klik saya

Sunday, January 31, 2010

SEPHIA HAPPY ROMANTIC VACATION PHOTO CONTEST



Salam semua tidak kira dimana anda berada (wah, macam selamat pagi Malaysia pula).

Sempena ‘2nd wedding anniversary’ mummy dan daddy Rayyan yang bakal tiba, kami berasa seperti ingin memberi hadiah kepada seseorang...kenapa ye? Saja suka-suka. Suka tengok orang happy (gembira), maka kami ingin menganjurkan satu pertandingan (Contest).

“SEPHIA HAPPY ROMANTIC VACATION PHOTO CONTEST”. Wah, seronok rasa (ter excited lak). Syarat-syarat nya ialah:
1) Gambar tersebut mestilah diambil semasa anda bercuti. Tidak kira dimana anda bercuti, di dalam atau di luar Negara ataupun ditepi rumah sekali pun, jika anda mengkategorikan ianya sebagai percutian keluarga anda, akan diterima.
2) Gambar wajib ada suami dan isteri. Jika suami isteri bergambar bersama anak juga diterima. (banyak kelonggaran kan?)
3) Nyatakan lokasi percutian anda dengan meletakkan watermark pada gambar.
4) Gambar mesti di “sephia” kan (untuk menimbulkan mood romantic.. ;) )
5) Gambar mesti mood happy / romantic. Muram durja tak mahu yer...

Cara penyertaan ialah;
1) upload banner contest diatas dengan tajuk entri “SEPHIA HAPPY ROMANTIC VACATION PHOTO CONTEST” di blog anda.
2) Upload gambar korang (jangan lupa nyatakan lokasi vacation/percutian) dan sedikit penerangan tentang percutian tersebut (mummy Rayyan ni nak cari ilham...).
3) Dan, emailkan gambar tersebut kepada raisah289@yahoo.com.my. Sebabnya, kalau menang gambar tersebut nak diprint, tapi kalau unable right click, macam mana saya nak amik ambil gambar tersebut kan? ;)

Mudah kan? Dah ada contest, mesti ada hadiah kan?
Dengan ini diumumkan hadiahnya adalah......sebuah kamera DSLR EOS 5D! Fuhh, diri sendiri nak beli pun tak mampu. Jangan marah ye kawan-kawan, ayat diatas hanya igauan mummy Rayyan semata-mata. Untuk kembali ke alam nyata, hadiah yang bakal diterima oleh pemenang utama ialah pakej percutian 3 hari dua malam di rumah sendiri serta gambar tersebut akan dicuci (diprint) dan di FRAME kan. Dan 3 hadiah saguhati juga berupa gambar tersebut diprint dan diframekan (tapi versi kecik of course sebab saguhati). Oleh itu..cepat-cepat kita meriahkan..cuti-cuti Malaysia! (kesian penulis tiada cukup masa untuk bercuti, doakan penulis cepat habis belajar ya.... ).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada pada bila2 masa sehingga diberitahu kemudian. ;)

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment