klik saya

Monday, March 15, 2010

ayah dan ma

Pagi itu seperti biasa saya memandu ke HUSM. Ditemani FBI dan fafau. Tiada bersempena apa-apa, fafau memutarkan lagu “oh Ibu” nyanyian mamat Exist. Lagu lama ini mamang saya tak suka, sebab tanpa sedar saya akan menitiskan air mata. Sebak datang bertimpa-timpa. Saya rindukan belai kasih arwah ibu saya. Lebih 17 tahun arwah ma meninggalkan saya. Tidak banyak kenangan yang masih ada dalam memori. Mungkin kerana saya masih kecil ketika itu..dunia saya hanyalah permainan. Saya ketika itu tidak memahami bahawa ibu sakit..badannya semakin kurus saban hari. Sungguh saya tidak menyedari hal ini. Setelah saya sendiri melahirkan anak dan menjadi ibu, saya memahami bagaimana tingginya kasih ibu kepada anaknya. Hanya yang terbaik diharapkan untuk zuriat yang dikandung dan dilahirkan dengan kesakitan yang tak tertanggung.

Ma, sah dah ada anak, ma. Sah sayang anak Sah...macam ma sayang Sah jugak.
Sah rindu ma.
Sah sayang ma.

Terasa hangatnya pelukan ayah ketika arwah ma meninggalkan kami di pagi Jumaat itu. Dan kini ayah juga tiada. Jika dibandingkan antara ayah dengan ma, saya mungkin lebih sensitif jika isu ayah yang dibangkitkan. Mungkin kerana ayah yang membesarkan kami setelah ma pergi...dan ayah menyahut panggilan Ilahi 10 tahun selepas ma. Ketika itu saya jatuh, hilang arah, hilang punca. Sehingga kering air mata...merindui Ayah.

Ketika saya dan suami buat pertama kali ke kuburan ayah dan ma, saya tidak mampu meneruskan bacaan Yaasin. Air mata terlalu deras ketika itu. Saya tidak tahu bagaimana perasaannya jika saya membawa Rayyan ke kuburan...mungkin saya tidak mampu!

Begitu cepat masa berlalu...dari saya seorang anak kecil, kini saya dewasa dan bakal mencorakkan hidup anak saya sendiri.. Tabahkan hatiku ya Allah! Sampaikan salam rinduku buat Ayah dan ma...

In dreams I walk with u....

1 comment:

  1. Syg abg,abg fhm perasaan syg,abg pn sedih tak sempat kenal dengan ayah & ma..tp kt jgn terlalu mengenang yang dh pergi,mmg pedih syg berpisah dgn orng kt sygi..Mcm abg tiap2 mggu nak jauh dari syg n Ryan pun mmg pedih sdih sgt2,tiap2 mggu..terpakse buat tak endah je...tak bleh layan sgtkan,syg gak yg pesan kan..emmm dah lama kt tak melawat pusara ayah&ma,nanti ada masa Ryan dh besar skit kt bawa dia k syg.. Abg nak syg tahu,yg abg terlalu sygkan syg dari dulu sampai sekarang,semakin2 syg..abg akan jaga syg mcm arwah jg syg dulu,I'Allah abg janji...tp sejak peristiwa mggu lepas, abg terasa hati sdih sgt2 kenapa m_...berkira dengan kita ber3,walau pun kt bukan ank betul,tp Amanah arwah ayah,m_..kene jaga..Abg ada kat sini susah hati fikirkan syg kat sane..nak buat mcm mane abg kene blk sana gak untuk jumpa syg n Ryan...kt buat biasa jelah k..syg ,Sabtu pg kt jumpa k..

    ReplyDelete