klik saya

Monday, October 18, 2010

rintihan hati

Salam isnin...
Semalam hantar suami saya naik bas. Biasanya Rayyan tidur, tapi semalam tak. Dia elok je babai daddy dia. Dia tak tau daddy dia dah menangis tengok dia babai2. Sob sob sob. Mummy sedey juga sebenarnya, tapi mummy buat2 keras hati. Kalau nak ikutkan hati ni, mmg dah tak larat sangat2 dah nak buat master nih. Memang keputusan membuat master di sini satu kesilapan dalam hidup.

Saya sekarang betul2 dah tak der mood nak buat master. Betul. 100% saya yakin. Tapi apakan daya, saya ditaja. Saya mesti habiskan jugak. Saya pernah berangan nak menang perdauan ke aper2, asal dapat rm120 000.00, saya nak bayar balik duit biasiswa. Saya betul2 tersiksa. Betul.....

Kadang2 saya stress sendiri.
Saya ada keluarga.
Anak saya makin membesar. Saya tak sanggup tengok dia berjauhan dari daddy nya.
Dan saya sendiri sudah tak larat berjauhan.
Saya tak pasti apa yang patut saya lakukan . saya keliru.

Tahun pertama, 120% semangat! Dan peratusan tu menurun berkadar songsang dengan masa.
Dan sekarang, saya termenung depan PC. Tak larat.

Tak larat.

Tak larat. (ulangan).

2 comments:

  1. sah sedih akak baca..akak pun selalu berdoa agar ada duit sejuta jatuh kat riba...leh hilangkan gundah gulana hati nie...sabar ek sah..

    ReplyDelete