klik saya

Sunday, April 25, 2010

Apa yang perlu dirisaukan bila anak demam/terjatuh. Consultation by Dr.laila.


Untungnya berada di hospital, dapat consultation free bila borak2 dengan rakan-rakan doctor, ni time diorang tak busy la...biasanya diorang ni akan muncul di ofis bila Prof x der la... haha ngelat macam kami jugak.

Kalau tak, maunya kena bayar sekurang-kurangnya RM20 kan...

Semalam saya berborak dengan Dr.laila. saja tanya kenapa baby selalu / senang demam yang on n off jer...

Mengikut beliau (Laila, 2010)_berlatih buat publication Nampak puanRaisah!_, apabila anak demam;

1-jangan panic

2-adalah perkara biasa untuk seseorang bayi yang sedang membesar demam dan selsema...sebab persekitaran adalah sangat banyak germs.

3-jika bayi demam, perhatikan selera makannya dan selera meminum susunya. Jika kedua-duanya ok, dan bayi masih CERGAS dan AKTIF seperti biasa, maknanya tiada apa yang perlu dibimbangkan.

4-bayi biasa demam jika beralih bulan-mendapat injection imunisasi, dalam proses tumbuh gigi.

5-bayi juga perlu didedahkan dengan persekitaran luar, bagi memperkenalkan tubuh badannya dengan germs yang ada di persekitaran. Persekitaran ini merujuk kepada persekitaran biasa ibu bapa, kawasan tempat tinggal. Bukannya kawasan hospital ye daddy..kalau mummy buat kerja di lab, sila duduk diam2 dengan anak di kereta. Terima kasih.. :P

6-bayi yang ditinggalkan di nursery biasanya lebih mudah di jangkiti. Ini kerana badan bayi masih dalam proses membentuk imunisasi badan, dan lebih mudah dijangkiti pelbagai virus dan bacteria daripada persekitarannya.

7-bayi juga senang dijangkiti penyakit yang saya tidak pasti namanya (nanti saya search), tetapi menyerang telinga, mudah dijangkiti oleh mereka yang berada di nursery. Jika anak menunjukkan tanda-tanda tidak selesa, merengek tanpa sebab, cuba check telinganya. Jika bayi menunjukkan tanda sakit apabila telinga disentuh, bawalah anak anda berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera.

Anak terjatuh.

Terjatuh merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Namun, hati-hati jika anak terjatuh dan melibatkan gegaran yang kuat. Walaupun otak dilindungi oleh cecair CSF-cerebral spinal fluid, namun hentakan yang kuat akan menyebabkan jisim otak bergerak ke hadapan, kiri,kanan atau belakang dan menghentam skul-tempurung kepala. Hentakan ini lah yang akan menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti inflamed pada tisu otak.

Diagnose kes 1:

Kisah benar anak saudara saya, berlari kuat dan melanggar sliding door. Berdarah kepalanya, dan mula membengkak dan mengeluarkan darah dan nanah. Masih aktif. Di bawa ke pakar paediatric, doctor tersebut hanya mengetuk lutut anak saudara saya dan mengatakan sarafnya ok sebab bagi respon. OK.

Balik kampung, saya tengok rambut mulai gugur dan botak di kawasan sebesar syiling 50sen. Saya menemui Dr.M, pegawai perubatan dan juga neurosaintis.

“Dr, anak saudara saya sekian, sekian, sekian... Dr hanya ketuk lutut dia dan kata OK. Macam mana DR?”

Senyum sinis, gelak serba sikit.

“apalah DR tu. Kenapa dia tak scan jer tgk wat happen to the brain?”

“ntah”

“but since ur nephew is active till now, I syak yang terjejas adalah kawasan luar skul. Sel di kawasan tu mati, itu yang menyebabkan rambut gugur. But to confirm, ur brother can bring his son to xray”.

Ok, itu ceritanya....sekian. so paper yang berlaku, pls cek in detail. BRAIN ni sentitif wooo...Tahta kebijaksanaan!

No comments:

Post a Comment