klik saya

Thursday, March 24, 2011

sudah selamat di operate

salam semua

hari ini hari ke-3 Rayyan sudah selamat di operate.
di dewan bedah hospital putrajaya.
admit pada Isnin, 21 Mac 2011 jam 10am.
masuk wad pediatric katil no.6. Rayyan seronok berlari ke sana ke mari. maklumlah, wad kanak-kanak memang banyak kartun. kawan2 pun ramai. malamnya semua patient dah tidur, Rayyan masih lagi mengadap TV cerita cina. dia seorang jer patient baby yang masih duk tengok TV. yang lain semua dah tua n parents jer. susah sungguh nak tidur.
daddy bawak Rayyan main kat bilik mainan, sambil bagi Rayyan makan. Rayyan kena berpuasa malam ni.
mummy dengan daddy sangat risau dan susah hati sebenarnya...
Rayyan tergolek2 di katilnya, jam 11pm lebih, baru Rayyan tertidur.
Daddy pulang kerumah.
tinggal mummy dengan adik tidur di sofa, dan Rayyan di baby cot.
jam 2.30am, Rayyan nangis2 tak dapat dipastikan kenapa. mummy try curi2 bagi Rayyan minum susu, tapi dia tak mahu. nasib baik...sebabnya Rayyan kena puasa. mummy tahu Rayyan pun susah hati kan...

22 Mac 2011
jam 7.00am, daddy dah sampai.
jam7.20am, Rayyan bagun dari tidur. daddy cepat2 bawak Rayyan keluar dari wad, sebab patient lain tgh breakfast. tak sampai hati pula bila Rayyan start sebut 'nak, nak, nak'.
tapi pagi ni Rayyan pasif jer. dia diam. dia peluk daddy tak nak lepas.
nurse datang suruh tukarkan baju OT.
Rayyan peluk mummy.
badannya ketar2. mummy tak pasti Rayyan sejuk atau takut, tapi perangainya lain sungguh.
dia peluk mummy dan daddy tak nak lepas2.
Kami bawa Rayyan ke OT. masuk OT, cek semua dokumen, nurse minta seorang jer untuk teman Rayyan sampai ke dalam bilik bedah. mummy minta daddy temankan, sebab mummy rasa tak kuat dan tak sampai hati.
Rayyan salam, peluk dan cium mummy. air mata mummy tak tertahan lagi. cepat2 mummy kesat takut Rayyan jadi lemah. mummy tinggalkan Rayyan dengan daddy di waiting room.
mummy nangis semahunya.
cepat2 mummy istighfar, minta Allah kuatkan semangat Rayyan. mummy tahu anak mummy memang kuat dari lahir lagi. walaupun Rayyan lahir kecil dengan berat 1.82kg ja, tapi Rayyan mmg survivor!

mummy intai Rayyan dengan daddy di waiting room. mummy nampak Rayyan peluk daddy tak lepas. jam 8.25am, daddy bawa Rayyan ke bilik bedah.

tak lama selepas itu, daddy keluar. daddy nangis, nangis dan nangis.
daddy kata tak sampai hati tengok Rayyan dipengsankan sebelum dibius. sebelum dipengsankan, Rayyan peluk daddy kuat. doktor terpaksa bagi gas semasa Rayyan dipelukan daddy. perlahan-lahan mata Rayyan pejam tetapi air mata Rayyan masih mengalir. daddy baringkan Rayyan di katil OT, Rayyan masih menangis walaupun mata terpejam. dapat didengar suaranya yang makin lama makin perlahan.....
doktor bagi kebenaran daddy untuk cium Rayyan sebelum keluar.

kami menunggu selama sejam lebih sebelum nurse datang memanggil salah seorang dari kami.
kali ni mummy pulak yang pergi.
dari jauh mummy nampak nurse betul2kan wayar di badan Rayyan. muka Rayyan ditekap dengan oksigen. rayyan diletakkan dibawah pemanas. mummy usap2 rambut Rayyan. mummy pegang tangan Rayyan yang kesejukan. air mata mummy mengalir lagi...
mummy tahu Rayyan sakit, tapi mummy dengan daddy terpaksa setuju dengan pembedahan ni demi masa depan Rayyan ye sayang...
Rayyan mengerang2.
suaranya kasar, macam tersekat2. matanya terpejam tetapi air matanya mengalir tak henti. makin pilu hati mummy melihat keadaan anak mummy. mummy usap Rayyan, mummy bacakan doa dan selawat ke ubun2 Rayyan.
selepas semuanya stabil, Rayyan ditolak keluar untuk ke wad.
daddy menunggu diluar pintu OT.
di wad, kami tukarkan baju Rayyan. Rayyan mula sedar perlahan-lahan tetapi masih lemah mengantuk kesan bius.
Rayyan seoalah2 trauma dengan katil wad. tidak mahu dibaringkan.
daddy dan mummy bergilir pangku Rayyan di sofa.

petang, rayyan bagun dan mummy bagi Rayyan makan. Rayyan masih tidak mahu minum susu. dan masih muntah2 kesan bius.

alhamdulillah, jam 5.00pm, kami dibenarkan pulang ke rumah. plaster tempat pembedahan dibuka. 2 tempat torehan. satu dibawah perut dan satu di skrotum. agak panjang torehannya. lebih kurang 2.5cm.

23 Mac 2011
bangun pagi, Rayyan sudah boleh berdiri. perlahan2 dia bagun dan berjalan sendiri. Rayyan memang kuat. dan sudah boleh bercakap macam2 seperti biasa. seperti tiada apa yang berlaku. mungkin sakit2nya datang, dia menangis sekejap2 minta perhatian mummy dan daddy.
tapi anak mummy memang kuat. menjelang tengahari, Rayyan sudah boleh berjalan laju sedikit, dan juga mahu menari lagu Jig Along The Shape kegemarannya.
Alhamdulillah!
menjelang malam, Rayyan sudah boleh bersolat dan bersujud. maknanya sudah kurang rasa sakit di perutnya.

*Rayyan dibedah untuk membetulkan undescended testes yang berlaku kepada ramai bayi lelaki terutamanya yang lahir pramatang. testes ini mesti diturunkan untuk mengelakkan risiko kanser dan masalah fertility di kemudian hari.

we love you Rayyan!

7 comments:

  1. sedih la entry ni echah...ishhh...merah mata tahan sebak..hope he will get well very soon

    ReplyDelete
  2. tak leh nak baca smpai habis sah..supo nak teriak aku baca...get well soon rayyan..ameen

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah...rayyan dah selamat operate. kesian tgk budak masuk spital ni. hadi dulu ms kena infection kat paru2, siap kena buat fisio lagi nak kluarkan kahak. menitik air mata dgr dia menjerit2 menangis sedu sedan. tapi sebab nak dia cpt sihat, kita sbg ibu kuatkan la jugak hati ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Syukur sah, zul. moga Rayyan cepat sembuh. Rayyan boleh! :)

    - jih

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga semuanya selamat utk rayyan..x tau la akak mcm mana nak hadapi saat-saat kalau anak kena masuk OT..nauzubillah..ibu rayyan pun hebat sbb dpt harungi semua nie..tahniah..

    ReplyDelete
  6. sayu aku baca entri ni sah..apepon, moga rayyan sihat selalu dan mu pon kna kuatkan semangat ye!!

    take care! :)

    ReplyDelete
  7. Sedih dan sebak baca kisah ni. Bergenang lagi air mata ini. Terbayang lak keadaan Rania bila nak kena operate nanti..

    ReplyDelete