klik saya

Tuesday, May 11, 2010

santai Pa&Ma laporan terakhir




Laporan ke 3.

Hehe jangan bosan ye.

Dimulakan dengan gambar anakanda menarik telinga daddy sebab daddy tak dengar kata. :p

Dah laporan ke3 baru nak cerita hari mula2 sampai punya kejadian. Bukan apa, saya baru siap pilih gambar2 semua. Dan resize semua, baru buleh upload...kalau tak resize, maunya lama menunggu nak upload kan?.. :)

Kami sampai di Merang Suria Resort pada jam 1.30 ptg gtew. Itu pun sebab hubby bawak 70km/j jer (sbb serik kene speed track kt area situ- ganu mmg byk speed track betul!)

Dah lepak2 jap, kami antara family yang terawal sampai. Kul 2.15 gtu register, dapat tshirt santai Pa&Ma kaler kuning dan crocs 3 pasang. Kami masuk group merah. Dah salin baju semua, terus masuk dewan gelam.

Lepas semua sampai, jam 4.00 gtu kot start lah aktiviti..

Antara corat coretnya:

1) Berkenalan dengan family ema dengan anaknya yg kiut Alisya. Ema n hubby nya adalah tauke printing tshirt. Saper2 nak tempah, bolehlah gi wangsa maju sana. Tshirt santai Pa&Ma ni diorang yg buatkan...

2) Orang tanya saya dengan ema ni adik beradik ke? Hahahah di situ. Ema adalah cantik, takkan adik beradik dengan saya kot... lepas menidakkan, mereka yang bertanya ingat kawan lama...oh, tidak juga. Kami baru berkenalan beberapa jam yang lepas..dah macam lama kenal lak..heheh

3) Kami berjumpe –buat pertama kalinya!- orang yang sama nama dengan my hubby – ZULFIKAR! Tergezut n gelak sakan! Anaknya sangat aktif n cumel!

4) Dan terjumpe juga dengan tak disangka2.....jeng jeng jeng..... mak andam kami semasa kami kawen 2 setengah tahun yg lepas di shah alam...hehehe. gelak jugers di situ. KAK JIE BRIDAL kite...jupe kat ganu lak kite ye... rupe2nye k.jie ni suka join xtvt2 gini..ujung thn ni folo Remaja lak gi perhentian. Bagus2 aktiviti sihat utk anak2! Kagum, sudah kawen 10 tahun, still loving maaa....

5) Aktiviti petang bersama K.farah dari SaraKids n K.Sue dari Lunatots. Seronok dapat jumpe diorang. Selama ni follow blog ajer... jumpe lah Sara, Syasya, Iki dan adik iki itu...

6) Dalam aktiviti petang tu, diminta kaum mommies senaraikan apa yang nak daddy lakukan dan sebaliknya. Byk lah yang disenaraikan spt tolong basuh baju, bgun malam bagi anak susu, dan lain2 lagi lah. Paling best, mintak daddies TOLONG BERANAK! Saya nak anak lagi! Heheheheeee. Dan saya no idea tang ni sbb sepanjang 2thn setengah kawen ni, saya tiada nak komen apa2 sbb hubby saya mmg rajin tolong saya dalam semua hal! (saya rasa suami zaman sekarang mmg stok2 gini....heheh)

7) Rayyan menangis semasa aktiviti petang sebab dia mengantuks dan bunyi mikrofon kuat buat dia tergezzuttt. Cian anak mummy... tak pasal2 mummy lak jadi mcm penceramah berdiri dokong anak kat depan. Tapi tak heran, sebab suara babies semua berkumandang sama2 berceramah gak..hehe

8) Lepas minum petang, semua ke pantai utk buat castle – mommies yg buat, dan daddies kene buat sorak utk grup masing2. Ops, sebenarnya kami dibahagikan kepada 4 grup iaitu ungu, merah, kuning dan biru.

9) Masa aktiviti pantai tu, sangat la panasnyer..............

10) Lepas tu, bergambar utk majalah. Tatau la muka kami masuk ke tidak, pasal duk sipi2 jer...haha. tengok je lah nanti.

11) Check in kul 6.30 gtu....mandi manda, suapkan anak makan, anak tidur, mummy n daddy bersiap utk dinner.

12) Jam8.00 mlm, dinner. Dan kami kaum ibu diraikan sempene Hari Ibu. K.Nor-editor majalah Pa&Ma bagi bunga satu persatu kepada mommies. Terharu disitu diraikan sebagai ibu. Festime yu....

13) Lepas tu edisi melantak...mcm2 makanan dok ada. Bbq, western, jus, nasik...dap3!

14) Anakanda saya maintain tidur, sampai dekat nak habis majlis baru bangun daaa....

15) Sempat borak2 dengan K.Farah. hehe. Tapi lupe lah nak bersambar kenangan. huhu

16) Sambil2 tu kami dihidangkan dengan persembahan gala.

17) Lepas tu, acara penyampaian hadiah dan goodie bags utk setiap family. Kumpulan kami dapat tempat kedua KUMPULAN PALING SPORTING.

18) Esoknya, hari kedua aktiviti bebas.... santai2 dengan family2 lain, mandi2 kolam lepas breakfast...

19) Check out at 12.

babai Merang Suria Resort n Pa&Ma!!!!

Harap jumpe lagi!


jangan muntah tengok gambar banyak nih ye... keh keh

haaa..ini dia saya dengan anak en.zulfikar. bukan afif Rayyan nama dia, tapi aidil (kalo tak silap..huhu luper!)


ni baru sedikit hadiah yg diorang sediakan


haa...nilah family K.Jie kita...


Rayyan: Aunty, aunty ni lah dulu make up kan mummy ye? macam tak caya lak jumpe aunty... ;)



Daddy, Rayyan dan K.nor editor Pa&Ma yang sedang bercakap.


banner


sesi pembentangan bersama K.Farah n K.Sue. ni wakil daddies. boleh lak diorang mintak mommies JANGAN TIDO MATI. hahaha


tengok aksi K.farah



kanak2 yang ceria...


K.jie wakil mommies grup biru n kuning. semangat kemain dia. tengok point ke 8 ke tu, tulis INGAT TARIKH PENTING< WAJIB HADIAH + RM500 keatas!


daddy mententeramkan Rayyan kat belakang


muka tak berapa nak hepi daa...



view of Merang Suria Resort. tak byk pics yg saya snap. malas. hahaha





kami baru sampai tepi pantai. orang lain dah lama buat xtvt dah. sebab nenen Rayyan dulu kat surau sampai dia titon.


grup kami buat istana pasir.


panas terik di jam 6.oo pm


inilah istana kami.... crocs merah lambang kumpulan merah!


Iki anak K.sue Lunatots. kiut tol la dak nih. geram!



panas2 pun anakanda maintain tdo....


inilah Alisya...anak Pn.Ema kite


Kasut tajaan of kos! :)


daddies grup merah.


ntah macam mana diorang wt sorak, ai lupe dah....


selingan jap...


all the family members...



The three of us...


dah check in..kene rapatkan katil single. hukhuk




dinner time....Aloha party!!! tengok lah anakanda termenung jer ngantuk sebab dia dah titon kat bilik.


pastu sambung tdo...lalalalala


Team Pa&Ma, celebrating their 10th anniversary! congratulation!



K.Nor bagi saya bunga sempena Mother's Day...mula2 ala2 blackout gitu, tetibe diorang kuar bwk bunga n cookies utk mommies....


ai, dapat bunga sekuntum pun sonok kemain...


sesi melantak. ai serbu bbq dulu... (padahal sbb tempat nasik ramai org, terpaksa gi meja tepi dulu....tgk2 bbq. fuuhhh dap3!)


Ni family paling sporting, pemenang persembahan gala. chicky dance soooo cute!


mummy lak pegang anak yang mengantuks


gaya di party aloha kumpulan kuning


mummy dengan anak yang baru bangun n eksaited tengok lampu2...anak...anak...orang dah nak habis majlis br dia nak tengok lampu...hish


dengan ema dan anak memasing


haa...tengok Rayyan dengan Alisya ni..buat apa tue?


naik stage utk dapat goodie bag. dengan K.Nor.


anak-anak yang ceria... bandana ntah kemana si Afif Rayyan nih.


ai, bapak jeling kat belakang tue....


tengok ni, daddy dah hanyut dulu, Rayyan ceria lagi gara2 titon awal. last2 dia tdo sendiri...


pagi2 nak kuar gi bekpes. hi semua....encem tak Rayyan pakai spek ni?



seronok dia makan bubur campur susu.


mummy punya air ribena pun dia teringin!


macam biasa, aksi si kecik mesti ada....



riang ria naik kuda....



wif daddy just before bertolak balik


Alisya lak baru lepas mandi kolam....


babai K.jie....hati2 drive balik s.alam yer... sat g langgar bahu mak kat giant 18, jangan tak kenal pulak...


sekian, terima kasih.....

4 comments:

  1. best ek dpt join event pa&ma..

    ReplyDelete
  2. lawo2 pic.. tomei yg rayyan senyum tu! geram! dah boleh clap2 ye.. bestnye..

    ReplyDelete
  3. LIP; a ah, best...nnt lg 2 thn, buleh bwk emill lak yer.. :)

    fiza; Rayyan kalo senyum nampak semua gusi..gigi tak tumbuh lagi..hehehe. dah pandai clap2, seronok tengok dia.hehe

    ReplyDelete
  4. enjoy ur pic..best2..wat i jeles jer..

    ReplyDelete