klik saya

Friday, August 19, 2011

berpantang my style cara tradisional melayu ;p

ecehhh ada style sendirik la kaedahnya...
ok, rewind kejap.
masa bersalinkan Rayyan, adalah 2 minggu sebelum raya. berpantang di rumah mertua. mula-mula MIL bagi makan sedap2. segala ikan mahal2. sekali daku rasa tak sedap badan. terus terusan ikan selar bakar sampai 44 hari u know...tegar tak? ada la sesekali tu daging sup. itu jer. sayur pula sawi rebus. setiap hari. sekali lagi tegar di situ.
masa balik kampung, kat umah sendiri, ada la juga mak saya masakkan gelama bakar dan haruan goreng. belasah je lah ai...masa tu nikmatnya dapat makan ikan goreng!!!! ye lah asyik lah bakar ajer..

masa berpantang rayyan dulu, saya agak penakut orangnye. nak makan itu tak berani, nak makan ini tak berani. tegar makan ikan selar jer. padahal musim raya uols...musim raya! hazab juga lah menengok makanan dengan segala jenis biskut yummy2. huh. dugaannnnn

pastu air batu, laksa dengan segala mee mihun saya pantang dekat2 setahun baru jamah balik. tak faham juga kenapa laksa n mee segala tu kene pantang lama..pelik kan orang tua2 ni. air batu tu ye lah tak bagi sejuk sakit urat, perut buncit seme...mee kenapa???

masa tu jadi penakut tu sebabnya kat luka ada infection. pastu wound gapping - jahitan tertetas. ngeri tau. sakit yg amat...amik masa lama nak heal. lepas balik kampung, amik ubat klinik baru la sihat sket. memang pengalaman tak best la masa pantang rayyan dulu... wound gapping tu sebab gi basuh dengan dettol. bijak kan? sepatutnya basuh dengan air garam jer...antiseptik semulajadi. dettol tu menyebabkan benang tu putus. so kepada mereka yang nak bersalin tu, DONT U EVER GUNA DETTOL YE!

kali ni bersalinkan Adel, saya adalah lebih berani. tak berani banyak tapi sket je...kali ni seminggu kat umah MIL, 4 hari balik kampung berurut, seminggu lagi kat umah MIL balik, pastu terus la menetap di umah sendiri-berpantang sendiri. so makan pun sediakan sendiri. masa kat umah MIL cam biasa lah ikan selar bakar dengan sayur sawi. bila balik umah sendiri, saya masak la daging black pepper, sup ayam, ikan cencaru goreng... makan yg goreng pun bila rasa dah sihat sket. tu pun lap lap minyak dia...seminima yang mungkin... sayur jarang makan pasal malas nak masak. hahaha...rasa rugi masa je nak masak sayur segala..sebab saya sekarang tengah writing thesis. so daripada masak sayur, baik la writing. roti pun, lepas dah 20 hari baru makan. sebelum tu makan biskut kering jer. buah saya makan anggur, oren dan kurma. semuanya pada room temperature. air pulak saya minum milo, susu dan kadang-kadang sirap suam. ribena suam pun minum jugak. hehe...

bab bertungku pulak, masa rayyan bertungku sampai 44 hari juga..adalah hari2 yang miss tapi banyak yang buat la. sebabnya MIL rajin bakarkan tungku. saya tungku sendiri...kadang2 hubby tungku kan. masa balik kampung makcik urut tungku kan seminggu. sekarang tungku juga...sekarang je jarang sket. seperti alasan sayur di atas- kekangan masa.

pakai bengkung pulak, masih pakai sehingga kini. cuma kini banyak masa juga ditanggal-tanggalkan. sebab panas n gatal2. saya pakai bengkung sendayu tinggi yang jenis ikat-ikat tu. bila dah ikat tapi masih rasa longgar, maka tiba masanya untuk tidak memakai bengkung ikat tu... hubby pun dah bagi green light utk tidak memakai lagi...tapi kene keep on pakai minyak panas n krim halia tu.

stokin. stokin macam mana pulak? saya pakai. tapi kadang2 bukak juga. tgk keadaan. hehe

dari segi ubat-ubatan. masa rayyan dulu, saya makan ubat Salindah. tapi tak rasa sedap pun badan. maka saya gi amik ubat kat klinik. ubat untuk kecut peranakan, antibiotik dan tahan sakit. kali ni tak beli ape2 jenis ubat lepas bersalin pun, sebab lepas bersalin makan je ubat spital bagi...pastu gi amik ubat klinik tu lagi. habis ubat klinik, sambung makan ubat kampung beli dengan makcik urut. ada 3 jenis semuanya untuk lancarkan darah, untuk urat dan untuk peranakan. so far alhamdulillah badan rasa sihat... (tu dah sampai JUSCO tu!)

saya tak pakai param pilis segala...dulu pakai sekali jer. pastu bila hubby balik, dia terkejut tengok muka saya berparam pilis. terus tak pakai. sbb sekarang kan panas...pakai lak benda2 tu, hazab! pulak tu bila dia dah kering, mula lah berterabur kat serata alam. rimas. nak senang, pakai je minyak panas...

berpantang ni, kalau nak ikut orang dulu2, memang segala macam benda la tak boleh makan...air pun minum kene sukat...sesetengah tu minum milo pun tak boleh. kalau nak ikut doktor pulak, segala macam benda boleh telan. so berpada-pada lah...sendiri pikir. kalau pantang sangat, nanti muka pucat, badan tak cukup zat, macam mana nak ada susu kan... yang penting jangan makan benda2 sejuk macam buah-buahan sejuk- tembikai, pear, sayur kobis.... ikan pulak yang obviously gatal tu macam ikan tongkol tu jangan makan. biasanya ikan yang diamalkan ialah ikan selar, gelama dan cencaru. buah kene la makan untuk elak sembelit...air tu tak yah la sukat2...nanti tak de breastmilk..

itu je lah kot.. selamat berpantang!

sekarang masih berpantang di hari ke-33. tak lama dah tu....tapi masih tak dapat berpuasa. sedeynye...

8 comments:

  1. sah..ubat kecut peranakan bli kat klinik nma gpo?ke just mention kecut peranakan..hehe..ore xle mkn gok set bsalin..aritu cirit birit..ni brenti dh mkn. xmkn gpo2..rusim jgk xmkn gapo2 ni tkt sakit2 bdn seksok.

    ReplyDelete
  2. tk silap mee org tua2 tk bg mkn sbb angin..dia kn dr ubi kalo tk silap..akk fiza dlu dlm pantang hentam mee..tk kira goreng ke kuah ke..skrg anak dh msk tadika pon asyik angin je..perut pon mcm org ngandung lg..huhuhu so kita ni yg tgk jdkanlah cth..hahaha

    ReplyDelete
  3. Zura: zura oyak jah untuk kecut peranakan..biasa doktor cek kita dulu. set bersalin tu panas kot untuk zura..tu cirit. ke zura nk try ubat kampung yg sah makan? boleh sah belikan.. :)

    ReplyDelete
  4. fiza: ye ke gtu? nasib baik kite pantang...kalu tak mau berangin je badan ni kan.. :) berani ye kakak fiza dlm pantang dah makan mee...kite ni sampai setahun pantangnye...mebi boleh dikurangkan tempoh lepas ni :p

    ReplyDelete
  5. Salam Sah,
    kak ijan kalau bab2 berpantang ni kak ijan nak buat rules sendiri je. hehehe.. kalau semua tak boleh minum tak boleh makan macamana nak ada susu, macamana kita nak sihat kan. :)

    ReplyDelete
  6. k.ijan: hehe betul tu...lagi baik buat rules sendiri.. orang tua selalu ugut kite kata sekarang tak rasa lagi, nnt dah tua br nmpak kesan. tp MIL kakak sah mmg tak pantang betul sgt pun...skang dah tua alhamdulillah sihat saja..anak pun berderet... :)

    ReplyDelete
  7. blh ke?x effect ke kat bby..ore BF ni.

    ReplyDelete
  8. boleh zura...insyaAllah tak de effect. ore pn BF juga...

    ReplyDelete