klik saya

Wednesday, April 13, 2011

rezeki hari ini

alhamdulillah sudah makan tengahari di jam 3.30pm.
dapur sudah jadi kapal pecah.
Rayyan mummy belum siap masak sudah kalut mintak sudu. ingatkan nak buat main, sekali suruh angkat dia nak amik sup dalam periuk. katanya "nak syup syup". panas2 tu dia hirup selamba jer. mummy tiup sekali dua dia bagi la, dah banyak kali lambat agaknya...terus tak payah tiup. tengok2 mulut dah merah kepanasan.

kenyang....

daddy Rayyan selalu pesan "jangan bazirkan makanan..."
"orang lain tak cukup makan, jangan sampai kita buang2 makanan..."
insap jap mummy.

mummy bukan sengaja suka2 buang makanan la daddy
tapi kalau makanan tu dah berkurun dalam peti ais, sampai burger pun kalau di gigit bunyinya krup krap macam biskut tu, tak boleh order terus ke tong sampah lagi ke? :) hmmmm

makan hari ini nasi ayam sahaja
dah lama tak masak nasi ayam
tengok orang buat, teringin juga


ni kalau tanya daddy ni...sedap tak?
for sure dia akan jawab "SEDAP!"

berani laa jawab tak sedap... heheh

begitu lah seadanya sifat suami yang baik...memuji isteri. heheheheheeeeeeeee


saya makan ni je ke?
tentulah tidak...
sebab nasi tu ditambah lagi sekali. huh.

dah lah..
dah terlebih word pula di wordless wednesday ini.

1 comment: