klik saya

Friday, August 26, 2011

apa yang best dan tak best hari raya saya?

ok, mula-mula kita cerita yang tak best dulu
1)sekarang ni berbaki 3 hari lagi sebelum 1 syawal. kebanyakan orang telah pulang ke kampung halaman masing2, kecuali kami. maka blog-blog feveret juga sudah tidak berupdate. maka itu tak best.
2)banyak kain belum basuh. baju raya anak beranak juga belum basuh. langit sentiasa mendung. takut baju raya tak kering.
3)kepala hotak dok teringat tesis saja. ini memang SANGAT_SANGAT TAK BEST!!!!

yang best nya:
1)esok nak gi jalan-jalan sempena habis pantang. yeeehuuuuu. nak gi mana ye?
2)dapat balik kampung melaka. best.
3)dapat balik kampung bukit abal. sangat best.
4)dapat kumpul adik beradik dirumah yang kian dimamah anai-anai.
5)menyembang dan bercerita dengan adik-beradik sambil picit jerawat, cabut rambut gatal what so ever.
6)of kos la makan-makan punya aktiviti. masak makan masak makan masak makan masak makan

ok lah, malas nak fikir dah. kepada semua kawan-kawan....yang setia masuk blog ini (anda tahu siapa anda), selamat hari raya kami empat beranak ucapkan. maaf zahir dan batin andai ada salah selama ada di dunia blogging ni (salah ejaan tak kira ek).

hati-hati semasa memandu pulang. takkan lari rendang dan sate dan lontong dan ketupat dikejar. tak lari tapi habis jer.
kirim salam kat orang kampung. maklum lah...orang tu tahun ni anak beranak dia raya kat key ell.
makan tu berpada-pada. air batu jangan minum nanti perut buncit (ingatan untuk diri sendiri-mood risau tengok perut...mana tak risau nya..tiap kali tanya suami 'bang perut syg buncit lagi tak?' padahal dah tau jawapan. dan dia tak respon-diam. ko paham2 sendiri lah ye echah)

haa...baru teringat biskut raya tempah belum amik lagi daa...bila nak gi amik ni? nak kene ke keramat ke esok?

No comments:

Post a Comment