klik saya

Tuesday, May 10, 2011

Suhu panas di malaysia dijangka berakhir minggu depan

Suhu panas dijangka berakhir minggu depan – JMM

09/05/2011 7:31pm

KUALA LUMPUR 9 Mei – Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini hari ini.

Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C),” katanya. – Bernama


*dipetik dari UTUSAN ONLINE.

*alhamdulillah kalau berakhir minggu depan... ujian dari Dia. panas dunia hanya sedikit!

No comments:

Post a Comment