klik saya

Wednesday, April 13, 2011

Mari menggemukkan diri bersama cik santan

dasar tak insaf!
heheh

bukan2
ini bukan masakan hari ni
ini masakan hari jumaat lepas sebelum balik ke kelantan
dah nak balik ke kelantan pun masih nak masak sendiri masakan kelantan?

tak pasti pulak ni resipi kelantan ke selangor ke KL ke....
tp rasanya yummy3.
terima kasih buat tuan punya resipi
tanpamu tiadalah AYAM PERCIK ku...



okeh, ni resipi ayam percik dari myresipi juga. tapi resipi ni banyak saya memandai sebab kat dapur tu serba kekurangan...)

seekor ayam dipotong 4 (saya pakai 5 ketul ayam jer, pasal buat sekali makan jer)
1 1/2 cawan santan pekat (saya pakai santan kotak tu memang dah pekat setengah kotak)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2cm halia
2 batang serai
1 sudu kecil ketumbar (tak letak pon sebab tiada..)
1/2 sudu kecil jintan putih (saya tak de jintan putih, ganti jintan manis)
1/2 cawan tepung beras (saya pakai sesudu tepung jagung)
sedikit air asam jawa/ asam keping
cili boh (kalau nak merah)
garam dan gula (saya letak kiub ayam je satu; setel)

cara-caranya ialah:
-blendkan bawang, halia, serai, ketumbar dan jintan.
-perap ayam dengan bahan2 blend selama setengah jam.
-masukkan ayam yang diperap bersama tepung beras yang digaul sekali dengan santan dan bahan lain ke dalam periuk dan masak sampai ayam agak2 masak dan kuah pekat.

-angkat ayam dan sedikit kuah dan bakar.



(saya belasah bakar macam ni jer sebab tak nak dapur tersumbat kan..... ;)

-hidangkan bersama kuah yang dimasak tadi..
-tak payah gi pasar malam lagi. bulan puasa sila masak sendiri.. (e eh, bulan puasa tahun ni dalam pantang! huhu tak der maknanya santan2 segala ni)



sekian.

5 comments:

  1. Wah sedapnya ayam percik..kalo kt kelantan Nurul suke Yati ayam percik..mmg sedap..

    ReplyDelete
  2. Nurul ; echah ni nama jer ore kelate, tapi tak pernah gi makan yati ayam percik. huhu

    ReplyDelete
  3. sedapnya...bila nak masak lg..aku nak dtg umah ko kat puchong..yea!!!

    ReplyDelete
  4. LyN: datang laaa...aku ada jer kat umah. tapi ujung mgg kene la inform awal2 karang aku gi jenjalan.

    ReplyDelete