klik saya

Thursday, April 15, 2010

kelebihan minum air sejuk di waktu pagi

kelebihan meminum air sejuk di waktu pagi ialah dapat menyejukkan hati yg tengah panas.
kalau pagi2 lagi hati anda dibakar, cepat-cepat dapatkan air berais di kantin murni USM, lebih elok kalau dapatkan air badak. tapi memandangkan kena pergi zoo baru dapat cari air badak, maka lebih elok saya dapatkan air sejuk dahulu.

kalau kita yang tidak tahu tentang sesuatu, adalah lebih baik kita berdiam diri daripada memberi komen atau pendapat. bagi mereka yang tidak pernah menyelami dunia research, ada tidak akan tahu sepak terajang dunia research. wah, kene sepak, terajang lagi kene jugak. jangan heran kalau anda membuat research, memakan masa 3 tahun lebih, 4 tahun, mahu pun 5 tahun. saya tidak kisah dengan orang-orang yang berjaya menyambung pengajian hingga Phd..sebab membuat research juga banyak bergantung kepada rezeki. dan biasanya research juga tidak akan berjalan seperti yang dirancang. jika anda rencanakan untuk jadi A, belum tentu yang akan berlaku ialah A. mungkin B akan jadi. itu di kira OK, sebab biasanya terus dari A, menjadi F, kalau AF, boleh lah juga layan. tetapi ini ialah pelan A menjadi pelan F. senang kata, research tidak berjalan mengikut kehendak kita.

saya membuat research tentang sesuatu yang baru. bukan sahaja baru di malaysia, tetapi di dunia juga. setiap hari saintis bertungkus lumus mencari jawapan kepada bidang ini, yang lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan! kadang-kadang saya ada bertanya orang, apa itu stem cell? tak ramai yang tahu. bahkan, untuk mencari orang yang pakar dalam bidang ini pun sukar sekali di Malaysia. dan saya di selia oleh orang yang berada jauh nun di Cuba! selama setahun lebih saya mencuba bidang ini dengan membabi buta, sebelum saya menemui landasan yang betul (pada fikiran saya), sebab sejujurnya tiada orang yang guide saya! ada orang sekeliling saya tahu benda ni semua?

so dont judge me, if u dont really know what happen! try culture cell sekali nak tengok buleh hidup ke tak cell tu kalau hang terrer sangat meh!

maaf pagi-pagi emo...

p/s: sambung minum air sejuk....

1 comment: