa sengaja. mereka (Allahyarham Syukri dan tunang) dari workshop mengambil kereta yang direpair. so untuk balik, allahyarham menunggang motosikal dan diikuti oleh tunangnya yang memandu kereta dari belakang. kejadian berlaku di Pandamaran, Kelang. ntah macam mana (saya tak tahu lagi cerita detail), tunangnya terlanggar Allahyarham dari belakang dan datang kereta Waja melanggarnya sekali lagi. Allahyarham meninggal semasa sampai di kecemasan hospital tengku ampuan rahimah. Innalillah...
(saya terfikir2 perasaan tunangnya...)

dan semalam kejadian yang meragut 2 nyawa pelajar masterskill yang berada di KB Mall dek kerana sebuah kereta yang tetibe terjun dari roof carpark ke eskelator KB Mall.

tiada siapa sangka, tiada siapa tahu bila ajal akan menjemput..bagaimana cara nyawa kita diambil.. subhanallah....ntah berapa saat lagi nyawa kita akan diambil..ntah ntah ntah..kita tak pernah dan takkan pernah tahu..

semoga kejadian2 disekeliling akan memberi sedikit ingatan buat kita. alfatihah untuk semua yang telah mengadap Ilahi...semoga tenang di sana...

1 comment: