klik saya

Wednesday, May 26, 2010

Budak-budak zaman sekarang


Di suatu petang yang tak berapa dingin...

Iklan rancangan Mentor ke udara di kaca televisyen.

Along : Cik Sah, Cik sah tengok tak Mentors? (Mentor di campur gula2 mentos agaknya..biasa lah budak2 kadang2 keliru)

Saya : tak tengok.

Along : Along tengok....

Saya : Iya?

Along : emmm...cik Sah tahu? Shaq kan,dia dengan Mas Idayu mula2 dapat markah tinggi, lepas tu jadi dapat markah rendah. Markah dia 12 ja... Ila dapat markah tinggi...

Saya : sedap ke dia nyanyi?

Along : sedap jugak. Ila nyanyi seeedaaaapppp...

tiba-tiba...

Ebi : eeee...Afif rayyan nak ‘gewe’ dengan mickey mouse!!!

Saya :mana?

Ebi : tuuu...dia pegang tuppaware ebi gambar mickey mouse.

Saya : mana boleh gewe dgn mickey mouse,sebab mickey tu lelaki, Minnie mouse baru pompuan.

Ebi : ye ke?

Along : iya la dik...mickey mouth tu lelaki. Minnie mouth baru pompuan.

Saya : bukan mickey MOUTH la, tp mickey MOUSE!

Along : ye lah...mickey mouth...

Along ialah anak saudara saya berumur 7 tahun. Giginya di bahagian depan sudah gugur menyembah bumi Malaysia. Ebi adiknya berumur 6 tahun tapi manja mengalahkan apa.

Saya tidak pasti markah yang disebutkan itu betul atau tidak.

Pegang tuppaware sahaja dikira bercinta? Apakah?

Sekian cerita budak-budak zaman sekarang.

*gewe= bercinta

No comments:

Post a Comment