klik saya

Friday, April 23, 2010

sambungan kisah bersalin

Mempersembahkan, cerpen kisah on the second day yang tertunggak 7 bulan lamanya. kalau korang tak nak baca tak apa, pasal panjang sangat. Tapi alang-alang saya dah karang, saya publish je lah..untuk ingatan diri sendiri, hubby dan anak juga. Kisah sambungan daripada entri ini.

On the second day...

Bangun pagi, solat subuh.

Tak terasa sakit lagi...

Hati dah risau

Teringat Dr.Marya kata kalu hari kedua x bersalin juga, kene ceaser

Rehat di katil

Bila ke toilet, show dah ada. (show adalah darah bercampur lendir)

Niat di hati nak jalan2 dalam wad, bagi jalan cepat buka

Kuar je bilik, nurse panggil kata doc nak cek jalan

Pergi serah diri

Doc cek, 4cm...seorang MO dan seorang doc pelatih

Cek lagi sekali,rupanya baru 3cm

Tak jadi doc nak pecahkan air ketuban

Doc kata awak gi jalan2 dlm wad, nnt lagi 3 jam kita cek lagi...

1 wad saya tawaf

Sambil mengaji , sambil berjalan

Naik lenguh kaki

Jam 11am, cek lagi...

4cm

Doc pecahkan my water

Terasa hangatnya mengalir

Dalam hati terpikir juga, saya ni dah la kurang air ketuban, doc dah pecahkan..x per ke? Nurse kata x per... J

Call my hubby

Suh naik wad n get ready to labour room

Hubby sampai, amik barang baby n saya ditolak ke labour room

Sampai labour room di tingkat 1, masuk bilik 10

Masa ni saya memang relax sangat2

Contraction saya memang ada, tapi tak terasa sakitnya

Boleh masuk toilet, tukar baju dari baju wad maternity pink ke baju putih yang ikat belakang tu (seksi.. :P)

Then boleh berlama2 dlm toilet tu..

Kuar je toi, lepak kat kerusi

Nurse datang

“dik, kenapa duduk kat situ? Baring kat katil ni...”

“oooooo...ok” lupa nak bersalin rupenyer saya ni...

Jam 1145 am

Nurse suruh saya buangkan stoking dan getah rambut yang dipakai. Saya tak tahu reasonnya, tapi mengikut kakak saya, itu petua orang tua2, tak bagi ada benda yang mengikat, takut tak lepas.

CTG di pasang

Degedek3 bunyi CTG tu

“x der contraction la adik ni..tak sakit ye?” nurse tu tanya...

“a’a nurse, tak sakit..”senyum..

Nurse kuar dan kembali dengan ubat induce drip

Wayar kat tangan bercabang dua dimasukkan HM dan ubat induce

Perlahan2 rasa sakit mula datang

Saya rasa sangat2 mengantuk

Terlelap2 sekejap2

Rasa sakit makin kuat

Msa ni hubby x masuk lagi

Mintak nurse panggilkan hubby

Then hubby masuk

Teman

Rasa sakit makin hebat

Saya macam dah nak semput (sebab memang ada athma history)

Nurse pasangkan oksigen kat hidung

Then BP di tangan kanan

So memang x leh bergerak

Di tangan kiri ada drip, perut ada CTG n tangan kanan berikat dengan BP punya machine

So bila contraction datang, sangat sakit tapi x mampu buat apa2

Nak urut belakang x boleh

Nak merengkot pun x boleh

Tangan kiri kanan x leh gerak

Seksa rasanya

Air mata start mengalir. Tak tahu kenapa saya jadi lemah semangat dan mudah menangis. Saya bukan menangis beria tersedu sedan, tapi air mata jer asyik nak keluar.

Makin lama makin deras

Mulut diam

Hanya air mata yang bercerita tentang kesakitan

Hubby pun xleh tolong aper

Hanya pegang tangan dan usap2 kepala

Sebab saya memang terlentang kat katil tu x leh gerak

Nurse suh guna gas etonoks (ye ke nama gas ni?)

Try2 sedut, x berjaya

Try lagi, still tak berjaya

Sebab nafas memang pendek (sebab athma)

Suh hubby try sedut

Dia try senang jer dapat

Saya try2 lagi, x dapat

Dengan air mata yang mengalir, di tambah hidung tersumbat, lagi menyukarkan

Last sekali surrender tak nak guna gas tu

Tiap kali nurse suh sedut gas

Saya akan rasa stress

Sebab berkali2 try mmg x dapat

Dan kesakitan tu makin terasa

Rasa nak campak jer gas tu jauh2. Saya memang sakit hati dengan penyedut yang sangat sukar itu.

Rasa2 nya masa tu jam 1.00 kot..

Dalam sakit tu saya terlelap2

Then tetibe segerombolan doc dtg

Prof.Az

Dia doc yang warded kan saya

Dia tengok my condition

Dia tanya MO bertugas, kenapa tak offer patient ni epidural?

MO cakap epi x available sampai berapa hb ntah

Prof suruh cek balik, dia macam tak puas hati

Finally, anaest Doc dtg n brief saya about the epidural

Hubby angguk saja dan saya sign je surat

Serius, saya macam tak boleh berfikir

Saya duduk

Epidural dimasukkan

Sakit makin menjadi2

Sehingga menjadi tanda tanya bagi nurse

Rupanya salur epidural bocor di leher

Baju lencun

Setelah direpair, epidural dipam masuk ke dalam badan (patient akan control sendiri jumlah ubat epidural yang masuk dalam badan dengan mengepam sendiri setiap kali rasa sakit yang tak tahan. Kalau ko nak pam banyak2 pun, tak de sape nak halang..)

Lega...megantuk dan mamai

Terlelap dan terjaga berulang2

Jam5, terasa ingin membuang air kecik

Minta hubby panggilkan nurse

Dah settle

Terasa nak buang air besar pula

Hehe macam2 karenah saya ni

Kali ni memang tak tahan

Saya minta nurse cabut semua wayar yang berbelit di badan saya

Saya nak ke toilet, rayu saya pada nurse

Bagi lah saya ke toilet nurse...rayu saya lagi

Nurse kata tak apa, kalau awak rasa nak buang air, buang je kat sini, nanti saya tukarkan alas

Tidak mungkin saya nak melepas kat katil bersalin tu

Tapi saya memang tak tahan

Nurse lain datang dan cek jalan saya (bukaan serviks)

Dia kata 8cm dan serviks sudah sangat soft

Saya tanya, apa maknanya kalau gitu?

Beliau cakap, maknanya sudah tak lama. Beliau sempat pesan, jangan bersalin masa maghrib, nanti kami nak berbuka... kan masa tu bulan puasa

Lucu lah nurse ni

Sekejap lepas tu, datang sekumpulan doctor

Doctor pakar (Dr.hamidah) dan doctor-doktor pelatih

Saya tidak pasti apa tujuan mereka ke dalam bilik saya, mungkin untuk belajar

Tetiba Dr.hamidah cek graf CTG denyutan jantung baby

Dan beliau cakap “saya tak suka dengan graf ni. Dalam masa 5 minit, baby ni mesti dikeluarkan!”

Saya punya lah terkejut

Nurse terus meluru ke arah saya

Katil bersalin tu dirobohkan di bahagian depan (boleh cabut rupenye! ;)

Saya disuruh untuk push. (kelakar la pula teringat time ni)

Saya yang memang terasa nak buang air besar tahap hujung yang tak tahan tu (rupe2nya tu tanda nak bersalin laaa), terus la push. lepas push sekali, diorang angkat kaki saya letak kat tempat parking kaki kiri dan kanan. Masa ni tak kisah dah, sape datang tgk, rezeki diorang lah. Haha

Kena pulak, doctor lelaki datang. Doctor muda ni selalu cek saya masa kat wad. Kira mcm dah cam la patient ni...haha segan siot!

Eh, mana hubby kan? Masa second push rasanya, baru hubby meluru masuk sbb masa saya nak bersalin tu, tak de org panggil dia. Ye lah, dah tetibe kan... dia diarahkan keluar masa misi nak keluarkan urin saya tadi...

Mengikut kata hubby, dia masuk sebab dia tgk org kelam kabut kat dalam tu. Pastu masa dia masuk, dia dah Nampak kepala Rayyan. Dia cakap “takutnya...” tapi dalam hati lah....haha

Saat-saat genting tu, hubby berdiri sebelah saya, pegang bahu saya. Saya dengar suara dia macam nak menangis, non stop panggil sayang, sayang, sayang. Maaf bang, tak sempat lak nak jawab... :P

Kali kedua push, doctor kata ‘good Raisah! Awak tarik nafas, angkat badan bila push lagi sekali!’ pom-pom girl punya lah ramai kat situ weh...huhu. semua bagi kata semangat. Saya pun push la lagi sekali, terasa macam ada benda keluar. Pastu saya tarik nafas, nak push lagi, tetiba hubby cakap “ dah sayang. Dah..baby dah keluar..” punya lah saya semangat nak keluarkan Rayyan, sampai baby dah keluar pun nak push lagi. Kelakar...tapi Alhamdulillah....selamat semuanya. Saya tengok jam, 5.24petang.

Doctor letak Rayyan kat dada saya. Sambil-sambil tu nurse pam-pam hidung dan mulutnya. Tali pusatnya juga digunting. Saya tak Nampak muka Rayyan masa ni sebab kedudukan Rayyan membelakangkan saya. Saya hanya pegang tangan kecik Rayyan dan panggil ‘baby...’, sebab tak tahu jantina..kot2 girl ke kan... saya sempat perati tangan dan kaki baby saya cukup ke tidak.. (saya pasti, ibu2 yang mengandung mesti sangat concern untuk mendapat anak yang sempurna). Alhamdulillah, syukur saya tidak terhingga dengan kurniaan Allah ini.

Rayyan menangis kuat suaranya. Sampai keluar wad dapat dengar. Doctor memberi saya injection untuk mengecutkan rahim, dan doctor terus mengeluarkan uri dan menjahit perineum. Saki t ke kena jahit? Tak...sebab saya kan ambil epidural. Hehe. Dan saya dijahit oleh seorang doctor wanita yang cantik, dan seorang doctor pelatih berbangsa India. Dia memang doctor pelatih lah! Sebab apa? Pakai glove pun terbalik, saya sempat tegur glove dia. Kene gelak je dia dengan doctor perempuan tu sebab patient tegur doctor.

Hubby diminta membuat pengecaman bayi sebelum tunggu diluar bilik bersalin. Saya dengar nurse cakap, berat baby 1.82kg. Lepas selesai semua, nurse datang suapkan saya air milo. Baik hati betul nurse Hospital Putrajaya ni... lepas tu dekat dengan azan maghrib, baby di bawa masuk. Hubby pun dah ada sebelah saya masa ni. Nurse tanya saya tahu tak jantina anak awak? Saya kata tak tahu, tapi suami saya cakap lelaki... mungkin prosedurnya, nurse tu buka balik balutan selimut Rayyan dan pampersnya. Ok, betul lah lelaki. Lepas tu, hubby azankan Rayyan. Si kecik ni pandang je muka daddynya sepanjang hubby azan tu. Then hubby bagi saya untuk breastfeed. Sekali bagi jer, terus Rayyan isap, sampai merah pipinya. Pandai anak mummy!

Saya masa ni memang lalok yang amat. Saya boleh bercakap telefon dengan jayanya, tetapi saya tak tahu dengan siapa saya bercakap. Lepas letak baru saya tahu, itu kakak saya. Hehe

Jam 8 malam, saya balik ke wad. Di sambut rakan-rakan wad yang sedia menunggu dan rakan-rakan nurse yang dah macam kawan. Seronok rasa... lepas itu atuk dan nenek Rayyan datang melawat. Ntah apa diorang cakap dengan guard, semua dapat naik ke wad. Rayyan lak, maintain bukak mata masa orang datang melawat.

Malam pertama tidur dengan anak, saya pandang jer dia. Dia pula macam tak lena tidur. Rupa2nya sejuk sebab aircond kat spital tu. Lepas saya angkat dia letak sebelah saya, baru dia tidur...comelnya!

Saya raba-raba perut saya. Kosong sudah... mana isinya? Ada kat sebelah... bercampur baur perasaannya.

Esoknya, saya discaj dengan memakai seluar khakis. Kakak wad kata tak pernah tgk org lepas beranak pakai seluar terus. Tak apa lah, itu ajer pakaian yang ada..hentam je lah.

Bye-bye hospital putrajaya! Terima kasih kepada semua staff nurse (kecuali staff nurse kat klinik antenatal yang suka mengumpat dan tak mesra pesakit) dan doctor-doktor yang sangat3 baik.

Ops, lupa. Sebelum balik, Dr.Marya datang melawat saya. Dia cakap “saya Nampak nama Raisah naik semalam kat labour room tulis 6cm, tapi saya tak sempat pergi jenguk...” si doctor lelaki muda tu pulak menyampuk “ Raisah ni pandai bersalin doctor...” haha. Suara dia dah lah kuat macam hali lintar, satu wad dengar! Pesanan terakhir Dr.Marya : “RAISAH, LAGI 2 TAHUN BARU DAPAT BABY LAGI YE.....”

Moral: adalah penting untuk bertenaga dan belajar cara untuk bersalin. Jangan berharap kita akan pandai sendiri semasa itu. Macam-macam boleh jadi. Terima kasih k.que untuk ajaran mu.

Second baby 2011????

6 comments:

  1. paling terharu bila suami dtg dan kucup dahi
    "thanks syg"

    ahaks...doakan saya pun cepat dapat baby

    ReplyDelete
  2. Uish, teringat bab bersalin ni yang buat kecut perut. 2011? erk... cepatnye Sah. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. huh...terharu saya baca..teringat detik2 lahirkan emill

    ReplyDelete
  4. dear,
    such a long time being ur silent reader,
    best sgt follow ur blog & such a good moment to read 'bout ur little rayyan,
    dugaan sgt kn saat nk deliver our baby,untung sgt sb ur hubby dpt temankan u,abby dlu x smpt lgsg,t'deliver snsorg jer kt tganu without hubby & fmily,hubby kt ptrjaya dat tym,alhmdllah skg most of us dh jdik mummy kn??
    do pray for our hppiness ya??tke cre dear..hugs & kisses to ur prince charming key??muaaaax..

    ReplyDelete
  5. syidah; a'ah, time tu best laa..hilang semua sakit. i'Allah dear. kite doakan Syidah cepat2 dapat baby...chayuk2!

    K.ijan; hahaha. mmg plan hujung 2011 nak deliver yang baru. hahaha. selagi muda nih, I nak beranak byk2 bagi penuh mcm sardin kete kecik I tue..hehe

    LIP;itulha LIP. selalu kite bile org bersalin, teringat masa kite sendiri kan..lain orang lain pengalamannya.. :)

    ABBY; hi Abby...huish, tak sangka lak ada silent reader juga kite ni yer.. hehehe. blog merapu ni..nway Thanks rajin baca celoteh kite.. :).
    emmm..nak deliver mmg mcm2 dugaan, ada bahagian masing2.
    takper, nanti next baby, hubby Abby mesti temankan gak..rasanya semua spital dah allow husband temankan sekarang kan?
    Rayyan send hug n kisses 2 u 2! ;)

    ReplyDelete