klik saya

Wednesday, January 13, 2010

1st meeting Neuro Dept

Hari Khamis...
Meeting pertama department akan berlangsung.
Apakah isu2 yang berbangkit? Kita nantikan....

Sekarang student Neuro semakin ramai. Dan sedar tidak sedar aku sudah menjadi senior dikalangan mereka. Dulu akulah junior, adik paling bongsu..kini senior. Senior sahaja, bukan super duper senior lagi..dan bukan juga Lagenda (untuk orang yang tak grad2). Takutnya....hehe. bukan apa, sejak balik dari maternity leave, aku tak pernah dapat peluang join Journal Club (masa JC ni, presenter akan present satu journal yang dipilih-dan akan disoal kaw2 punyer oleh Dr.M n Prof-dulu aku suke goreng jawapan dan tak letak dlm slide data2 yang aku tak paham-utk elak kene soal- dan seorang lagi presenter akan membentangkan satu topic dalam buku Fundamental of Neurosains-buku yang sangat penin untuk dipahami-penulis dia ahli sastera German-menulis pasal neurosains-tunggang terbalik saraf tunjang aku-kesian sel-sel glial-nasib baik action potential maintain...).

So, berbalik kepada meeting yang bakal berlangsung...
Manifesto yang akan aku tegakkan adalah; tukar jadual JC-jangan buat hari Ahad pukul 430pm lagi! Lewat sangat la....aku kena amik anak!
Progress report yang setiap khamis tu; Prof, pleaseeeee........kite buat setiap 2 minggu bley? Heheh. X der menda nak report!

Dan buku kedatangan pelajar Master/phd tu, sila bakar ye. Aku tak penah isi. Aku datang ikut suke kul berapa-makan-wat keje lab-suka hati aku- hehehehe. Aku yakin buku tu takkan bertahan lama- hangat-hangat tahi ayam je tu....
Nak tergelak jer, tetibe naik notis “Pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti selama 7 hari setahun”. Tetibe ada tangan gatal gi tambah 0, jadi lah 70 hari boleh cuti. Horeeeyyyy! Prof x bising pon! Aku nak cuti aku cuti, bukannya aku ada gaji pun kalu korang nak potong. Har har har.... gelak riak orang habis scholar pastu menghabiskan duit laki lak wat bayar yuran!

Lagi minggu lepas kene ugut dgn Dr.M, saper2 tanak masuk progress report, kene sekat dari hantar thesis. Ada aku kesah? Heheheheheheeee...maknanya aku tak masuk la tu....aku kat lab lah!

Dah dah dah..jap lagi Dr.Pati dtg nak cek assignment dia bagi kat ko...quotation invitrogen dah dapat..microbeads? antibody? CD90? Positive marker? Negative marker? Tak sukeeeeeeeeeeeee! Penat nak bertekak dgn dia ni..degil sungguh. Dah tu kene guna bahasa inggeris, bukannya aku reti sangat. Aku geram-guna bahasa melayu ja-pastu dia cakap-pls talk in English. Aku hentam kecek kelate. Amik... tapi minggu lepas perangai dia mcm dah mulia siket dah..Alhamdulillah...

Aku nak kerja jadi kerani kat kedai Photog jer..tukang amik order. Kene ada Msc ke?

Teka tekuk; kenapa kura2 berjalan lambat? Sape buleh jawab bagi hadiah.

2 comments: