klik saya

Tuesday, May 24, 2011

Rayyan tengok movie

cik abang ala2 tak lena tidur sejak Nur kasih The Movie keluar. suruh si isteri gi beli tiket kat Alamanda. bila si isteri pergi hari jumaat...alahai...malasnye nak beratur! so tak beli. hammmpaaaa cik abang (mengidam kalahkan mak buyung je tau!)

dalam TV duk pung pang pung pang kata tiket sold out. lagi la rasa malas nak pergi beli. karang beratur panjang sia2 jer. nak beli online- tak pernah buat jadi malas nak menggodek.

hari ahad, lepas hantar adik di seksyen 17, cik abang beria2 "jom kita try kat Bukit Raja, mana tau ada.."
ai tak kisah..ai follow jer!
dengan Rayyan pakai baju tidur je, gagah daddy nye beratur panjang nak beli tiket Nur Kasih. nasib baik ado. tayangan 11.15pm. ok lah dengan harapan Rayyan dah tidur la jam ni kan.. dapat couple seat. boleh lah baringkan si rayyan.


ape, si abang Rayyan ni kemain aktif pulak. tak de tanda2 ngantuk langsung. tapi sib baik dia tak nangis kebosanan atau mintak bantal busyuk dia. lupa lak mummy nak bawak bantal.
ramai jugak family yang masuk, bawak anak2 kecik. ada family tu bawak baby betul lagi. rasanya tak sampai 5 bulan lagi umur baby tu. kesian la hai kat anak kecik sound kat dalam tu kan kuat kemain. agaknya masa iklan sound kuat2 tu telinga baby tu dah ditutup kejap kot... dia pun rilex tidur jer (dapat satu seat sendiri lak tu! :).

Rayyan tak nangis sebab dah diumpan dengan pop corn! lagipun kat umah pun tidur depan TV. haha


so melayan lah citer Nur Kasih.
ok je lah citernye. kalau dari 5 bintang tu ai bagi 3 bintang lah. sebabnya maybe dramanya terlampau best sampai bila kita tengok movie kita nak yang lagi best dari yang best...so high expectation...tak dapat la.

ceritanya lak banyak scene. kejap baru nak feel scene ni, dah lompat ke scene lain. kalau dia panjangkan satu2 scene tu, mcm masa diorang eksiden keretapi tu, rasanya mau manangis juga. tapi baru je nak layan, dah jump ke scene lain. so tiada kejadian lap2 air mata berlaku di situ (ke aku yang hati batu??????)

agaknya dah tak sambung lagi kot citer ni pasni..sebabnya kan Adam mati dan Nur, Aidil seme dah tua betul bercucu-tapi kenapa Nur mcm tak kanal anak sedara dia? Alzheimer kot... eh, terbagitau ending lak.
tak pe lah kan...kan dah ramai yang tengok dan bagi review citer ni.

moralnya dari movie ni ialah "cepat atau lambat masanya, kita tetap akan berpisah dengan orang yang kita sayang".

p/s: len kali buleh tengok movie lagi lah..anak ok jer...sebelum ni risau dia nangis jer (kalau belum veranaks la).

3 comments:

  1. Adam meninggal? Ala,sad ending la...

    ReplyDelete
  2. Lip: a'aaa...adam meninggal. tapi masa tu dia dah tua umo 60, 70 tahun gitu...

    ReplyDelete
  3. Woah! I'm really digging the template/theme of this blog. It's simple, yet effective.
    A lot of times it's very hard to get that "perfect balance" between superb usability and appearance. I must say you have done a great job with this. In addition, the blog loads extremely quick for me on Opera. Exceptional Blog!
    Also see my page > christmas labels

    ReplyDelete