klik saya

Friday, May 21, 2010

Rayyan’s playhouse



Di kampung, Rayyan tiada kawan. Rumah besar ini hanya ada tok ma dan mummy saja. Sepupu2 Rayyan balik sekali sekala. Anak umi (kakak mummy Rayyan) duduk di rumah depan. Waktu petang Rayyan main dengan diorang; Along dan kak ebi. Bila dua-dua pergi sekolah, tinggal lah Rayyan dengan mummy.

Jadi, bilik lah tempat Rayyan main. Sementara menunggu mummy buat kerja, mandi, basuh kain, kat sini lah Rayyan main. Kadang2 Rayyan ralit bermain sorang2, mummy boleh buat kerja macam2. Bila Rayyan sudah bosan, Rayyan akan jerit panggil mummy join sama. Kalau mummy mandi, Rayyan main kat sini juga. Tapi kadang-kadang Rayyan nak explore tempat lain juga, Rayyan masuk bawah katil, Rayyan tolong mummy kemas bakul ubat dan bakul pampers Rayyan. Dan paling Rayyan berkenan ialah water heater tu, cukup menawan kalbu Rayyan. Sebab tu mummy letak tinggi2 lepas masak air. Kalau tak, laju jer Rayyan meluncur pergi tempat heater tu.


Tempat Rayyan main ni ada playgym, bantal2, puzzle dan mainan2. Masa Rayyan belum pandai meniarap, Rayyan suka duduk tengah2 playgym tu dan main semua mainan yang digantung. Bila Rayyan dan meniarap, Rayyan suka gigit bee yang ada kat lantai playgym ni. Sekarang, Rayyan main kat playgym sekejap, lepas tu Rayyan gi merayau tempat lain. Bila dah 2,3 hari tak main kat playgym, rayyan mula eksaited balik tengok playgym macam dah lama tak jumpa kawan2 kat situ.


Dulu dinding kat situ kosong je, mummy nak bagi ceria sikit, mummy tampal wall sticker. Nampak ceria, Rayyan pun suka. Masa mummy tengah tampal malam tu, Rayyan dah tidur. Tetiba Rayyan terjaga, terus Rayyan tegak kepala tengok stiker tu, senyum dan tidur balik. Esoknya eksaited tegur sticker tu...ada zebra, monkey, parrot dengan butterfly kat situ...


suka wall sticker ni... (mummy lah yg suke...)


ini sticker2 sebelum bertepek kat dinding..satu dah selamat bertepek kat living hall umah umi...


Rayyan pun sukaaa tido kat sini.....
inilah syurga Rayyan di kampung.... :)

5 comments:

  1. wow! pandai raisah sediakan bilik utk rayyan main..santekk la..suka sgt.. teringin nak buat tapi suma bilik penuh barang.. hehe.. tak tau nak campak mana.. cantik la wall sticker tu.. jumpa sok ye! :)

    ReplyDelete
  2. canteknya bilik rayyan... kalo bilik camni.. ezan pun suka.. untung rayyan ada mummy pandai hias...

    ReplyDelete
  3. wahhh..shantiknya sah..nak wat jgk la camni..bilik utk tamu i tu leh la wat bilik wafiy..hehehe..skrg jgk i p cari stiker tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. mama Darwisy; buleh jer buat Fiza....buat kat bilik sendiri. tp nnt mama n papa la pulak kene mengadap kartun2 tu kan... hehe

    ezan; hi ezan...hehe untung ke? ni sebab mummy Rayyan bosan lah ni buat keje2 merapu ni. ni bukan kat bilik dia sendiri, tapi bilik kami. ekeke. bilik Rayyan dalam pembikinan lagi.. :)

    umi rod; cepat cari che rod...rm4 ajer... ada tempat jual rm3 ajo...

    ReplyDelete
  5. bestnya playhouse rayyan siap ada wall sticker lg....kreatif la mummy rayyan hias bilik

    ReplyDelete