klik saya

Tuesday, March 30, 2010

Mengidam

mengidam selalu dikaitkan dengan perempuan mengandung.

benar atau tidak?

bagi saya, sebelum mengandung lagi saya memang selalu mengidam. bila paras hormon saya turun naik, saya mula mengidam. dan semalam, saya rasa hormon saya kembali kepada keadaan itu. di waktu petang sambil menunggu kepulangan suami (saya di shah alam, sebab Kelantan cuti umum 2 hari, bukan sebab berjaya benarkan Jom Heboh membolosi negeri, tetapi kerana Keputeraan Sultan), tetiba mulut saya berair. hmmm, terbayang2 di ruang mata saya, lantas dihantar oleh saraf eferen ke mulut saya, menyebabkan berlaku rembesan di situ. hmmmmmm teringin tomyam pedas2 masam2 dan teringin kedondong cicah asam. fuuhhhhh!!!

pulang sahaja sang suami, bergegas kami ke 18, memenuhi misi. tak dapat tom yam, digantikan dengan pak Li Asam laksa. tak pandang kiri kanan saya makan! (laksa di tukar kepada mihun, atas dasar kene pantang laksa selama setahun-orang tua kata sakit urat kalau makan laksa dlm tempoh setahun lepas bersalin. selepas itu ke Giant, beli kedondong. MISSION COMPLETED!!!

saya ni kalau mengidam memang tahap dewa punya tak tenteram hidup. kalau di rumah (saya akan mengidam setiap bulan sekurang2nya sekali), saya akan menggagau cari benda masam. paling tak ada mangga pun, saya makan asam jawa semangkuk. puas hati! pernah sekali asam jawa habis stok, saya sudah tak tentu arah. cari buah2 tak ada. mulut dah berair2 mengalahkan Rayyan (masa ni Rayyan tak ada lagi dalam perut pun), saya tak tahu nak buat macam mana, saya isap asam keping. huhuhu tak sedap!

p/s: kene kembali simpan stok asam!

No comments:

Post a Comment