klik saya

Thursday, May 5, 2011

baju adik

okes, hari ni baru berjaya basuh baju adik.
baju takde la banyak mana pun...cuma 2 pasang baju tidur, romper ada 6 helai. towel 2 helai, booties n mittens sepasang (jer????) dan tight sehelai yang dot2 ada mcm2 kaler -buleh matching dgn mcm2 baju.

preparation nak sambut adik agak simple. mummy lebih prepare kepada ilmu2 mcm mana nak wat stock EBM dsb. lebih kpd mental. barang boleh dicari kemudian...
tapi pam spectra 3 tu tak cek lagi ok ke tidak..dah lama dlm kotak...
barut dan nursing cover sudah placed order. tunggu jer lah sampai muka pintu.
so kira beres lah barang2 adik. eh, satu lagi mummy tak jumpe- selimut. nak gi beli kat SA Baby Center kat PKNS nun. hari tu pergi dah habis stock. saya suke selimut Little Highness atau Bumble Bee. comel2 sangat!

mummy sebenarnya tak sabar2 dah nak tunggu adik kuar ni.
paling mummy cuak tang baju merah dan kuning ni...



i'm the queen dan mommy's girl.
kompiden jer mummy n daddy ni beli barang gegirl!
mummy was2 tu ada lagi..tapi daddy 200% konfiden. tak per lah...andai kata kuar boy, kita simpan untuk adik lagi....

haaa...nak citer nih. romper Carter's kaler merah, kuning dan putih tu, saya beli kat carboot shah alam harga dia RM20 jer untuk 3 helai. maknanya sehelai tak sampai RM7. murah gilers kan??? comel pulak tuh!
kat carboot shah alam sekarang ni saaaangat la banyaknya orang jual baju baby yang comel2. kene rajin pusing dan tahan panas jer lah cari tempat yang murah. tapi rata2nya jual romper-pelbagai brand-baby GAP, carter's, Oshkosh baby- RM8!

lagi 3 jelai romper tu saya beli di FOS kid kat IOI Mall. 3 helai RM30. pening nak pilih!

dah basuh, kita kasi jemur...
Rayyan tolong mummy jemur baju. satu-satu dia hulur. selalu time jemur atau angkat baju, dia lah yang paling rajin tolong (ni nak compare dengan saper? dengan daddy ke? ;)
dah cakap siap2 dah... baju aadik.


Rayyan pulak buat aper?
dia kata "masyak"
oooo...masak mushroom mummy ye? siap masuk dalam pelampung gajah.
rumah ni macam kapal pecah dah. ni Rayyan tido sekejap adalah rupa rumah. jap lagi kang dia bangun, haaaa.....siap lah.


2,3 hari ni Rayyan suka datang peluk dan cakap "syaaayang!". so sweet lah anak mummy!

No comments:

Post a Comment