klik saya

Monday, April 26, 2010

Tips membuat resume / cv /temuduga kerja



Salam

Pada kali ini saya ingin berkongsi tips untuk temuduga kerja dan membuat resume yang bakal menangkap jiwa raga majikan untuk mengambil anda bekerja. Suami saya selalu bercerita tentang calon-calon yang ditemuduga olehnya, macam-macam ragam dapat ditemui. Hasil daripada bebelan suami saya, dapat saya kumpulkan tip-tip ini (apa yang penting)

1- Gambar menarik. Mesti menarik perhatian majikan. Kalau di Kelantan, fofular gambar paspot kedai gambar medow. Muka tak berapa cantik pun akan jadi jelita. Tak caya cuba lah!

2- Kalau anda ingin mencari ‘better offer’, maka letak lah gaji yang relevan dengan kelulusan, pengalaman dan mesti tidak jauh berbeza dengan gaji sekarang. Ada calon tu, kelulusan SPM, pengalaman ada serba sedikit, gaji sekarang di company lama RM850, pergi interview dengan suami (HR), demand gaji RM2500. Bila suami negotiated, boleh sampai RM2300 jer.. confirm suami saya reject! Berpada-pada lah...

3- Apabila ditanya (kadang kala kena isi borang) tentang ‘apakah kelemahan anda?’, jangan lah pula anda pergi membuka pekung di dada, bercerita segala bagai kelemahan yang anda ada... saya ada migraine, saya tidak boleh bekerja di tempat panas (nak air cond ajer...), saya selalu bangun lambat kene tunggu mak kejut (obvious lah pulak kan..)... maka kalau ini lah yang anda tulis, komfom anda juga akan di reject. Untuk soalan ini, jawablah begini ‘saya seorang yang cerewet – maknanya jika membuat kerja, apabila sudah perfect baru puas hati-, saya seorang yang tidak suka menunggu kerana saya pentingkan masa. Walaupun Nampak poyo, tetapi soalan kelemahan ini sebenarnya memberi peluang untuk anda menunjukkan kelebihan juga... J

4- Kepada yang perempuan, tolong jangan gedik bila suami saya tanya “sudahkah anda berkahwin?”. Kadang-kadang ada calon yang senyum-senyum simpul bila suami tanya soklan nih. Ingat nak menggatal ke hapa? Suami saya kene isi form lah. Memang company nak tahu marital status bakal pekerja dia... sorry tips ini agak terseleweng. Haha

5- Confident. Mesti konfiden dengan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut anda. Cakap biar jelas jangan bagi interviewer ter ha? Ha? Ha?

6- Positive answer.

7- Explain more than ask.

8- Resume 2 pages. 1st page apa kekuatan n skills.

9- Follow up lps intrvw. Hope to get a good news from ur side. Baru Nampak anda betul-betul berminat dengan pekerjaan tersebut.

10- Study JD and company’s background. Ini macam biasa lah. Kalau minta kerja sebagai kerani, kene lah tahu apa tuga-tugas sebagai kerani dan mesti tahu sedikit latar belakang company tersebut.

11- Be Special. Promote yourself.

12- Datang awal. Alah, biasalah, mesti datang awal pasal kalau interview di tetapkan jam 830am, maknanya jam itu lah anda punya turn. Mungkin jam 9.00am, interviewer tu dah ada kerja lain pulak, tak ke melepas... kene pulak yanh interview tu manager ke hapa, bukan senang diorang nak kosongkan slot masa diorang semata-mata nak interview anda....

Ok lah, setakat ini dahulu. Lain kali saya sambung lagi.... semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment