klik saya

Tuesday, June 28, 2011

diri yang harus dikesiankan episod tiada barang nak melawa


kesian pada diri sendiri
sudah lama tak beli handbag u know...
macam tak logik je kan? perempuan dah lama tak beli handbag
handbag lama2 stok beli kat singapore dulu dah selamat dibuang
last saya beli handbag masa nak kawen dulu...ujung tahun 2007
2007-2011..maknanya dah dekat 4 tahun! sedih
itu pun beli clutch jer. tak guna sangat pun...simpan jer. ye lah kecik benor...pampers sekeping pun tak muat!
pastu masa tu beli barang Lancome, dapat percuma handbag. itu je lah yang dok kilik sampai laaa ni. sedih.

tengok orang bawak handbag mcm stylo mcm besssstttt jer. tetibe teringin.
tapi harus la kurus dulu (perlu ke kriteria ni untuk bawak hangbag?)
perlu rasanya sebab bila badan dah kurus (walaupun sedikit), keyakinan untuk berjalan tu baru ada.

cun cun cun cun.

ni kalau takat nak duk umah mengadap SPSS siang malam pakai baju tidur jer, buat ape lah nak beli handbag cantik2 ye dak?

bila dah ada anak ni, bila kuar keje dok galas beg Simple Dimple tu jer. bubuh susu, diapers, baju.
ok, pasni adik kuar...sah sah lah abangnya dengan daddy dan adiknya jadi handbag mummy. so ada can tak bawak handbag kuar jalan2?



tengok Rihanna ni cool jer. agak2 kalu nak gi interview buleh la bawak beg macam ni. tak der la nampak sangat saya dok bawak clear holder, buleh sumbat dalam beg tu. kalau tak, dengan bawak blazernye, dengan clear holder nyer...pastu mata tertinjau2 bangunan cari ofis...nampak sangat nak gi mintak keje! sedih

lagi teringin kasut baru. heheheh
mentang2 lah dah tak der selera makan, tetibe teringin benda2 lain pulak.
kasut @ selipar baru yang saya beli ialah semasa mengandungkan Rayyan. which is masa awal 2009. crocodile. adalah koyak sikit2 tapi masih boleh dipakai dan tak licin. sangat tak stylo okeh. serabai jer dengan selipar koyak2 serba sedikit, handbag tak bawak, baju pun ala2 ajer..tudung pun tak follow trend...sian laki ai tau. sedih

alat2 make up pun dah lama tak update. dok pakai stok2 lama tu... lagi sekali sedih di situ. teringat junior saya kata "k.sah dulu pakai jugak style2 lawa2...tapi sekarang sejak ada anak ni pakai t-shirt jer (masuk lab)..." sentap ai ok...tak per..itu untuk kesedaran. bila dah ada anak, walaupun masa tak cukup, mesti JANGAN PAKAI T-SHIRT bila kuar!

sedih sungguh entri ni.
sedih sedih sedih



sekarang ni pulak tengah in color blocking kan...
ai ada beran ke nak try color blocking nih? kene tengok kaler aper yang di combine kan...kalau mcm Erra pakai tu, ai mcm tak beran sangat. ye lah, kite ni stok2 low profile, tetibe nak pakai kaler mcm tu kan... tapi kaler mcm Salma tu ok juge.

tgk trend baju raya tahun ni. mesti ada baju kurung kaler2 mcm ni. try la beli satu!

*banyak perkataan sedih dalam ni. sape buleh kira dapat hadiah. entri sedih katanya... lap air mata dan air mulut sekali.

*all pictures from google.

2 comments:

  1. haish..ni mmg penangan anak perempuan..ibu begitu emosi pada fesyen2...

    ReplyDelete
  2. a'a kan Lily...tak perasan pulak aku. mu memang pengkaji yg gigih!

    ReplyDelete