klik saya

Tuesday, August 17, 2010

shopping bawa baldi -tips selamatkan alam sekitar



tolong jangan lari bila anda terjumpa lelaki berkemeja, bertopi, membawa beg kamera (berat senget bahu mummy - tolong bawak ye bang!) dan memegang BALDI di shopping mall!

beliau bukan lah seorang cleaner yang baru habis shift.

beliau ialah suami saya yang sentiasa menurut kehendak isteri yang mengidam hendak membeli baldi di JUSCO! apakah????

macam tadak baledi kat kedai runcit taman putra perdana tu ye?

ntah kenapa saya betul2 teringin membeli baldi di supermarket. heheh

dan kami anak beranak pergi ke IOI Mall, dengan niat hendak membeli jeans Rayyan sebenarnya....tapi alang2 dah sampai kan, kena pula baldi masuk dalam list barang yang nak dibeli.

rasanya saya pernah cerita suami saya seorang yang cerewet bab membeli2 barang. (kene cek balik entri tahun lepas nih). nak beli baldi pun, di tilik nya satu persatu! ok, dah jumpa yang berkenan di hati. jom gi beli tempat gantung barang yang berpelekat pulak. saya main amik jer asal nampak ok, kaler putih dan murah. saya dah jalan beberapa langkah, encik suami masih di situ, merenung satu persatu deretan pelekat. rasanya kalau pelekat tu ada perasaan, maunya mereka blushing di situ... :p

dah bayar baldi, turun bawah nak beli barang dapur. boleh pulah encik guard gi intai baldi kami ada apa...

haha

segan giler ye bang?

tau la kan nak kurangkan penggunaan plastik yang tak baik untuk persekitaran kita, tapi rasanya tak pernah lagi jumpa orang angkut baldi besar pastu isi barang2 shopping dalam baldi kan? ekekeke

Yang Rayyan pulak kejap nak dukung dengan mummy, daddy pegang baldi. pastu hulur tangan nak dukung dgn daddy, mummy lak pegang baldi. "yang, kenapa bawak baldi ni, tak ada air ye kat umah?" tak sampai satu minit, hulur tangan nak dukung dengan daddy pulak. selamat mummy..." bang, kenapa bawak baldi ni? tak ada air ek kat umah?" :p

dah siap tu, naik ke tingkat atas, lalu bahagian baju2. hehehe lagi sekali segannnn nyer..... laju jer encik suami jalan tak pandang kiri kanan!



nasib kami shopping sampai kedai tutup. tak der la segan sangat...hehehe

p/s; suami saya memang sangat baik! terbaik dari ladang, stok terhad!

No comments:

Post a Comment