klik saya

Wednesday, August 18, 2010

Artis masuk department kami!

Salam semua.

Lately ni, contamination problem menjadi-jadi di clean room kami.

Sudah berapa kali buat fumigation, tetapi masih jadi. Cell line sekali beli paling murah RM3000, sekali contamn, all gone!!!

Sangat2 down bila pikirkan.

Macam mana nak habis dalam tempoh yang ditetapkan?

Duit geran pula sudah habis...huk huk.

Adakah ini kerana artis sudah masuk department kami?
jangan tak percaya. Seorang artis remaja di zaman kegemilangannya sudah melaporkan diri sebagai pelajar di department kami dengan no pendaftaran P-UM..... perlukah bagi no matrik seme? Padahal saya pun tatau.

Kami memanggil beliau dengan nama ‘sepohon kayu’. Sebab apa? Pikir sendiri...heheh

Salah sorang kawan kami boleh lak cakap “ eh, aku macam pernah Nampak ko sebelum ni, tapi tak ingat la kat mana ya?”

Dia jawab “ oooo...mungkin sebab kita satu U kot...”

Harus la hampa member, aku artis okeh!

Hehe. Dia tak der la cakap macam tu.

Yang saya pulak, boleh tengah drive, terserempak dgn dia. Masa tu tatau lagi artis tu. Boleh lak pikir, sape dia ni ye? Macam biasa tengok jer muka dia. Hmmm...mungkin muka dia sama dengan muka ketua kelas aku masa form 5 kot...

Cerita ni tak leh lebey2 sebab nanti hubby marah. Hubby kata mentang2 lah hubby dah letak jawatan jadi artis (masa kat U uols....), nak citer2 hal artis lain lak.

Haruz la bang, artist u jadi kegilaan dan kesawanan budak2 sekolah masa saya sekolah dulu tau! Saya sekolah aliran agama, paham2 jer lah genre muzik macam mana yang kami layan. Masa tu mana ada indie band macam sekarang...

Okes, selamat maju jaya untuk semua student yang dah berkurun mendaftar mahupun yang baru mendaftar! Belajar sampai abis nyawa!

No comments:

Post a Comment