klik saya

Wednesday, February 24, 2010

How to store fresh flowers?

Bagaimana cara untuk menyimpan bunga segar/ hidup di rumah untuk jangka masa yang lama?

Ayat bahasa Malaysia yang betul tak?

Bagi penggubah hantaran macam saya, menjadi satu kepuasan jika menggubah hantaran dengan menggunakan bunga segar. Tetapi saya juga mengikut kehendak pelanggan jika ada yang mahukan hantaran dengan bunga tipu, saya ikutkan sahaja, bergantung kepada kehendak masing2. Pada permulaan untuk gubahan bunga segar, saya menghadapi masalah untuk menyimpan (store) bunga segar ini memandangkan saya tiada peti sejuk macam dikedai bunga, dan peti sejuk di rumah saya pula sudah tentu dipenuhi dengan lauk2 mak saya. Dan kalau tak penuh lauk pun, ruangnya tidak mencukupi untuk menyimpan bunga yang berjumlah sekurang-kurangnya 100 kuntum ini. Di samping itu, bagi majlis perkahwinan yang di adakan semasa tahun baru cina, bunga perlu di ambil lebih awal dari tarikh majlis kerana kedai tersebut akan tutup dan saya juga perlu masa yang lebih untuk membersihkan bunga2 tersebut (bunga yang ditempah biasanya akan dibekalkan dgn keadaan comot2 seperti baru sampai dari kebun, seperti masih berlumpur, berduri, batang berdaun, dan kelopak bunga yang layu kecoklatan di bahagian luar-bagi bunga rose. Bagi carnation, biasanya ia mengambil masa untuk kembang selepas dipnya dikopek). Maka saya mencari ilham untuk menyimpannya dan mendapat penyelesaian dgn cara sendiri iaitu menyimpan di dalam ‘ice box’.

Cara-caranya ialah:

1-beli ais sebanyak RM2 dari Nazri Ais yang mana kilangnya di tengah2 sawah nun. (beli kat tempat lain pun boleh.. )
2-letak semua ais di dalam ice box. Saiz ice box bergantung kepada berapa banyak bunga anda. ( untung rumah selalu kenduri, ice box mmg dah ada kat umah).
3-tutup ais dengan beberapa keping surat khabar.
4-balut hujung bunga dengan aluminium foil yang diletakkan kapas basah.
5-letak bunga-bunga tersebut di dalam ice box tadi. Jangan lupa tutup dan letak dikawasan yang kurang panas.

Bunga-bunga yang saya simpan ialah rose, dahlia, carnation, baby breath, berry... Alhamdulillah selepas 4 hari pun, masih segar lagi.. :).
Penting!!! Jangan biarkan kelopak bunga terkena air. bunganya akan rosak.
Kelopak bunga yang dibuang (untuk pembersihan bunga) bolehlah disimpan untuk ditabur di atas katil pengantin atau di pelamin.. jimat kan?

Ok, ini cerita pada hari saya menggubah hantaran aini. Saya check out dari Sudara Resort pada pukul 1230pm, makan semua, bertolak balik rumah, sampai jam3.00. hubby uruskan anak, saya tukar uniform jalan2 terus mengadap hantaran. Buat punya buat, tgk2 jam sudah 6.30pm. dua hand bouquet dah siap,HANTARAN BELUM SIAP! Sebab sebelum menggubah, bunga2 ni perlu dibersihkan dan dipotong mengikut saiz. Itu belum lagi air sirap yg hubby buat utk isteri dia ni terlambak kat situ. Huh, punya kelam kabut sebab janji dengan aini (customer a.k.a besfren) nak hantar kat umah dia jam 7.45pm. so, saya menggubah 3 hantaran, dan hubby buat lagi 4. Untung dapat suami mcm hubby ni...semua boleh dan sangat ringan tulang! Jam 730pm siap, saya pegang kamera nak snap semua, hubby uruskan anak. 15 minit kami bersiap semua, bergegas ke rumah pengantin. Dan..Apa? Pengantin belum siap make-up, tapi tak apa lah...sekurang2nya kami sampai lebih awal, itu sudah lega. Sempat la tengok besfren kami ni nikah, sebelum bergegas ke wakaf Che yeh pulak menemani keluarga mertuaku nak jalan2 kat sana. Makan jam semua, sampai sana jam11. Saya sudah rasa ingin mengamuk (sebab tertidur dalam kereta kepenatan, bukak2 mata belum sampai, pulak tu saya dengan berjubahnya-dari majlis nikah-), tetapi urut dada cepat2. Rezeki dapat parking senang, tetapi setelah membelah lautan manusia yang ntah dari mana, family mertua sudah ada di kereta sebab MIL kene dialysis (MIL dialysis buah pinggang sendiri-dalam kereta pun boleh). Maka kami pun pulang lah......sekian.

Gambar2 hantaran ada di atale2remember.blogspot.com. enjoyce!

ni kira step by step punya gambaq la naa...













2 comments:

  1. cantiknya che sah...nasib baik hari akak dah lepas :)

    ReplyDelete
  2. nnt aku nk buk mu utk my 'hari'..hahaha

    ReplyDelete