klik saya

Wednesday, May 18, 2011

perempuan gemuk week 32


disyaki gemuk.
maternity pants sudah tak muat! rasa macam nak pakai baju kelawar je bila keluar umah. baju bajuan semua sudah ketat. bila pakai baju besar macam pakai khemah.
kaki sudah macam balak saiznya.
ngeri tengok kaki sendiri.
bila berjalan dan menuju ke cermin, "eh, sape tu jalan macam ketam- ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan..". ok, itu diri sendiri. sila sedar.
esok genap 32 minggu
my 1st pregnancy minggu 33 sudah kena tahan di hospital. *cuak*
mulai esok mesti kira pergerakan baby, kasi cukup itu 10 kali sebelum jam 6 petang.
kaki saya sudah sembab. kadang konfius ni sembab or gemuk. sebab macam banyak isi menyaluti kaki.
hakikatnya kaki memang sudah sakit dan selalu minta diurut. lulut pun sakit juga. hati masih mahu mengukur mall. macam mana?


perempuan gemuk bersama suami dan anak. ini gambar sebelum gi scan 3D- week 28.
gambar sekarang? ngeri nak tengok! :p

2 comments: