klik saya

Thursday, July 15, 2010

saya takut kepada mereka

I’m scared of:
1- Lori
Kenapa saya takut lori mengalahkan bas? Sebab lori mukanya bengis. Kalau tak percaya, cuba perhatikan lori dari cermin pandang belakang kereta anda. Lampu pada lori membuatkan ia Nampak bengis, dan of kos, lori itu saiznya besar.
Jika di buat perbandingan antara kete kunin saya ini dengan saiz lori (kena pulak yang tayar 14), memang berganda-ganda.
Semasa memandu, jika ada lori yang mengekori kereta saya, saya boleh jadi panic jam-jam itu juga. Kepala saya tiba-tiba mengecil seperti terkena sinaran lampu pengecil dari poket doraemon. Saya akan cuba untuk mententeramkan diri sendiri, namun jika saya gagal, saya akan memberi signal ke kiri dan memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada lori tersebut.
Pada firasat saya yang terlebih perasan ni, saya merasakan lori itu akan melanggar saya dari belakang. Dan saya berpendapat pemandu lori itu juga tidak Nampak saya yang berada dihadapannya. Pastu kalau nak masuk simpang, alamekkkk takut nye la hai...sempat ke lori ni brek, ko Nampak tak aku dah bagi signal dari jauh lagi ni?

Kalau naik motor, lalu sebelah lori, memang saya tahan nafas! Takut!!!!!!

2- Butterfly/ moth
Serangga ini walaupun Nampak indah, hakikat asal kejadiannya yang membuatkan saya geli geleman dan takut tahap tanak masuk umah kalau ko ada sekali. Saya geli sebab dia bersayap yang nipis, dan berbulu-bulu halus di badannya. (hish, meremang bulu tengkok taip benda ni...geli geli geli!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!). dan sangat takut kalau ada yang jenis besar dan corak dia macam encik ular. Masa kecik2 selalu ada jenis ni, sekarang jarang muncul (jangan lah muncul2 lagi. Kalau pupus terus pun tak apa).
Orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk umah, ada orang nak datang. Betul ke? Tak kisah lah, yang penting, bila ada rama-rama masuk umah, saya yang tak dapat masuk umah!

Jangan harap nak ajak saya bersiar-siar di taman rama-rama. Kirim salam dulu, memang saya takkan pergi. Kalau masuk jugak, mahu meroyan kat dalam tu!

Kalau selipar saya terpijak dia, saya akan geli dengan selipar tu sampai bila-bila.

Eh, korang tau tak beza rama-rama dan kupu-kupu? Lepas grad zoology, baru tau rama-rama ialah moth iaitu yang jenis huduh kaler tak fancy2 biasanya kaler cukelat tu. Manakala si kupu-kupu pula ialah butterfly, yang agak cantik itu (namun tetap ku kegelian). Puas bergaduh dgn lecturer sbb selama ni ingatkan butterfly tu rama-rama.

3- Cat / kucing
Yang ni tak payah cerita. Memang geli! tak yah buat muka comel, saya tak layan!
Dah.

Entri ni memang tak ada gambar, sebab tanak tengok diorang.
Sekian.

2 comments:

  1. emm mummy jaga diri, hati2 sokmo k, daddy risau hari2 kslmtan mummy..

    ReplyDelete