klik saya

Thursday, April 7, 2011

kek batik coklat


kenapa kek ini dinamakan kek batik?
ada orang panggil kek batik milo, ada juga kek batik coklat.

tengahari ni, saya makan benda ni jer lah...sebab lauk baru kuar peti ais (padahal pagi dah makan nasik! hehe)

okes, meh kita share resipi kek batik yang mudah dan yummy2 nih (sampai ada orang tu parking sudu dia dalam tuppaware kek kat dalam peti, pastu malam2 ai tengok kejap2 bukak peti kejap2 bukak peti :P)

butter- separuh atau semua sekali pun boleh kalau yang seketul tu
satu tin susu pekat manis
satu tin air (sukat pakai tin susu tadi)
setengah tin serbuk koko
setengah k(satu tin pun ok gak) tin milo
biskut marie sepeket

ok, cara2 nya ialah:
mula-mula cairkan butter guna api kecik jer
di dalam bekas lain, satukan susu, air, milo dan koko. kacau sampai sehati sejiwa semua
lepas butter dah cair, masukkan geng sehati sejiwa tu.
masak sampai mendidih dan pekat2 sikit.
tutup api, boleh lah masukkan biskut marie yang dah dipecah2 kan...
letak dalam freezer, tunggu sampai beku boleh lah makan...

dan makan, sila lah basuh pinggan yer...

No comments:

Post a Comment