klik saya

Wednesday, August 24, 2011

laporan bulan pertama

semalam bawak Adel gi klinik kesihatan untuk amik injection sebulan
pergi kat Klinik Komuniti Batu 14
masyaAllah...ramainya para ibu mengandung juga para ibu dengan anak kecil
suami saya dah la ada appoinment jam 1130
resah juga menunggu
sebabnya si abang punya fesyen tak suka menunggu2
budak-budk lain buleh duduk rileks
Rayyan kerja menangis saja
pening kepala daddy
sudahnya kami diberi turn dulu
rasanya dekat 40 orang kami langkah
rezeki lah
walau kesian juga kat orang lain
ni la tektik nak cepat suruh anak nangis kuat-kuat mengganggu ketenteraman awam lalu boleh potong q

ok lah..Adel di umur sebulan mencapai berat 4.6kg.
masa lahir ialah 3.14kg. lepas tu badannya susut masa di NICU jadi 2.8kg. kiranya Adel ni meningkat dari 2.8 kg ke 4.6 kg. patut la berat ja pegang dia... budak lain pun tak naik berat banyak mcm ni. tak apa lah..alhamdulillah. macam ni lah baru betul GEMUK JR.

ok lah, selamat hari raya... :p

No comments:

Post a Comment