klik saya

Thursday, February 11, 2010

candle light dinner?

gambar-gambar yang terpapar dibawah adalah gambar semasa kami makan malam di Grand Continental Kuala Terengganu pada hari itu. sebab ini adalah pasal makan, maka saya buat entri asing.

makan sangat sedap.
Rayyan tidur dalam dakap.

orang hotel bermurah hati offer diri untuk menjaga Rayyan, mungkin mahu memberi kami 'privacy' sebagai pasangan kekasih dimalam hari, tapi ditolak dengan baik oleh hubby. kata hubby "takper, abang jarang dapat pegang anak, biar abang peluk dia tidur". sudahnya, lepas habis meal terakhir, tangan hubby 'cramp', gara-gara peluk anak seberat 6kg. hehe...























hari ini semua student MSc mahupun Phd tiada di dalam bilik siswazah. tinggal aku terkontang kanting membuat kerja iaitu 'berblogging!'. semua sudah pulang untuk menyambut hari raya cina (tahun baru cina). sedangkan Kee, satu-satunya staf berbangsa cina disini pun masih belum bercuti..alahai.. takper2, memang kami patut ambil peluang bercuti, sebab sepanjang-panjang 3-4 tahun kami membuat master di sini, kami tidak pernah diberikan cuti, apa lagi ada cuti semester seperti pelajar undergrad.

dan saya? masih duduk disini, sambil tengok-tengok blog otai-otai dlm wedding photography. esok saya ada job ; shooting majlis kahwin K.Ckin patologi -nanti saya letak gambar mereka di blog satu lagi atale2remember. dan lusa, perlu menyiapkan hantaran 9 dulang dengan bunga hidup (fresh flower) serta 2 hand bouquet untuk sahabat baik; aini n saiful. hmmmm.
dan lusa juga hubby dan keluarga mertua ku akan sampai.... dah lama tidak bertemu, lebih kurang 3 bulan... rasa macam perlu belah badan ni, nak bahagi2kan untuk buat kerja. adios!

2 comments:

  1. Best nye candle light dinner. Romantic gitu.. jauh duduk tu buleh suap2 ke? heheh

    ReplyDelete
  2. ooohhh....rasa-rasanye adegan suap-menyuap tetap berlaku..heheheh

    ReplyDelete