klik saya

Monday, August 23, 2010

less than 30 days to go!




Sedar tak sedar, kurang dari 30 hari lagi, anakanda saya akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Ini bermakna sudah setahun berlalu detik2 itu. Detik2 dimana saya ditahan di wad berminggu-minggu lamanya dan berperang dengan perasaan yang sentiasa menakutkan!

Alhamdulillah ya Allah.

Rayyan yang dulu lahir dengan berat hanya 1.82kg, kini sihat walaufiat dengan izinMu.

Hari ini, umur Rayyan 11 bulan 14 hari. Macam-macam kaletah si kicik ni...

1) Yang terbaru: pandai mengajuk orang cakap di handphone. Bila daddy call mummy, Rayyan sibuk kalut2 nak rampas phone dari mummy. Bila mummy bagi, dia letak kat telinga sebijik macam mummy buat, lepas tu terus bercakap (dalam bahasa dia ; aa,aaa,aaa ; macam paham semua). Dah lenguh telinga kiri, dia pass kat telinga kanan. Lepas tu, amik telefon, kiss. Rindu daddy ye? Kalau tak dapat handphone, apa-apa objek yang menyerupai phone akan digunanya untuk bercakap (pandai berlakon ye...)

2) Sudah boleh salam dengan orang. Tetapi hanya sekali! Permintaan kedua tidak akan dilayan. Salam hulur tangan, pastu kiss. Siap bunyi lagi.

3) Pandai kiss pipi juga. Kadang baru bangun tidur, Rayyan terus kiss mummy. Bahagianya!

4) Tepuk amai2 dah lama khatam. ;)

5) Give me 5 juga khatam.

6) Permainan yang paling digemari ialah bola. Setiap hari nak orang pegang dia, follow dia gi sepak bola. Rayyan akan sepak bola keliling rumah. Bila nak duduk kan, dia nangis, nak main bola (tak penat ke sayang?). biasanya daddy lah yang rajin melayan permintaan Rayyan ni.

7) Sudah pandai meminta2. Cth: Nampak belon, nak belon. Caranya ialah hulur tangan sepanjang yang boleh kearah objek yang di kehendaki, pastu tengok dengan mata yang sangat teruja, otomatik daddy akan beli! Kalau daddy tak layan juga, Rayyan akan meronta, nangis, minta turun daripada dukungan, nak jalan sendiri ke tempat tu! Hayyooooo. Rayyan pernah nangis riau seme kat JUSCO sebab nak roti. Menjerit meronta2 cakap nakkk nakkk nakkkk. Sudahnya roti tak sempat bayar dah berjaya dimakan (sangat suka roti – ni perangai ikut daddy).

8) Banyak cubaan untuk berjalan, tapi masih belum sukses lagi. Panjat mummy, berdiri terus lepas tangan. Rayyan langkah sikit, pastu patah balik. Seriau ye Rayyan?

9) Sangat suka makan –segala jenis makanan. Bubur nasik bekal gi umah pengasuh kadang tak sempat bawak. Dah Nampak mummy packing2, mulut dah ngunyah2. Hari tu gi jalan2 kat Akuarium pun, Rayyan ngunyah2 tengok ikan dalam akuarium. Itu ikan hiasan nak...tak boleh makan... bulan puasa ni, orang sahur, Rayyan sahur. Orang berbuka, Rayyan berbuka. Orang puasa, Rayyan makan macam2.

10) Gigi Rayyan keluar 3 batang. Rayyan benarkan giginya dilap. Tapi jangan guna berus gigi. Nanti meremang seme bulu roma Rayyan!

11) Perkataan terbaru yang diucapkan : ball.

12) Rayyan kurang suka tengok TV.

13) suka buat macam2 memek muka. mulut muncung lah, buat geram lah...

caption: tolong mummy kemas memang acara wajib!

Sebenarnya mummy tak kisah Rayyan nak capai baby’s milestone masa umur berapa2 pun...sebab setiap baby ada keupayaan masing2. Setiap orang berbeza. Lagi pula Rayyan dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya dia dilahirkan. Jadi mummy tak kisah. Bagi mummy, tak perlu wujud competition among mommies. Jangan kita mencemuh anak orang semata-mata anak orang itu perkembangan lebih lambat dari anak kita. Tak baik tau! Hati ibu mana yang tak terasa...

Kadang orang tanya, Rayyan dah boleh apa? Haaa, belum berjalan? Lambat tu....Anak aku umur 10 bulan dah berjalan.

Soooo???? Ada ai kesah ke?

Give our baby enough time to explore their world by themselves!

Mummy belum plan apa2 lagi untuk birthday Rayyan. Maklumlah, bulan puasa lagi masa tu. Time raya lak kedai mesti tutup. Mana nak cari kek yer?

4 comments:

  1. Betul sah..x pyh nak compare dgn anak org n peduli apa org nak kata tentang anak kita..yg penting kita bahagia dgn dunia kita..
    biasala..i pun org slalu tanya, anak dah leh jln ke? pastu smbgngnnya, anak sy dulu 9bln dh jln..
    ada aku kisah..huhuhu..yg penting dia sihat n perkembangan dia normal sudah..suma tu take time n suma budak berbeza..ada yg leh jln dulu, ada yg leh ckp dulu..bg dia masa utk xplore dunia..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Sah. Rayyan dah pandai macam2 tu.. bestnye. Siap dah boleh sebut ball ek.tak lama lagi boleh jalan siap la Mummy dia kena kepong. hehehe.... muuahh! kisses for Rayyan!

    ReplyDelete
  3. Che rod: orang sekeliling mcm tu lah... terlalu caring sampai naik garing! hehe. kadang malas nak dengar org tanya2 kan... kalau tanya nak tahu tak apa, tapi compare2 lak kan..

    ReplyDelete
  4. K.ijan:emm..Rayyan tu kalau nampak bola...mula lah dia non stop "ball ball ball ball" tatau la berapa kali.suka sangat dgn bola. tu lah, harap cepat la jalan...tak larat dah nak kokong dia. huhu.

    ReplyDelete