klik saya

Thursday, May 5, 2011

ayam panggang ala Kenny Rogers


hmmmm...kalau dah update, sampai 3 kali!

saya sudah siap masak untuk berbuka. yeaaaa!
baunya hmmmm semerbak alam.

resipi ambil dari blogresipi.com milik k.ijan kita yang dah lama menyepi dapurnya.
rasa ayam ni? tak tahu lagi sebab puasa kan... tunggu maghrib kang baru boleh citer. tapi ayamnya lembut, bau rempah2 dia fuhhhhh (lap air liur jap). memang bau ayam kenny Rogers la!

nasik juga sudah masak. bukan nasi putih tau...nafsu mak buyung mesti nasi berperisa haaa...
nasi tak tau nama..tapi baunya lagi sekali fuhhhhh....

tinggal lagi nak goreng mushroom. jap lagi kang kul7.00 boleh la goreng.

ok, resipi ayam panggang ala kenny rogers roasters. mari kita sama-sama baca. Ai kopipes dan ejas2 dari blog k.ijan. k.ijan tak marah kan? kan?kan?

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil). ai pakai half jer. sebab dah terpotong hari tu...
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ai tiru cam kak ijan buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran. bahasa kat botolnya tulis MIX HERBS.
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama at least 1 1/2 jam. saya perap dari pagi sampai petang.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. optional. saya hidang dengan nasi dan mushroom goreng. nak buat coleslaw dan kentang putar malas!


ok, roger!

5 comments:

  1. isk lazatnyaaaa nmpkkk..nnt nk buat gak la :)

    ReplyDelete
  2. k.hasnor: boleh la akak buat...taruk black paper byk2 sesuai utk orang pantang.. :)

    ReplyDelete
  3. nurul: boleh cuba...senang sangat! :)

    ReplyDelete
  4. salam Sah,
    Buat ayam kenny rogers ek... kak ijan pun dah lama tak buat. sekarang nk update kerap2 pun tak sempat la.. setakat termampu jelahhehehe

    ReplyDelete