klik saya

Thursday, April 7, 2011

Dinner tonite: sambal sotong



ok, hari ini cukup gedik sampai 3 kali update blog!

sekarang meh kita share resipi sambal sotong pula ye. ini lauk makan malam untuk malam ini.

bahan-bahan blend:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
bawang holand satu (yang kulit kuning itu)
halia setengah inci

cili boh satu sudu besar
air asam jawa (agak2 asam jawa tu saiz duit 50sen)
3 sudu kecil gula
setengah sudu kecil garam
sedikit sos cili

cara-cara nya ialah:
-tumis bahan2 blend bersama cilli boh sampai garing dan masak (naik minyak)
-letak gula, garam
-letak air asam jawa dan sotong
-biar sotong masak kejap
-masukkan sos cili

siap.....

sotong tu kalau nak melawa buleh lah di hiris bunga2 yer....pakai gunting jer senang.

anakanda tidur lena pulak. dari jam 1.30 tgh tadi tidur, sampai laa ni jam 6.09pm masih belum bangun. nak kejut ke tak ye? malam ni berjaga lah tu mau tgk cd ulang2 sampai mummy daddy terlena dulu tu...

esok nak balik kampung. yea yea yea!

makan malam ni bersama lauk ini:


sup ayam dan sayur bendi goreng sos tiram.



ok tipu, 2 lauk ini adalah lauk semalam. nak jugak tepek kat sini.

anakanda sudah bangun.
terus order: "mummy, nak pasang lagu tab your stick"

ok tipu lagi.
Rayyan order macam ni jer : "ma nak nak...tab yo tik" sekarang sedang berlari satu umah. cepat2 tutup laptop kang dia menaip sama kang.

4 comments:

  1. raisah..... ala jelesnyeeeee lauk dh macm lauk pengantik okay! pandai awk masak.nmpak mcm sedap.terus i jd lapa :(

    ReplyDelete
  2. Atiqah : lauk pengantin ke tu? ;) cik abang suka sambal sotong, tu kene buat se'ekspress' yg mungkin. awk dtg jalan umah kita nnt kita masak yer... :)

    ReplyDelete
  3. hee..jdi cam blog resepi plok blog mg echah

    ReplyDelete
  4. elly : itu la pasal...aku kan xdok aktiviti lain selain makan. haha

    ReplyDelete