klik saya

Tuesday, March 29, 2011

Hari isnin saya

oh, ok. hari ni sudah hari selasa.
pagi2 anakanda sudah bangun dan berdokong dengan daddynya.
jam sudah 7.30am, saya baru siap goreng nasi buat bekal suami ke tempat kerja (suami saya bawa bekal setiap hari-sebab tu walau liat mcm mana pun kene bangun masak juga)
hari ni dia bancuh air sendiri dan bancuhkan milo untuk isteri sekali-siap letak obimin kat sebelah-sebab tahu isteri memang nyanyuk!

saya berkira2 nak update blog
dalam hati "bila Rayyan nak tido ni?"
sebabnya Rayyan kalau tak tido, dia tak mahu berenggang dengan saya langsung.

daddy cakap tadi "sayang perasan tak anak lepas operate makin manja?"
yup.
memang betul.
tak apa...asal dia sihat.

rayyan "ma,ma,ma, nak cd. Tap tik (Tap you stick-lagu kegemaran dia juga). allaaaaaBak! (cd mengajar solat)." sambil angkat takbir.
setiap hari minta tgk cd.
ulang2 cd sama jer.
daddy kata ujung bln ni kita beli cd baru.
sebab 2 cd tu Rayyan dah hafal lepas ni ape lepas ni ape.
tak tahan bila keluar lagu Jig Along The Shape. walau mummy tengah goreng ikan kat dapur pun,. kene kecikkkan api pergi menari dengan dia dulu. kalau tak kat dapur tu juga dia hempas badan kat lantai!

tadi saya syok dok layan citer Kemboja Putih
dah habis tu baru tukar TV9
cerita Sponge Bob ada lagi sikit
Rayyan syok tgk
"ma,ma,ma, fevob" fevob adalah Sponge Bob.
sekejap tu dah habis ceritanya
"nak, nak, nak!"
dah habis la sayang...ni bukan Cd, tapi kat TV. mana boleh mummy ulang...
uwaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

eh, ape yang saya nak citer sebenarnya ya?
oh, hari isnin saya.
sebenarnya tiada aper2. makanya bila suami balik dan cek blog..."yang, kenapa tak update blog?"
hmmmm...payah juga ada peminat ni yer. heheh :p



hari Sabtu lepas teman kakak saya ke Sunway Piramid. Rayyan tarik tangan daddynya masuk ke kedai ni. inagtkan kenapa, rupanya nak menari lagu omputih. haish!



ni puas pujuk duduk dalam stroller, tak maunya dia. dapat duduk sekejap jer. sudahnya nak jalan sendiri.

ok lah, selamat malam kawan-kawan!

4 comments:

  1. gambar last tu amat menarik..tanda protes " Saya sudah besar la mama...ape kes main stroller2...malu la ckiharo tgk lol"

    ReplyDelete
  2. sah, nanti blog ni kene tukar jadi the four of us :)

    jih

    ReplyDelete
  3. lily: betul. nampak sangat dia nak protes!

    Jih: kalu nak beranak lagi mcm mana? jadi berapa of us?

    ReplyDelete
  4. betul kate Jih tu sah..3 of us sudah tidak relavent...half dozen please..

    ReplyDelete