klik saya

Monday, March 8, 2010

makjun dan bubur Rayyan dan KLCC

semalam saya mula makan makjun balik
tradisional tak saya?

sebelum ni saya sudah makan untuk lancarkan period
Alhamdulillah period ok
saya terus berhenti makan
sebabnya azab nak makan tu..hmmm Tuhan je tahu
melekat2 kat anak tekak
rasa dia memang saya tak suka

tapi lately ni period macam tak tentu balik
hubby belikan makjun baru
Petani
ingatkan jenis kapsul
sekali sama macam dulu
nak menangis rasa nak telan
habis dua mug milo saya telan
sebiji makjun tu saya gentel2 bahagi2 jadi 7 bahagian yang kecil

hmmm...
ada solution lain tak?
saya juga mula ambil madu
sebab badan memang tak larat
pinggang sakit selalu (kesan epidural?)

lately ni juga saya susah hati sedikit
Rayyan kurang nak minum susu badan
dan Rayyan cepat mengamuk
kadang2 mengamuk tak tahu punca
tak tentu arah saya dan hubby

mungkin musim2 panas ni...
kita yang dewasa pun rasa tak selesa
baby apatah lagi

pagi tadi saya masakkan bubur resipi baru untuk Rayyan
beras+carrot+brokoli+bilis sikit
nampak mcm sedap
tapi tak tahu lah
harap Rayyan suka

kakak saya kata, masak je nasi, bagi kat pengasuh biar dia blend dan buat semua
tapi bagi saya
biar saya yang prepare semua
saya sudah lah tidak menyuap Rayyan (kecuali hujung minggu)
takkan dalam hal menyediakan makanannya pun saya tidak buat
saya memilih untuk memasak sendiri semuanya
biar Rayyan rasa air tangan ibunya

selasa yang lepas kami sekeluarga ke KLCC
rasanya sudah lama tak ke sini
biasa kalau ke sini kami hanya ingin menikmati laksa shack
tapi kali ni kami ingin perkenalkan Rayyan dengan bangunan tertinggi di Malaysia ni
Rayyan tidur je pada mulanya
kami kejut sebab nak main2 dengan dia

Rayyan punya seronok
sampai bercakap tak henti2
mat salleh pun rayyan tegur
sudahnya mat salleh tu berhenti bercakap dgn dia
"I love this baby!" "how old?"
"oh, 6 months?"
Rayyan memang tak takut orang
kadang2 org yang ntah paper pun dia tegur jugak
mak yang tak tahu nak buat reaction macam mana...

gambar2 kenangan disana









Rayyan seronok main kuda ni...

6 comments:

  1. hi,
    nk tanye.. if bfeed leh mkn makjun ke? i nak mkn tp riso lak.. mcm was2.. boleh ke? sbb takut effect baby

    ReplyDelete
  2. halluuu ibu Iman!
    boleh....tapi kene minum banyak air, sbb takut perut baby meragam. so far Rayyan mula2 mcm berak2 sket, tapi lepas tu dah ok. saya kurangkan dos, maknanya kalau arahan makan 2 biji, saya makan sebijik. in fact, makan makjun susu jadi lebih banyak..tu tahan makan jugak. hehe. hari tu saya balik s.alam, igt nak jmpe Roshda, tapi tak sempat....

    ReplyDelete
  3. halluuu ibu Iman..
    boleh...tapi kena minum banyak air, sebab takut perut anak meragam sebab panas. Rayyan mula2 dulu, 1st day saya makan, berak2 gak, pas tu dah ok... :)
    saya kurangkan dos (maknanya kalau arahan makan 2 biji, saya makan 1 biji jer). takut kan nak makan ni, tapi kesihatan ibu nak kena jaga jugak..

    makan makjun ni, susu bertambah banyak. tu tahan makan gak...hehe

    hari tu balik s.alam, igt nak jmpe ibu iman ni, tapi x sempat.. :(

    ReplyDelete
  4. halluuu ibu Iman..
    boleh...tapi kena minum banyak air, sebab takut perut anak meragam sebab panas. Rayyan mula2 dulu, 1st day saya makan, berak2 gak, pas tu dah ok... :)
    saya kurangkan dos (maknanya kalau arahan makan 2 biji, saya makan 1 biji jer). takut kan nak makan ni, tapi kesihatan ibu nak kena jaga jugak..

    makan makjun ni, susu bertambah banyak. tu tahan makan gak...hehe

    hari tu balik s.alam, igt nak jmpe ibu iman ni, tapi x sempat.. :(

    ReplyDelete
  5. huh, hampeh jer google ni. bile saya post reply comment, dia kata error. taip balik, post balik, error lagih. tengok2 dah berdondon reply...tak pe ye ibu iman...

    ReplyDelete
  6. sah bg rayyan mkn apa mula2..i pun dh start bg wafiy mkn, mula2 msk nasi pastu buh isi ikan skit..mggu dpn nak campur carrot lak..kalu ikut pakar pemakanan kena bg nasi kosong ja..tp sian lak kat bb kan..wafiy mcm suka ja
    ok ker mkn makjun? nape sah sakit badan?

    ReplyDelete