klik saya

Thursday, April 7, 2011

Char Kuey Teow Penang sedap dan mudah

mai cek mai...

lamanya tak pi penang
yang paling dirindui tentunya makanannya yang sedap2 sehingga termimpi2

dalam banyak2 negeri di Malaysia ni, makanan di Penang saya paling suka - selain negeri sendiri lah of kos budu :p
tak sia-sia Kementerian Pengajian Tinggi hantar saya masuk USM. terima kasih2. memang heaven makanan di sana!

disebabkan misi hendak memasak segala jenis makanan kegemaran, menu ni antara yang saya perlu mahir -char kuey teow.
saya gemar laksa penang -sudah boleh masak sendiri dan sesuaikan dengan anak tekak sendiri
saya gemar yee mee sizzling - juga sudah boleh masak sendiri (tapi sebab sekarang tgh peknen, maka makanan ni paling di BENCI! tengok jer dah kembang tekak...peliknya perangai orang mengandung ni ye. ni taip nama dia pun dah ada aura2 kembang kat anak tekak nih)

selepas menggoogle serata alam, saya dapat resipi ni dari myresipi tapi saya olah2 sedikit mengikut kesuaian bahan yang ada kat dapur.. :)

dan hasilnya yummy2 meh...
cik abang order jer "char kuey teow satu!!!"
"SIAAAAPPPPP spesel punya!!!!" sambil mengetuk2 kuali supaya bunyi macam ala2 kedai gtu.

*kalau kat kedai udang dok beratur macam ni, kerang pulak selak sikit kue teow tu ada kerang, selak lagi ada kerang...tak tau la berapa regenya. yang biasa tu pun tadak kerang ada udang kicik 2 ekoq pun dah RM4.00. puas hati masak sendiri!

resipinya ialah: (bukak kitab sikit....)
200gm udang
300ml air
4 ulas bawang putih di ketuk2
seulas bawang merah dihiris halus
6 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis cap kipas udang (cap lain pun boleh...)
1 kiub bilis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
*resepi asal ada masukkan 1sk petis. saya tadak maka tak masukkan...

1 sudu besar cili boh (ai guna cap Puteri memang sedap untuk semua masakan)
kerang, taugeh dan kucai untuk masukkan dalam kue teow

cara-caranya ialah:
-rebus udang dengan air agak2 tenggelam udang tu
-kuarkan udang dan tinggalkan airnya untuk dibuat paste
-masukkan semua bahan yang disenaraikan diatas, kecuali cili boh
-renehkan sampai pekat jadi macam paste (paste ni kalau tak habis boleh simpan dalam peti ya)

ok, kemudian tiba masa untuk goreng CKT kita
-panaskan 2-3 sudu besar minyak
-masukkan 1 sudu besar cili boh
-tumis sekejap
-masukkan 4 sudu paste yang telah disediakan tadi
-kacau kejap, masukkan udang seberapa banyak yang mahu, di ikuti dibelakang oleh si kerang - rebus dulu kalau nak senang... letak kerang banyak2 baru sedap!
-letak air setengah cawan
-selapas air mendidih, masukkan kue teow, taugeh dan kucai
-pecahkan telur sebiji, kacau jap SIAAAPPPPP!


tengok gambar ni, nampak macam banyak kan? memang banyak tapi sorang2 jer makan habis licin teringin punya pasal! dap dap dap!

masa menggoreng tidaklah lebih dari 5 minit. sila guna api besar ye...

first round ai masak tak sempat nak amik gambar ke aper, tengah2 berasap dalam pinggan tu slruuuppp jer makan tak tengok kiri kanan! dan kali ke3 masak baru boleh bertenang, amik gambar segala. tu pun tak leh pikir mana letak pinggan comel ke aper...kikikih

macam biasa, sudah makan sila basuh pinggan. kalau rajin basuh kuali tu sekali ye... :)

8 comments:

  1. hr tu blk penang xsempat nak makan char kuew tiow..huhuhu

    ReplyDelete
  2. sedapnya!!!nnti ah balik,kak sah wajib buat ni

    ReplyDelete
  3. rDnA : ye ke? ruginya...maknanya kene balik penang lagi sekali la tu.. :)

    Lip: terpaksa merajinkan diri..kalu tak lapo! keh keh

    Ah: boleh3. hari2 k.sah buat pun boleh sebab Ah kan akan jadi bibik k.sah menjaga Rayyan n baby nanti....

    ReplyDelete
  4. kena upah la part hok jd bibik tu
    ni bibik oversea pny ni...uk not indon..hahaha
    loni ah buat laksa sokmo..mkn laksa jah,sbb hok tu je yg terror buat,tp kiub pati ikan bilis dh abis la..

    ReplyDelete
  5. Ah : bab upah tu bereh. bos mesti lulus punya.

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap! kena cuba jgk nie. nnt kalu ada rezki dtg umah ko, nak order 2 lah.

    pezal redkail

    ReplyDelete