klik saya

Monday, April 19, 2010

menang peraduan Kasih Ibu


Petang semalam kan cuaca panas yanga amat, si kicik ni merengek jer... matanya ngantuk, nak tidur panas. Kesian rasa. Tapi mummy dah berapa kali lap badan dia. Takut pulak berpanau nanti, dah panas2 kena lap kan.. so mummy pun amik kunci kereta, bawak anak gi kedai. Merasa lah air-cond sekejap kan...

Kat kedai mummy usya majalah, Nampak lah Pa&Ma. Memang wajib beli...suka baca dan tengok baby2 dalam tu kan..kena pulak covergirlnya muka macam Wafiy anak Che Rod tu..

Balik tu, sambil2 bersms dengan Che Rod (dan2 je umi wafiy ni berkejar ke kedai cari Pa&Ma), alamak, ternampak sesuatu... macam kenal lah! Bahagian promosi m/s 102.

Hahaha gelak dulu.

Alhamdulillah.

Mummy dan anak dapat tempat ke2 Peraduan Kasih Ibu Majalah Pa&Ma. Kalau ikutkan kat situ, hadiahnya ialah produk bernilai RM100 daripada Fabulous Mom. Boleh lah...bak kata Che Rod, banyak lucky bulan ni, dapat gi family day Pa&Ma, menang lak peraduan ni. Rejeki si Rayyan la ni...

Majalah bulan lepas memang banyak peraduan. Saya biasanya tak masuk peraduan2 ni. Tapi ntah macam mana, bulan lepas gatal tangan nak masuk semua peraduan yang ada kat situ.

Lepas ni boleh masuk peraduan lagi... hehe

ni page 102. ada lagi peraduan ni. cepat kawan-kawan, isi borang kat sebelah tu, suruh hubby snap gambo, kita sama-sama menang hadiah dari fabulous mom.

haa..ni close up. maaf ye kalau buatkan kepala anda terteleng. kalau tak nak teleng kepala, pusingkan monitor komputer sahaja... :)

tahniah untuk saya dan tenkiu utk hubby yang snapkan gambar ni masa gi jalan2 kat KLCC hari tu...

p/s: kalau dulu saya sangat liat nak menang peraduan apatah lagi lucky draw. sekarang alhamdulillah, rezeki anak barangkali...

menang best presenter bulan lepas tak dapat hadiah pun?

pernah menang kuiz sms twisties, dapat speaker edisi terhad bentuk bola sempena world cup.

2 comments:

  1. sah..aku tertarik pada muka surat 103..ahaha..congratz rayyan..share ngan auntie sikit..

    ReplyDelete
  2. a'ah Lily...mukasurat sebelah tu best gak! mmg kene baca!
    nanti aunty bagi Rayyan kek, baru Rayyan nak share adiah. aci tak? hehe

    ReplyDelete