klik saya

Wednesday, April 21, 2010

Cerita Adamaya


Cerita Adamaya semalam dan kelmarin saya suka! Awwwwwwwwwwwwwww

Tetiba rindu pula suamiku yang jauh di sana!

Cerita Adam menyediakan candle light dinner untuk Maya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke3 bulan. Lepas tu mereka sama-sama menonton TV. Adam cuba mengekspreskan kasih sayangnya pada si Maya. Maklumlah, isteri..sape tak sayang wei... suka tengok Adam yang macam malu2 gtu....

Dan semalam, Maya sudah mengandung 6 minggu. Kira cepat juga budak Maya ni lekat ye.

Cerita ni walaupun lebih kurang (saya rasa lebih) sama dengan cerita I’m not single, tetapi saya tetap suka. Malah, hero yang ini lagi best (Sein Ruffedge) berbanding dengan hero filem tu (Farid Kamil).

Ok lah, selamat menonton di waktu petang..sambil makan nasi, sambil tengok TV. Tau2 anak dah tergolek masuk bawah sofa sebab kejar semut. Rayyan, meh sini nak. Jangan kejar semut sampai bawah sofa tu...

Synopsis cerita Adamaya, Slot Akasia TV3, 5.30 petang, Isnin-khamis.

Mengisahkan (apabila start ayat macam ni, teringat masa mengisi buku Nilam masa sekolah rendah dulu. Eh, sekolah menengah pun ada gak. Setiap kali baca buku, tulislah ringkasannya dalam buku Nilam ni. Saper baca paling banyak buku, dapat hadiah kat perhimpunan. Tahniah kepada yang berjaya. Diharap pelajar yang lain, cuba lagi di masa akan datang) Maya (lakonan Lisa Surihani yang cantik) iaitu anak tunggal kepada pasangan yang akan berpindah ke Afrika dan merupakan pelajar UiTM, yang dipaksa berkahwin dengan Adam, anak kepada sahabat baik ibu bapanya semasa belajar. Maya sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati iaitu Dani (lakonan Faizal). Selepas berkahwin, Adam melayan Maya dengan baik, walaupun Maya masih lagi berdating dengan Dani dan tidak melayannya sebagai suami. Apakah kesudahannya? Haaaa, itu yang kita tak tahu. Sama-sama kita saksikan...

p/s: seronok layan slot Akasia ni. Ada Astro pun, cerita TV3 juga yang best2.

1 comment:

  1. angah pun suka layan cerita nie bila tengok sampai lupa anak & suami kadang tue terlepas tapi tak pe angah tengok balik ulangan di TV3.com

    apa2 pun saya dah follow awak jom la singgah ke blog angah lak..

    ReplyDelete