klik saya

Thursday, May 13, 2010

Rayyan,demam campak dan petuanya.

Pada usia 5 hari sebelum 8 bulan, Rayyan dijangkiti virus campak.

Kira kategori awl juga lah, sebab mummy nya kene campak masa sekolah rendah (sudah lupa umur berapa daa...Cuma ingat baring jer ala2 tak larat gitu, pastu makan ikan bakar jer sebab tak boleh makan makanan bergoreng).

Di ofis, mummy tanya member, demam campak dalam bahasa inggeris orang panggil ape ye?
Kami sama2 perah otak. Chiken pox tu bertih, yang jenis berair tu. Kalau campak ape ye? Kami sama2 sepakat ; THROW disease. Dah dah, dah malas pikir. Nak search pun malas. Sekian di situ. Karang tak pasal2 tikus melompat ke muka. (kami borak sambil bersedia nak bedah2).

Eh, lupa pula, mummy nak stori mori apa ye? Hmmmmm
Haaa...kisah demam campak dan petuanya (berbalik kepada tajuk).

Hari tu saya tengok TV, ada ustaz tu kata, petua orang tua2 ni biasanya betul sebab kebanyakannya berasaskan fatwa. Tapi kalau ada yang bertentangan dengan syariat tu, jangan lah ikut....

Dan sebab Rayyan terkena demam campak ni, walaupun badannya macam tak demam, suhu biasa je, saya tetap ikut petua orang tua2.. antaranya:
1- Jangan mandikan anak guna sabun.
2- Jangan letak losyen atau bedak di badannya selepas mandi.
3- Jangan bagi kena hujan (takut berparut).
4- Jangan makan kicap (ni kalau anak dah besar laa...)
5- Jangan bagi makan sebarang ubat (takut campak tu nak keluar, tapi terhalang dengan ubat, lagi bahaya kalau dia tak habis keluar)
6- Biar campak keluar habis. Cara nak cam dah habis keluar ialah bintik2 merah tu dah sampai ke kaki. Orang kelate panggil dah latah.
7- Bila dah latah, boleh lah mandikan dengan dua jenis air iaitu; air kelapa dan kemudiannya air perahan baju daddy nya. Baju yang bersih ya, bukan baju yang daddy guna buat cuci kereta, berpeluh-peluh pastu guna yang tu..bukan ya! Ada juga petua untuk mandikan dengan air daun laksamana( buleh minta dengan jiran terutama jiran saya berumah biru ini. Jiran anda, saya tidak pasti mempunyai daun ini atau tidak).

Ok, itu sahaja petua untuk kali ini. Sekian.

Alhamdulillah anakanda sudah baik dari demam campak. Dan anakanda memang seorang baby yg easy, tidak merengek langsung semasa demam. Tahniah dan syabbass mera beta!!!


badannya..jelas bintik2 merah di badan.


dan juga muka...


semoga Allah melindungi Afif Rayyan dr sebarang virus lagi....amen...

4 comments:

  1. siannya rayan demam ek?
    satu g petua utk campak..bg minum air kelapa..
    nak share..bb kalu demam kalu leh jgn bg pakai baju sbb kalu panas sgt akan sbbkan sawan.wafiy kalu demam i just bg dia pakai pampers jer than slimut dgn lampin..pastu siram air kat kpl sntiasa..rasanya aritu wafiy kena campak jgk..tggi sgt panas dia..40c, sian dia,tp pas kuar merah2 trus jd aktif..mgkin rasa sihat skit kot..

    ReplyDelete
  2. rasenya in english it's called measels. tq for the petua.. boleh diamalkan nnt.. =)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal sis. Coincidently, my baby's name also Rayyan. And my Rayyan kena campak la nih, genap 6 bulan.=( Thats why stumble upon ur blog while google-ing how to do/handle the baby.

    Thanks for ur good info anyway!

    ReplyDelete
  4. salam hayrelaida. owh ye ek kene campak jugak? cranky tak? take care ur Rayyan ye... salam kenal. :)

    ReplyDelete