klik saya

Monday, April 26, 2010

aloha party theme




Weekend hari itu, daddy bawa balik surat untuk mummy.

jemputan untuk ke parti Anniversary Pa n Ma rupenya. dah sampai.

buka surat tu, tengok kad tertulis, tema; ALOHAI.
apakah? mummy dgn daddy yg ala2 jakun ni tak pernah dengar lak. tapi deco2 kat kad tu ada gambar bunga raya. kelam kabut la kami nak cari baju yang sesuai...takut la pulak tak ikut tema,nanti tak syiok la pula kan...

so kami agak2 ajer..temanya dengan nama melayu, kami panggil GEDIK BUNGA RAYA. hehe. kalau kat ofis, asal bincang jer tema dinner, ada lah makhluk2 bagi tema GEDIK BUAH_BUAHAN. ala-ala letak buah-buahan nenas, kelapa atas kepala, lilit buah anggur tepi pinggang gitu.

so memandangkan temanya ala-ala bunga2 tropica gitu, kami pun berdesup ke pantai cahaya berahi, eh pantai cahaya bulan untuk mencari baju macam ni...

sampai kedai hampir tutup, barulah kami dapat 3 pasang baju yang sedondon anak beranak kaler hijau semua segar sejuk mata memandang gitu... (punya lah susah nak cari baju untuk baby umo 7 bulan..huhu.. sape lah nak jahit baju gedik bunga raya ni saiz baby kan...)

tak leh publish lagi..
nanti tak syiok la pulak masa gi party tu..

nantikan kami ye geng Pa n Ma!
gambar dari encik google. maka paham lah saya, rupenye tema tu macam summer theme, tropica gitu.....

mummy nak pakai macam ni ke? pastu pakai tudung. ahaks! oh tidakkkkkkk


Rayyan nak pakai macam ni lah mummy! (terjumpe lagi sekeping gambar ni. tetibe teringat macam zaman komunis lak pakai topi besar gini)

p/s; tak sabar nak bercoti2.. suka..... teringin pakai baju hover2, tapi segannnnyyya mengalahkan apa ntah.

hubby berkata; abang rasa, sekali ni je lah abang pakai baju ni.pas ni tak pakai dah kot..hehe

4 comments: