klik saya

Tuesday, March 2, 2010

saman

Sekarang hangat kes saman menyaman.

Sampai saya rasa takut untuk menulis pendapat di blog sendiri. Sebab saya tidak berduit, dan saya takut di saman. Mana nak bayar peguam dan sebagainya. Baik duit tu saya bagi kat Rayyan. Tambahan pula, saman yang dapat di besut tempoh hari pun masih belum dijelaskan.

Dan hari khamis yang lepas, SAYA DI SAMAN!

Berbunga hati saya dapat pulang awal di petang khamis itu.
Saya menggalas beg laptop menuju ke kereta.
Berbaju kurung beli siap, kainnya dijahit sempit membuatkan langkah saya sedikit payah.

Tiba di kereta, ada nota cinta melekat di cermin kereta.

Alahai...surat saman! Tahun ke-4 saya disini, pertama kali saya di saman. Saya tarik surat tersebut dan melangkah pantas ke bahagian keselamatan PP Sains Perubatan.
Saya tengok bahagian keselamatan itu telah bertukar menjadi ofis kecik kepada bahagian pendaftaran jika saya tidak silap. Hampa.

“pak cik, kat mana bahagian keselamatan?” saya bertanya.
“oh, adik nak bayar saman, kena ke bahagian keselamatan, jauh siket”. Ok, tak apa.

Saya tahu dimana tempatnya. Di hadapan rumah mayat, bersebelahan tempat diet. Tanpa berfikir panjang, saya melangkah pantas menuju ke sana. Dalam hati, saya membebel2 sendiri. Dah berkali-kali saya parking di tempat yang sama, tidak pernah disaman. Musnah harapan nak ambil anak awal dari biasa!

Saya terpaksa melalui tempat penapisan pelawat kerana laluan itu menuju ke wad. Sekali lagi saya berdepan dengan pengawal keselamatan atau dikenali dengan ‘guard’. Saya pula tidak mempamerkan kad pelajar...

“pak cik, saya nak ke unit keselamatan, boleh lalu sini ke?”
“ boleh dik, boleh...adik gi terus...”
“dan belok kanan kan...” saya menyampuk dan terus berlalu. Tetiba saya geram dengan semua guard! Sayup-sayup saya terdengar...”haaa...tau pun!”

Tiba dikaunter ‘bayaran kompaun’. “encik, tolong buka clamp kereta saya. Saya nak diskaun.” Tanpa berlengah, saya bercakap ‘straight to the point’ dan menghulurkan surat saman tersebut.

“adik kena jumpa pegawai kat tingkat atas kalau nak diskaun”

Di tingkat atas, saya berjaya mendapat diskaun dari RM20 ke RM5. Saya tidak membuat rayuan, Cuma menyatakan saya nak diskaun. Itu sahaja. Apabila tiba di kaunter, duit saya tinggal RM4 dan syiling. Saya nak bagi syiling, guard tersebut menolak. Lantas beliau membuka walletnya dan mengeluarkan RM1 dan memberi saya resit. Di sebalik guard berpakain biru ini, masih ada yang baik hati... :)

“Prof J tu saya jaga dia masa dia belajar kat sini tahun 1984 dulu lagi...”
Aik, saya kehairanan.
“macam mana pak cik tahu saya student prof J?”
“saya tahu la....”

Oh, saya kehairanan. Tapi, tak apalah...glemer jugak saya di sini! Hik2 saya gelak di dalam hati.
Saya menuju ke kereta. Menunggu guard berbaju biru datang dan melepaskan rantai yang berbelit di sport rim kereta saya. Agak lama menunggu, tiba seorang guard dengan berkaca mata hitam.

“guard ni lagi...” saya terlepas cakap, dan suara saya tidak pernah perlahan!
Beliau membuka cermin mata dan memandang saya.
“oh, awak...” alamek, guard ni pun cam saya ke? Nampak sangat saya ni dah lama disini. Lagi pun, saya kira, tak ramai yang pakai kereta kuning yang kiut macam kereta saya. :p

Kunci dilepaskan.
“terima kasih...”
“ai, terima kasih jer?”
“habis, nak apa lagi? Saya dah bayar empat hengget tadi”. Saya menjawab dgn nada yang rendah.

Saya pulang dengan hati sebu. Dah lah saya tidak menjamah makanan pada hari itu, duit pula melayang. RM4 itu kalau di kafe harmoni, dapat dah nasi dengan ayam, sayur, dan sedikit daging. Sepanjang perjalanan pulang, saya telah hon “pon pon pon” kepada pesalah2 trafik iaitu pemandu Avanza yang membuat pusingan ‘U’ ditempat yang dilarang dan pemandu motosikal bernombor plate siam yang memandu dengan perlahan tetapi berada di lorong kanan.

Semoga saya terus selamat memandu hingga ke ahkir hayat.

p/s: hari ini boleh parking kat situ, esok belum tentu...fikirkan lah. Adios!

moral: mak dah lama kat sini. bila nak grad?

1 comment:

  1. hahahahaa...

    saba che sah ooiiii!!!moga sume selamatttt dan sukses!!;)

    ReplyDelete