klik saya

Tuesday, November 23, 2010

masak-masak di aidiladha

rumah saya tiada peti ais. ini statement.
maka apa sahaja yang dibeli, mesti segera dimasak, atau direbus dan dipanas kan berulang kali sampai habis.

sejak 2 minggu lepas, sudah 2x saya masak menu ni.
rasa nak ter-mun pun ada. dah tak selera nak makan.

ni masak kali kedua atas request suami, sebab MIL nak datang umah.

ini dia, Sizzling Yee Mee. kali ni baru jumpe Yee mee. sebelum ni belasah pakai mee sanggul. tapi rasanya kami sudah tak perlu ke Tesco atau mana2 Food court semata2 nak makan benda ni. sebab nya sudah pandai buat dan rasanya sama sahaja. Vangga Vangga!


boleh taruk cendawan shitake dan ayam sebanyak mana yang mahu. sape nak makan ni? meh la jalan2 umah saya yer.... :)

dan tak perlu beratur panjang hanya kerana nak mengisi perut dengan makanan ini. jemput semua ya...

menu kedua, sira pisang!
hehe
makanan ore kelate.
kebetulan MIL bagi pisang, dah malas nak buat cekodok, senang saya rebus jer jadi sira. sape tak tau nak buat sira? angkat tangan please...
oooo ada juge yang tak tahu ye. meh saya kongsi resipi di sini (padahal saya pun membedal juge). letak pisang dalam periuk, pastu letak air sikit agak2 sama paras dengan pisang tu, letak gula dalam 5 sudu gtew, letak bunga cengkih sikit dalam 3 kuntum, daun pandan, pewarna sikit. dapur saya tiada pewarna, maka saya letak serbuk kunyit sahaja...boleh laaa



peserta seterusnya ialah daging cicah air asam!
ni macam biasa laaa...
kalau kita buat korban, baru dapat perut lembu kan. sebab tak buat korban, dapat daging sahaja. tapi nak makan dengan air asam juge. maka, "bang, daging ni nak masak ape?" "ikut sayang laaa...."- ni ayat biasa suami kan...
maka ni la dia ikut suka hati punya masakan. sambil pejam mata pun buleh!



kasi close up sket....perghhhh hirup kuah asam tu sedap nya... (masa hari tu lahh...)


last sekali...menu untuk orang berair mulut.
cuba teka ape ni?


ni lah asam jawa gaul dengan gula.
penenang perasaan kala jiwa berkecamuk hormon ting tong.

eh, korang perasan tak Tesco sekarang banyak jual barang2 macam IKEA? contohnya mangkuk warna warni ni. kat Tesco hari tu tengok ada jual gak, tapi tak de lah cop IKEA tu. lagi dia ada gelas kecik warna warni, pinggan tu...sejibik macam IKEA lah!

ok lah, dah tak selera nak tengok makanan ni semua.
kembang tekak rasanya.
tensi betul lah dengan diri ni. nak red flag jer pun jadi huru hara!
(Tabahkan hati)

5 comments:

  1. sodanya dging tu sah oiii.. mmg peberet tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. memang sedap. sebab air asam masam2 huh, berair mulut! :)

    ReplyDelete
  3. hui. meleleh ayaq lioq aku!
    hebat btl hang reti msk sizzling mee.
    daging cicah ayaq asam mmg kesukaan aku. meleleh lg ayaq lioq tgk. kena pulak kalau daging bakaq.

    ReplyDelete
  4. haha aku berjaya buat ayaq lioq hang meleleh husna!!!
    aku paksa diri aku belajar buat sizzling tu. sebab tak larat keje nak melabur rm6 dapat sejemput saja.

    ReplyDelete
  5. wahaha esah pndainya u masakkkk... nk sikit!! ehehe

    ReplyDelete