klik saya

Wednesday, June 1, 2011

Week 34 dan macam-macam cerita

salam..
hayyoh. berfeluh. berdebar tengok buleh masuk blog balik.
dah seminggu blog saya buat hal, tak boleh sign in. :(
ingatkan have to say bye2 to beloved blog oredi. rupenye belum lagi...

hi blog belang2 biru. kita jumpa lagi ye! *eksaited*

Semalam sudah genap minggu 34. Ulangan ayat: ‘kalau dulu saya sudah kene tahan kat hospital sebab oligohydromnios’. Kali ni tak tahu lagi. Minggu depan cek up, kita kasi ukur itu AFI-Amniotic Fluid Index. Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu, nama Rayyan yang penuh ialah AFIF RAYYAN ZAFRAN. Nama AFIF saya amik sebab bosan2 duduk di hospital, lalu belek2 buku nama-nama Islam, lalu terjumpa nama AFIF dan lalu teringatkan AFI yang rendah, maka ku abadikan nama AFI dalam nama Rayyan. Afif bermaksud ‘yang bermaruah, menjaga kehormatannya’. Insyaallah..

ni cerita di minggu lepas:
Saya diminggu 33.

Semalam baru selesai packing beg adik. Letak baju 2 pasang, booties n mittens 2 pasang, selimut, lampin, pampers... tu je. Beg mummy belum siap. Aimnya minggu ni nak letak dalam kete kedua2 beg. Malas nak susah hati dah..selagi tak selesai selagi tu pikir2.

Saya sudah makin tak larat. Benarlah kata orang, mengandungkan anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya adalah berlainan. Penat dan tak laratnya lain. Mungkin bila anak kedua, kita sudah ada anak pertama yang perlukan perhatian. Maka tak boleh lah nak berlingkar macam ular sawa macam mengandungkan anak pertama. Tu belum si suami yang perlukan perhatian. Errrr

Sakit lutut tak hilang2. Urut pun tak hilang. Agaknya mahu hilang selepas bersalin. Sila bersabar ada lagi 7 minggu. Bila duduk, payahnya mahu berdiri! Sampai selalu Rayyan mengamuk sebab mummynya lambat bangun bila dia ajak ke mana2 (teman ke dapur mahu pun mahu mandi bubble). Bila dia tarik tangan mummy, mummy akan akan amik masa dalam 10 saat sebelum berjaya berdiri, step by step. Sebab dari lutut ke kaki sudah lemah. Alahai bisanya.... dan belum berakhir tempoh 10 saat itu, rayyan sudah hempas badan ke lantai!

Rayyan semakin melasak sekarang. Juga kuat membuli. Seminggu sekali daddy mahupun mummy mesti cedera dikerjakan Rayyan. Samada daddy pecah mulut berdarah2 sebab Rayyan hantuk kepalanya yang keras tu dengan sengaja, ataupun mummy akan mengalami luka2 sebab Rayyan suka cakar2 muka mummy. Kuku tetap tajam walaupun dipotong pendek. Abis macam mana? Barang mainan dia ada di merata2. Tu parking moto dia kat depan TV. Karang mummy saman baru tau. Seminggu dua ni pulak temanya campak barang dalam sinki. Katanya ‘buang buang.’ Lepas campak, tepuk tangan kononnya itu adalah satu kejayaan. Wahai anak, itu bukan perkara positif yang kau lakukan. Mummy tak hingin tepuk pun. Hangin lagi ada bila dia beria2 nak buah, bila dah bagi terus campak dalam sinki. Hangin3. Tadi dia gi tabur2 renjis2 mix herbs kat dapur. Sekali lagi mummy tarik nafas...urut dada! Bila bab adik pulak, kadang2 dia sayang2nya perut mummy, kadang2 dia buat aksi tendang2. Jeles ke ape ni ya? Tapi bial ditanya ‘Rayyan, ni baju sape ni?’ dia akan jawab ‘adik’. Pastu dia tambah ‘kecikkkkk jer’. Hamoi3...memang la kecik abang Rayyan oiiii....

Semalam dia makan koko crunch, tetiba datang kat mummy ‘ ma, ma pedash...’ buat muka. Saya kata mana ada koko crunch pedas... dia jawab sambil sengih2 ‘ manish...’. pedas dan manis tetiba tertukar deria rasa.

Haa...lagi satu perangai si abang yang buat mummy dan daddy geli hati ialah suka tukar topic bila ada sesuatu yang mengancam dia. Contohnya bila nak suapkan ubat, dia akan cakap ‘tal tal tal –bantal’ kadang2 ‘ pokok pokok’ tunjuk kat pokok. Kononnya nak melekakan mummy supaya lupa untuk suapkan dia ubat.

Sekejap tadi saya baru potongkan rambut Rayyan. Ni kali kedua dipotong selepas bercukur semasa umur 2 bulan. Rambutnya sikit dan sekarang menunjukkan kecenderungan untuk menjadi curl. Agaknya kalau daddy dukung Rayyan, orang akan cakap ‘mesti budak ni ikut rambut mak dia’. Tidak okeh. Saya pun tak tahu kenapa, anak saudara saya ramai yang berambut curly2 gtu. Padahal generasi kami rambut lurus2 saja. Tak apa, tetap hensem.

Saya ada baca dalam majalah keibubapaan. Cara memotong rambut bayi:

-sediakan semangkuk air.

-Basahkan rambut bayi.

-potong ikut mahu.

Kalau baby kategori macam Rayyan ni-tak reti duduk diam, maka kena tunggu time tidur baru boleh potong. Time tak tidur, puas pujuk nak potong rambut, dia cakap ‘ nanak aa, nanak aa’. Rayyan kalau bercakap suka tambah aa kat belakang perkataan. Bila pujuk gi potong kat kedai mamak, mahu pula dia. Tu alasan je, sebab mummy dah tau helah Rayyan sekarang ajak gi kedai mamak kononnya nak beli ‘titi-roti’, bila masuk kedai langsung buat tak hirau dengan roti, mata terus usya benda lain. Biasanya dia nak beli air, tak pun koko crunch.bila orang nak beli cd, dia pun kalut cari cd untuk dia. Orang belum ada cd berkenan, dia dah dapat dulu cd upin ipin.....

sekarang saya di week 34.

perasaannya: tak sabar nak bersalin. takut ke tak nak berdepan lagi sekali dengan contraction? jawapan saya senang: just go tru it. layan kan aje. (agak2 tak tahan, mintak epidural. hahaha). tapi kalau boleh kali ni tak nka epidural. biarlah saya menghadapi kesakitan itu... moga dipermudahkan olehNya.

beg2 dah dimasukkan ke dalam bonet kereta. buku merah juga dalam kereta. pape hal, onyomak get set go terus.

hari ni hari raya kecil-kecilan saya.

semalam hari terakhir ganti puasa. alhamdulillah selesai hutang dengan Dia. tahun depan: tabahlah hati mengganti lagi. tak pe, ni lah dinamakan pengorbanan isteri dan ibu.

minggu lepas saya ke Proton. servis untuk 1000km. tapi meternya dah cecah 2034km.

ni mula2 berkenalan dengan si dia. baru 13km.

ingatkan sekejap ja servis, rupenye alamak aiii...dari kul 1.30 sampai 5.30pm. menunggu dan mengantuk di situ. tapi sempat la makan nasi dengan cencaluk. yummy3. hujung minggu ni nak balik melaka boleh lah beli cencaluk dengan belacan kat sana.


Rayyan lak keje dia membuas jer. tak daya mummy nak kejar2. dia keje dok aim kete lotus, pastu gi tepuk2 ketuk2 kete tu. guard pandang ajer...anak sape lah ni.


anak ai laa....


da daaaaa


1 comment: