klik saya

Wednesday, March 24, 2010

Kad undangan perkahwinan facebook

Trend jemputan kahwin di facebook.

Saya perhatikan, sekarang ini trend menjemput sahabat handai ke handal? Di Facebook.
Caranya hanya tag kawan-kawan yang ingin dijemput, dengan sedikit nota..walimatul urus..

Di dalam hati saya, saya tidak berkenan dengan budaya ini. Saya terfikir, budaya menghantar kad jemputan kahwin akan lesap seperti lesapnya budaya menghantar kad hari raya menjelang syawal. Sekarang ini zaman serba canggih, kalau hampir tiba syawal tu, mulalah bersms mengirim pelbagai pantun dan ucapan hari raya. Berbeza dengan suasana semasa kecil2 dulu, dari pertengahan bulan Ramadhan sehingga syawal, kedatangan posmen memang ditunggu2. Kad raya saling berbalas. Itulah budaya orang kita, penuh dengan adab dan sopan. Sekarang ni pun masih berbalas, bezanya hanya di telefon. Kalau inbox penuh, sms ini akan di ‘delete’. Maka tiada lagi kenangan ucapan dari sahabat.

Hari raya datang setiap tahun (InsyaAllah kalau umur panjang, tahun depan boleh bersms lagi), tetapi hari perkahwinan dan pernikahan datang sekali seumur hidup. Rasa saya, tiada seorang pun yang mengimpikan akan berkahwin untuk lebih dari sekali (saya tidak tahu bagi kaum Adam). Maka, tiada salahnya jika kita dengan ikhlas menghantar kad jemputan kepada teman-teman untuk mereka datang meraikan hari bersejarah kita. Tidak perlu kad yang canggih manggih (untuk mengikut trend kad yang macam2 sekarang). Cukuplah kad yang bertulis undangan sekian-sekian dengan petanya terpapar di kad tersebut. Dengan ini, kita tidak menyusahkan kawan yang datang-kalau hanya tag di facebook, nak kena salin peta rumah dia lagi..dah lah nak kita pergi dia kawen..huh. itu belum lagi ada salam kaup – ore kelate panggil ‘ngele’, kena beli hadiah bagai.

Saya biasanya kalau kawan2 hanya tag saya di facebook, saya tidak akan pergi ke kenduri tersebut. Bagi saya, kawan saya ini tidak ikhlas mengajak saya ke hari besarnya. Maknanya kalau saya ada-ok, kalau saya tidak ada juga dia tidak kisah. Kalau kita betul2 mahukan kehadiran kawan-kawan di hari perkahwinan, ajaklah mereka dengan adab. Barulah besar hati mereka untuk memenuhi undangan. Memenuhi undangan kenduri adalah WAJIB hukumnya, sebab tuan rumah telah menyediakan makanan untuk dijamu, namun jika tetamu hanya dipilih dari senarai friends di facebook, anda agak, si pengantin memang sediakan makanan khas untuk anda? (biasanya bilangan tetamu ditentukan dengan berapa jumlah kad jemputan). Fikir2kan...

P/s: biasa kalau kwn tanya “eh, knp x pergi majlis kawen si A ni? “ saya jawab “saya tidak dijemput”.

7 comments:

  1. hehehe..aku agk stuju!

    dgn fesbuk jgk,mereka bleh guna utk msg tnya address kwn2 utk anta kad.tu utk yg mana da ilang no ke aper la.

    kmudian berusaha bersungguh2 la anta kad jemputan.heee

    nnt aku anta kad ko mu sah,jgn runsing..huuu..seru blum smpai.huuu

    ReplyDelete
  2. jimat modal sah weii..nak nikoh kene pkai bnyak duit..print kad serial sekeping..tag fb free of cas..

    ReplyDelete
  3. Laa: bagus setuju dgn aku. kalau ikhlas nak ajak kwn2, mesti bagi kad kan...

    Lily: bukannya nak yg mahal2 beriben bergambar bagai Lily weh...huhu. aku dulu gagah cari alamat kwn2 nk bg kad...

    ReplyDelete
  4. usah kata mung..aku abis majalah sekolah aku kutip cari..melainkan doh xleh nak gohead sgt doh..ilang no tepon baru la aku tag,im,mail org..kang kata aku xtag pulak..mulut org ni sah kalah mulut murai..nanti bawak cerita sana sini..

    ReplyDelete
  5. stuju2...samala i pun x bekenan..x da sentimental value..

    ReplyDelete
  6. lily: a'ah Lily...kalau nak seribu daya..

    che rod: betul3. dah xder sentimental value dah zaman sekarang nye jemputan. huhuh

    ReplyDelete