klik saya

Tuesday, March 23, 2010

tempat menarik tertarik di shah alam

Tempat utk jalan2 dengan anak2 di S.Alam

Bagi yang tak pernah datang ke sini, boleh lah cuba melawat ke tempat ini. Sebenarnya di Shah Alam, banyak juga tempat menarik untuk dilawati. Antaranya Taman Pertanian-boleh cycling, ada mini zoo, kawasan pertanian mcm sawah padi, chalet2, rumah 4 musim, mandi pool dsb-, Tasik S.Alam-luas kawasan tasiknya, boleh jogging, main badminton, naik angsa dalam tasik, cruise...makan2 aiskrim sambil tgk2 org :)-, wet World-ayuh mandi manda dan bersuka ria di taman tema air-, tasik belakang mahkamah-saya tak tahu nama betul tempat ni, tp tempat ni sesuai utk photoshoot dan jogging-, pelbagai mall-SACC; suka sebab banyak kedai barang baby, Plaza Alam sentral; suka sebab banyak kedai tudung dan ada Kedai Romantika yg menjual barang hiasan rumah yg kiut dan cantik2 belaka-rasa-nak-beli-semua-serendah RM1, kalu nak print murah or buat gambar pasport murah gi kedai Sigma kat tingkat bawah-RM10 dpt 30kpg gambar-aku promote kedai ko Pezal-, S.Alam Mall kat seksyen 9-ada kedai jual baju kurung cantik2 dan murah kat tingkat paling bawah, Anggerik Mall, PKNS- time raya paling best baju raya mcm2 pesen tak hengat donia, tesco, giant,mydin tu mcm biasa lah...

Yang saya nak cerita kali ini ialah satu tempat yang dinamakan Aquarium S.alam, bersebelahan dengan wet world. Kalau dari highway, follow je Pusat Bandar. Dekat roundabout uitm tu, Nampak lah tempat ni.

Tempat ni utk penggemar ikan macam kami anak beranak. Dari zaman berchenta sampai kawen beranak, tempat milah nilah tempat feberet kami. Masuk percuma...anda akan dihidangkan dgn pelbagai jenis ikan. Bukan untuk dimakan, tetapi untuk ditatap dan dihayati. Dari sekecil-kecil anak ikan gapi, sampai sebesar-besar ikan Arapaima sepanjang lebih 2meter, ada disini. Ikan Arapaima, Kap, pelbagai jenis ikan emas, kelisa yang berharga berpuluh2 ribu dan macam2 jenis ikan yang saya tak ingat namanya ada di sini. Boleh beli...juga disediakan khidmat menghias akuarium dengan pelbagai tumbuhan air-lumut etc, dan batu-batuan yang sejuk mata memandang. Yang penting, ada satu bahagian yang dinamakan Aquatorium. Disini, pelbagai jenis ikan yang jarang dapat kita lihat dipamerkan. Ada ikan macam buaya, ikan patin, kura2 batu, dll. Sangat cantik! Selain daripada pelbagai jenis ikan air tawar dan air masin, ada juga dijual kura2 keciiik, udang dan burung.

UPDATE: TEMPAT INI TELAH BERPINDAH KE SEKSYEN 23, BELAKANG CAREFOUR.

Rayyan kalau datang sini, tangan si kecik ni sebok nak pegang ikan. Melompat2 sebelah akuarium tu nak ambil ikan!

Gambar-gambar kami disini sempena lawatan yang ntah ke berapa kali ntah...
sorry gambar tonggeng terbalik!











8 comments:

  1. hari yg best time bersiar2 bersama anak dan suami........

    ReplyDelete
  2. a'a LIP...
    sayangnya bukan selalu boleh begini...hmmmm

    ReplyDelete
  3. ok jap lg nak pi shoping:)

    ReplyDelete
  4. salam bro, selain dri yg bro cite kat atas nie, apa lagi tmpt yg best klu nak bersama dgn yg tersayang ea?

    ReplyDelete
  5. Capten Daz: salam. firstly saya bukan bro... :) nak bersama tersayang? kalau kat shah alam, tempat nak berehat2 mmg tak banyak la sebab bandar kan... what if u pergi resort2 dekat Morib sana? best juga... :)

    ReplyDelete
  6. Sory kak nk Tnye ni pkns shah Alam kt ss bpe erk ???

    ReplyDelete
  7. Sory kak nk Tnye ni pkns shah Alam kt ss bpe erk ???

    ReplyDelete
  8. 2013... Aquarium S.alam sebelah wet world dah lama tutup...
    pkns shah alam seksyen 14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...